chapter twenty seven

119 8 0
                                    

Kaku tidak beriak, Hanah merenung kosong ke hadapan walau sekeliling nya ketika itu heboh dengan kakitangan hospital yang tak henti ulang alik merawat pesakit tetapi Hanah bagaikan dengan dunianya.

Hatinya terasa kosong dan sepi, benaknya seperti terkilan dengan apa yang baru sahaja terjadi. Satu persatu maklumat serta memori yang baru terjadi diproses oleh otak nya.

Jikalau bukan kerana dadanya yang naik turun, pasti ramai mungkin berfikir yang Hanah adalah pantung cendana.

Seorang doktor berjalan lurus melempasi Hanah dan tiba tiba berhenti tidak jauh dari diri gadis itu melabuhkan diri, beberapa tapak diorak undur ke belakang sebelum diri Hanah direnung lama.

Jejaka itu terjongket kening seketika melihat susuk tubuh gadis di hadapannya, pelik tetapi Hanah tetap Hanah. Masih lagi tidak bergerak walau seinci, hanya kelopak mata yang berkelip setiap beberapa minit.

"Oitt" Suara garau memanggil kedengaran tetapi di ruang telinga gadis itu, ianya hanyalah terdengar seperti alunan bising cengkerik.

"Oittt" Sekali lagi suara itu bergema memanggil, cuba meraih perhatian gadis di hadapannya.

"Oittttttt!" Naik seoktaf suara garau milik susuk tubuh berkot putih itu sekaligus menyedarkan Hanah dari fantasi nya kembali ke realiti.

Terpejam kelopak mata Hanah lama bagaikan terkena renjatan elektrik sebelum sepasang matanya bertemu dengan sepasang mata coklat cair milik jejaka di hadapannya.

Lama renungan itu saling merenung sebelum Hanah sendiri yang mematahkan adegan panahan mata mereka.

Seluruh wajah mulus jejaka itu diperhati seketika sebelum dengan perlahan dia menjatuhkan pandangan ke arah sepasang tangannya.

"Jibreel.." Hampir tak kedengaran suara gadis itu berbicara, Jibreel terkilan seketika. Gadis di hadapannya bagaikan bukan gadis berani mati seperti yang selalunya.

Gadis di hadapannya kelihatan berbeza daripada biasa, tiada leteran mulut atau jelingan menyampah yang sentiasa dihadiahkan buat dirinya.

Jibreel berundur setapak sebelum diri gadis di hadapannya diteliti seketika, ada bekas bekas luka serta topok hitam yang terlukis di raut wajah milik Hanah.

"Kau buat apa sini?" Soal Jibreel bodoh, sahaja menjadi bendul walau jelas apa yang berlaku sekarang ada kaitan dengan diri Hanah yang tidak terurus itu.

"Tengah membaca" Loya buruk Hanah sebelum matanya menjeling jejaka itu seketika, menyampah dengan persoalan yang dilontarkan oleh Jibreel.

Sempat dia mengerling diri lelaki itu seketika, berkot putih dengan tanda nama di tepi.

Dr. Jibreel Zaafiir
Main surgeon from surgery department

'Lah, mamat ni doktor ke? Kenapa aku tak pernah tahu? Ke aku pernah tahu? Buat apa aku tahu, bukan ada kaitan dengan aku' Ruang hati gadis itu berbisik kecil.

Dahi Jibreel berkerut seribu, sekeliling gadis itu dikerling seketika sebelum keningnya terjongket naik, dan direnung tajam diri gadis itu.

"Kau permainkan aku ke?" Bidas jejaka berbadan sedikit tegap itu lagi sebelum tangannya mencengkak pinggannya.

"Dahtu, awak fikir saya buat apa lagi kat sini?" Sempat Hanah mengeluh kasar sebelum lehernya dibetulkan sejenak.

'Bebal juga ye mamat ni'

Jibreel mencebik sesaat sebelum isi dalam pipinya digigit perlahan, sahaja kepalanya berpaling ke kanan dan ke kiri.

Last Breathe | Jibreel ZaafirWhere stories live. Discover now