Jibreel melangkah laju mula maju ke hadapan dengan muka beku yang bercampur seriusnya, mampu membunuh renungan sesiapa sahaja.
Dirinya ketika itu diselubungi amarah yang meninggi sebaik sahaja mendengar berita dari jururawat kepadanya.
"Ayah dia jumpa dia terlantar lemah di atas lantai" Jelas jururawat perempuan itu tersenyum manis, dapat bersaing langkah dengan Jibreel yang masih tidak mempamerkan sebarang riak selain amarah.
"Kenapa jadi macam ni? Bukan sepatutnya patient dah kena warded untuk pantauan sebelum operasi ke?" Mendatar sekali Jibreel menyoal, padahal dia sudah menjelaskan pada mereka yang pesakit itu tidak dibenarkan pulang.
Ada perkara yang harus dipantau oleh dirinya dan Amelia, rakan sekerjanya.
"Diorang berkeras untuk bawa cik muda pulang, jadi kitorang tak mampu buat apa apa" Jelas gadis itu lagi pada Jibreel, Jibreel medengus kasar.
"Habistu engkorang biar macam tu je? Rules semua langgar buat macam ni tadika sekolah?" Bidas pedas Jibreel kepada gadis itu membuatkan air muka gadis itu berubah.
"Tapi tuan-"Belum sempat jururawat itu menghabiskan bicara, Jibreel mencantas katanya sebelum menghentikan langkah dan merenung tajam bak helang ke dalam bebola mata gadis itu.
"Kalau tak mampu bekerja secara professional, baik kau kerja hospital lain je!" Lantang Jibreel bersuara membuatkan gadis itu mengundur langkah sambil memejam kuat matanya, bingit dengan teriakan Jibreel.
"Jibreel, CEO Syarikat Bioleto Holding. Tengku Qoid bertegas untuk bawa pulang patient. Bukan salah diorang, diorang pun buntu nak buat apa. Kalau tak diorang sendiri pun bakal terkena habuannya. Awak pun tahu apa hubungan CEO tu dengan Professor Firlian" Jelas Amelia setelah lama berdiam diri melihat Jibreel yang menghambur marahnya pada mereka yang tak bersalah.
Hubungan CEO dengan Professor Firlian? Siblings, tetapi masih itu bukan alasan untuk biarkan patient keluar tidak mengikut jadual yang ditetapkan.
"Aku tak kisah, yang aku kisah condition pesakit. Kalau patient tu stay warded, perkara ni tak akan berlaku! Kalau kau pun nak fikir sama seperti diorang sana, kau boleh join diorang dekat sana!" Tambah Jibreel pula, masih kekal dengan pendirian nya.
"Aku tak perlukan orang yang tidak professional di samping aku" Mendatar Jibreel bicarakan tetapi pedas sekali menyapa perdengaran Amelia.
Amelia mencengkam kasar tangannya melihat Jibreel yang mengorak langkah pergi dengan angkuhnya.
Kau ego Jibreel, kau berlagak dan kau acah kau boleh buat semuanya dan kau selalu bertindak ikut kepala kau sendiri
~
Hanan duduk lama di atas benteng yang di hadapannya terbentang laut luas tiada penghujungnya, lama juga dia mengambil masa untuk sampai ke sini.
Tetapi sekali sekala, apa salahnya membuang masa untuk menghayati keindahan yang dicipta oleh Dia yang Maha Esa dan Maha Besar.
Gadis itu tersenyum kecil melihat beberapa kanak kanak yang riang bermain di hujung beteng sana, bagaikan bebas tanpa sebarang masalah.
Indahnya kalau mampu membesar seperti mereka, tak perlu memikirkan apa sahaja. Cuma bangun dan kekal bahagia seperti selalu.
Hanan menutup matanya sejenak, nafas ditarik perlahan menghidu bau masim ombak yang menghempas sedikit kuat benteng itu.
Angin bersahaja menyentuh kulitnya, sejuk angin terasa membuatkan Hanan memeluk diri seketika. Laut yang terbentang luas di hadapan di renung lama, memikirkan di mana penghujungnya l.
YOU ARE READING
Last Breathe | Jibreel Zaafir
Ação"Awak ni mesti terpengaruh dengan cerita action kan sampai nak kaitkan benda tu semua dengan realiti, awak perlukan rawatan lah Jibreel" - Hanah Bahiyyah "Aku? Perlukan rawatan? Kau bergurau kan? Aku doktor, kenapa aku perlukan rawatan?" - Jibreel Z...