chapter fifteen

194 10 0
                                    

Hanah meletakkan satu kotak air Pepsi di atas kotak air mineral, dia mula bangkit dari membongkok. Dia bersenam seketika membetulkan kembali bahunya yang jatuh akibat penat memikul.

Baru sahaja Hanan melangkah keluar, raut wajah pucat Qard menjamu pandangan membuatkan Hanan terkaku sejenak.

Ouh, masa untuk tukar shift.

Tetapi memikirkan kembali akan Qard Aiden yang tidak sempat dua puluh empat jam sudah diluluskan untuk bekerja di kedai serbaneka ini kadang membuahkan persoalan di kepala Hanah.

Apatah dia mengambil hampir seminggu semata mata untuk mendapat kelulusan bekerja di sini. Entah apa yang hebatnya dengan jejaka itu sehingga dia mampu bertindak sebegitu rupa.

Hanah mula mengemas barang dan melangkah keluar, indahnya dunia bila tiba waktu pulang dari kerja.

"Motor siapa pula ni? Cantik nya" Hanah membelek seketika motorsikal besar yang berada betul betul di hadapan tempat kerjanya, sekeliling diteliti tetapi langsung batang hidung manusia tidak kelihatan.

'Bilalah agak agaknya aku boleh merasa naik motor ni hmm, jadi penumpang pun bolehlah. Buat ghaso ghaso' Hati Hanan berbisik kecil.

Hanan kembali menatap motorsikalnya pula, jatuh air mukanya melihat motorsikal nya yang seperti besi buruk.

Bersyukur sahaja lah selagi boleh guna.

Motorsikal nya cuba dihidupkan berkali kali, kebanyakkan itulah yang harus dia lakukan setiap kali ingin menunggang motorsikal yang satunya ini.

Tetapi setelah hampir dua puluh minit, hasilnya masih sama.

"Ish motorsikal ni, buat hal lagi" Hanan menyepak kasar motornya sebelum dia mengadu sakit buat sejenak.

"Kenapa dengan motor kau?" Qard menyoal memeranjatkan Hanan akan jelmaan tiba tibanya.

"Err- rosak lagi" Hanan berkata sambil senyum kekok, mesti Qard dah puas dengar Hanan bebel pasal motor dia kan.

Tanpa bicara, Qard berjalan menghampiri motorsikal Hanan membuatkan Hanan mengundur mengekalkan ruang di antara mereka.

Lama Qard membelek dan memerhati motorsikal Hanan yang masih tak dapat dihidupkan itu, jejaka itu berdehem kecil.

"Motor kau memang totally dah rosak. Beli baru sajalah" Senang Qard berbicara sebelum bangkit kembali.

"Eh motor ni saya beli awal tahun tau, tu pon ansuran" Hanan berbisik perlahan di hujung ayat.

"Motorsikal ni? Kau kena scan ke apa?" Qard menyoal sebelum sekali lagi membelek motor Hanan. Entah siapalah yang menjual motor yang sepatutnya menjadi besi buruk ini kepada gadia itu.

Entah siapa yang salah, ku tak tahu ~

"Ish tak baik cakap macam tu" Bebal Hanan sambil memeluk dirinya.

Bodoh sangat ke aku sampai kena scan ni? Halamak, Hanan. Hanan. Apalah nasib adinda comel lotey yini.

"Kau beli dengan siapa?" Qard menyoal ringkas.

"Err- jap" Hanan mula membuka telefon bimbitnya dan membelek telefonnya buat sementara, mencari kenalan dan lama paparan 'Facebook' untuk ditunjukkan pada jejaka itu.

Last Breathe | Jibreel ZaafirWhere stories live. Discover now