Jibreel melangkah masuk ke ruang kecemasan yang penuh dengan pesakit, kiri kanan dirinya dipenuhi dengan suasana bingit bising.
Ada yang menjerit, ada yang meraung malah ada juga yang menitis kan air mata. Dahi Jibreel berkerut seribu sebelum susuk tubuh jururawat yang baru sahaja selesai membalut luka pesakit dihampiri.
"Chen, what's happening?" Soal Jibreel pada jururawat Chen yang sedikit berumur, Chen yang baru sahaja mahu melangkah pergi terbangtuk seketika.
"Car explosion, mereka semua mangsa dari letupan tu" Ruang sekeliling dilihat Jururawat Chen sekilas dengan raut wajah yang sayu sebelum dia berpaling kembali pada Doktor Jibreel, senyuman tawar terukir di hujung bibir Jururawat Chen.
"Astagfirullah" Bisik Jibreel perlahan.
"Doktor Jibreel! Here you are.. Ketika kejadian, berlaku sedikit runtuhan dan beberapa mangsa terluka. Seorang luka sedikit parah manakala yang lain hanya mengalami luka ringan" Ujar jururawat Emelin pula setelah sekian lama mencari kelibat Jibreel Zaafir.
"Luka parah?" Terus berkerut seribu dahi milik Jibreel, matanya kini beralih tepat pada raut wajah Jururawat Emelin.
"Runtuhan yang berlaku menyebabkan mangsa terkurung di bawah runtuhan dalam keadaan meniarap, tiada kecedaraan di anggota badan lain kecuali tangan"
Wanita berumur tiga puluh -an itu berbicara lagi dan Jibreel masih lagi berdiri tegak. Tak lengkan fokus mendengar bicara kata tentang keadaan mangsa letupan yang baru sahaja berlaku.
"Satu batang besi panjang menusuk tembus telapak tangan mangsa dan hampir menghiris tipis urat saraf, what should we do now Doctor Jibreel?"
Mungkin bahasa Jururawat Emelin terdengar bangku tapi bagi Jibreel, itu bukanlah masalah bagi dirinya. Pernah seketika, dikatakan sendiri oleh jururawat Emelin yang dirinya dulu sungguh rapat sekali dengan arwah ibunya.
Jibreel memicit sedikit kepalanya sebelum sekeliling diteliti kembali, mencari kelibat seseorang yang entah kemana pergi.
Keadaan kelihatan ronggak, seperti ada beberapa orang kakitangan tidak berada di ruang kecemasan ketika ini.
"Doctor Damian kat mana? He's not here" Jelas Jibreel tentang keberadaan Doktor Damian.
Doktor Damian juga dikhabarkan yang dirinya dulu rapat sungguh dengan arwah ibunya, atau dengan jelasnya.
Mereka bertiga ini diibaratkan belangkas, dimana ada Doktor Arabella. Disitulah bakal ada Doktor Damian dan Jururawat Emelin.
Pemergian Arabella juga turut terkesan buat mereka. Sejak pemergian Arabella, mereka mula renggan dan tidak serapat dulu.
Tapi bila sahaja Jibreel hadir sebagai pengganti Arabella, mereka kini mula rapat kembali dan trio yang sering menjadi buah mulut orang tika dulu kembali wujud.
"Doctor Damian is in operation room, he's now performing a discectomy and I'm sure he will be gone around two hours" Bicara Jururawat Emelin.
"Go check which opertion room ready for now and do asks Doctor Amelia and the team to ready for this operation asap" Arah Jibreel pada wanita itu sebelum mengundur dan diorak langkah pergi.
"Got it Doctor Jibreel" Jururawat Emelin berkata sebelum berlalu pergi.
~
Air laju membasahi kedua dua tangan milik Jibreel, sempat dia termenung sejenak sebelum hancur pergi bila sahaja keberadaan susuk tubuh wanita terasa di tepi.
"Jibreel, you free tak this afternoon?" Soal Amelia yang baru sahaja melangkah masuk sebelum tangan dialirkan air jernih.
Sempat matanya mengerling suka raut wajah tampan Jibreel seketika.
YOU ARE READING
Last Breathe | Jibreel Zaafir
Acción"Awak ni mesti terpengaruh dengan cerita action kan sampai nak kaitkan benda tu semua dengan realiti, awak perlukan rawatan lah Jibreel" - Hanah Bahiyyah "Aku? Perlukan rawatan? Kau bergurau kan? Aku doktor, kenapa aku perlukan rawatan?" - Jibreel Z...