chapter thirty two

98 9 0
                                    

Jibreel berjalan masuk ke dalam dapur, kelihatan mak cik Suria sedang membasuh pinggan dan alatan memasak yang lain.

Peti sejuk dibuka Jibreel sebelum sekotak susu besar strawberi goodday dibawa keluar dan diletakkan separuh ke dalam cawan, Jibreel menyisip sedikit air miliknya.

"Hanah mana makcik?" Lembut sahaja Jibreel menyoal pada wanita separuh tua itu.

Mak cik Suria berpaling memandang Jibreel dan sejurus itu senyuman kecil muncul di bibir nya, tangannya dilap di sarung apron perlahan.

"Dia harini shift petang kan kat kerja lama dia tu, baru sahaja tadi dia keluar" Jelas Makcik Suria bersahaja lalu menghampiri meja makan.

"Tapi kan tuan, saya tengok dia sejak semenjak ni banyak betul luka. Tangan dia berbalut, kaki dia pun tadi nampak ada plaster besar" Wanita itu berkata lagi.

Jibreel tidak beriak tetapi dadanya tika itu berdebar bising.

'Seingat aku, aku curah air dekat tangan, yes berbalut tapi dekat kaki kenapa pula?' Bisik hati Jibreel kuat memikirkan kembali perkara yang berlaku beberapa hari lepas.

Tiba tiba dia teringatkan saat Hanah cuba mencapainya tetapi dia mengundur , tidak mahu dirinya ditarik sekali.

Teringatkan kaki Hanah yang tergelincir masuk ke dalam kolam, mungkin itulah sebab nya luka kaki perempuan itu terjadi.

Jibreel mengangguk kecil membalas jelasan kata Mak Cik Suria, sekadar menghormati bicara wanita itu yang sudah dianggap seperti keluarga.

"Tak apalah kalau macam tu, saya keluar kerja dulu lah" Bicara Jibreel sebelum terus berjalan pergi, tidak menghiraukan kata kata wanita itu tadi.

Mak cik Suria mengelipkan mata beberapa kali melihat Jibreel pergi, sejurus itu dia menyambung kembali kerjanya sebentar tadi.

Setelah selesai memakai kasut, Jibreel terus membuka pintu rumahnya. Dirinya melangkah keluar, seorang gadis kelihatan sebaik sahaja dia mendonggak.

Dua pasang mata itu saling bertentang buat beberapa minit sebelum Hanah terus mematahkan pandangannya.

Jibreel berjalan mendekat ke arah Hanah, gadis itu masih menunduk memandang lantai. Tidak mahu bertentang mata dengan jejaka itu lagi.

"Kau sukalah kan?" Soal Jibreel memandang lama gadis itu, Hanah yang sedikit pendek mendonggak memandangnya.

Wajahnya beriak, tidak faham akan bicara yang disampaikan Jibreel.

"Sebab kau-" Kepala Hanah ditunjal Jibreel kasar membuatkan gadis itu dipaksa mengundur, Hanah menahan diri daripada terjatuh.

"Ahnaaf gaduh dengan aku" Berkali kali dia menunjal kepala wanita itu, tidak kisah langsung melihat gadis itu sedaya upaya menahan diri dari tersungkur.

Hanah mula faham dan masih berdiam diri, tidak mahu membalas perbuatan Jibreel kerana dirinya tahu. Orang seperti Jibreel, tidak layak dia melawan kerana orang yang gilakan kemenangan seperti dia tidak akan mengalah walau apa jua caranya.

Sejurus itu, terus ditolak kasar Hanah ke tepi dan dia memboloskan diri ke dalam perut kereta. Lama dia berdiam diri di dalam kereta sebelum kereta mewah miliknya mula mengundur perlahan meninggalkan Hanah di situ dan memecut pergi di jalan raya.

Hanah masih lagi diam menahan sebak di dada, bibirnya digigit kuat hingga membuatkan bibirnya terluka.

Kakinya diorak langkah apabila sebuah kereta Myvi muncul di depan perkarangan rumah, dirinya diboloskan ke dalam sebelum grab membawa pergi menuju ke destinasi yang lain.

Last Breathe | Jibreel ZaafirWhere stories live. Discover now