Qard Aiden merenung lama Hanah yang sedang ralit menyusun barang di rak barangan dapur, gadis itu sedikit berbeza hari ini dengan topeng muka yang dipakai. Katanya, dirinya tidak beberapa sihat.
Tetapi seperti ada lagi yang sedikit lain, Hanah kelihatan seperti tidak bermaya dan kini selalu diam tidak berbicara.
Baju Hanah jatuh terselak membuatkan Qard berpaling dari memandang. Tiba matanya terbutam seketika sebelum dia kembali berpaling memandang ke arah tangan milik Hanah, dia meneliti tajam ke arah lengan gadis itu.
Setelah selesai, Hanah berpusing sedikit ke arah rak makanan sebelah kananya. Sempat dia mengerling ke arah Qard yang diam merenung sesuatu.
Lama tidak berkelip Qard memandang, sejurus itu Hanah turut berpaling ke arah pandangan Qard yang sebenarnya jatuh ke arah lengang nya yang terselak.
Dirinya juga tidak perasan akan itu, terus dia menutup kembali lengannya.
Sepasang mata Qard akhirnya berkelip jua, kening nya yang sedikit lebat ternaik sedikit. Lama dia berdiam diri dan Hanah yang tidak berbicara apa, dia terus bangkit
bangun menghampiri Hanah."Siapa buat kau macam ni?" Bicara Qard sejurus menarik tangan Hanah dan menyelak kembali lengan gadis itu yang kelihatan membiru.
"Err- saya tertumpahkan air panas dekat tangan" Bicara Hanah dengan berbohong sedikit tentang dia yang tertumpah padahal majikannya yang sengaja menumpahkan ke atas tangannya.
Qard yang mendengar tidak percaya akan bait kata Hanah terus menyelak lagi mempamerkan lagi bekas bekas lebam yang lain.
"It doesn't make sense, jangan menipu dengan aku Hanah" Bidas Qard Aiden dengan nada kata yang gerun, bagaikan sedang memberi amaran kepada gadis di hadapannya.
"Betull, air panas tumpah. Betull" Hanah berkata lagi seraya memujuk lelaki itu untuk percaya akan kata katanya.
Qard yang mendengar diam tidak berbicara, hanya matanya masih lagi merenung gadis itu. Tidak berpuas hati dengan jawapan yang dibutirkan Hanah.
"You changed" Bidas jejaka itu sedikit perlahan.
Mungkin Hanah fikir, dirinya tidak sedia maklum akan diri Hanah yang makin lain hari demi hari tetapi di sebaliknya, dia tahu dan jelas akan setiap inci yang berbeza pada diri Hanah.
"Maksud awak?" Sengaja Hanah menyoal walau dia tahu akan maksud di sebalik kata kata Qard. Bukan nya dia tidak maklum malah dia pun sedar akan perubahan yang berlaku pada dirinya.
"Rupa kau berubah, kau nampak pucat dan mata kau nampak sedih sangat dan kau selalu luka, badan kau mesti ada luka setiap kali kau datang kerja. Diri kau pun selalu tak sihat, tiba tiba demanlah, selsemalah, macam macam lah" Jejaka itu berleter panjang.
"Dan semua ni muncul sejak kau kerja dekat rumah tu" Tambah Qard Aiden lagi, dirinya percaya punca Hanah luka sebegini mesti ada kaitan dengan tempat Hanah berteduh itu.
Mata Hanah membulat besar mendengar tekaan bicara Qard, bibirnya mengetap kuat.
"Eh mana adaalahh" Hanah menggeleng laju.
"Aku tahu kau menipu but once I know the cause of all this mess, to that person- aku akan lakukan perkara yang lebih dahsyat dari apa yang dia lakukan pada kau" Qard berkata lagi sebelum berjalan pergi menyambung kerjanya yang lain di bahagaian stor, meninggalkan Hanah berseorangan di bahagian depan.
Hanah meremang seketika, berasa seluruh bulu romanya timbul naik mendengar bicara ugut Qard Aiden tetapi apa salahnya untuk dia melihat
Jibreel hancur? Dirinya sepatutnya bahagia untuk lihat jejaka itu hancur tetapi kenapa dia perlu memikirkan ayat untuk melindungi lelaki durjana itu.-
Hari menjelma malam, banglo besar kini lengang dengan manusia. Hanya tinggal Suria yang sedikit berumur ulang alik di dapur. Selesai urusannya di hospital, terus dirinya kembali ke rumah menyambung sisa kerjanya yang lain.
Jibreel berjalan masuk ke dalam rumah, dirinya berpaling memandang ke kiri ke kanan mencari susuk tubuh seseorang.
Kunci keretanya disangkut di tempat penggantung, dirinya baru sahaja usai kembali dari restoran mamak yang tak jauh dari rumahnya. Sekali sekala keluar lepak bertemu kawan kawan sekolah dulu, apa salahnya kan.
Ruang dapur menjadi hala tujunya, bersahaja dia duduk di meja makan. Suria yang ketika itu sedang ralit memotong sayur untuk di simpan menegur Jibreel seketika sebelum kembali dengan kerjanya.
"Hanah mana mak cik?" Jibreel menyoal dengan arah pandangannya sengaja dijatuhkan pada telefonnya, pura pura tidak berminat dan sahaja menyoal perihal gadis itu.
"Tak balik kerja lagilah rasanya. Mungkin juga hari ni balik lewat, motor dia kan rosak. Mak cik rasa kamu pergilah ambik dia, bahaya malam malam ni balik naik grab. Sorang pula tu" Jelas Suria panjang sekadar mencadangkan apa yang menurutnya betul, memandangkan kes pembunuhan dan penculikkan yang kian meningkat saban hari.
Jibreel hanya menangguk kecil, lama juga dirinya duduk di meja makan tidak bergerak. Kepalanya ligat berfikir perlu atau tidak untuk dirinya pergi mengambil Hanah?
Teruk juga apa yang dia lakukan tadi pada Hanah, entah silap hari bulan gadis itu pitam di jalan raya. Hampir setengah jam selepas itu, dirinya kembali ke ruang tamu sebelum kunci kereta tadi diambil.
Dirinya diboloskan ke dalam kereta, masih terasa sejuk kereta yang tadi dia naiki. Tidak menunggu lama, enjin kereta mula berfungsi sebelum keretanya mengundur perlahan keluar dari perkarangan rumah.
Keretanya berdecut laju di jalan raya menuju ke arah tempat kerja Hanah yang selalu dirinya kunjung dulu demi mencari sekotak susu strawberi Goodday.
Sesampai dirinya di sana, dia meneliti ke arah dalam kedau serbaneka itu mencari susuk tubuh kecil seorang gadis.
Lama sepasang matanya mencari sebelum jatuh ke arah dua susuk tubuh yang sedang bergelak tawa,
mata Jibreel terbutam bila melihat Hanah di sana serang tersenyum manis. Senyum yang langsung tidak pernah dia lihat, gadis itu kelihatan seperti sungguh berbahagia.Entah kenapa jauh di benak hati Jibreel, mula muncul rasa cemburu sedangkan dirinya benci amat pada gadis itu, mukanya berona merah menahan rasa marah.
Keretanya berlalu pergi, Hanah yangs seharusnya diambil dan dibawa balik sudah tidak dia pedulikan. Dia memecut laju keretanya sebelum terpaksa menarik brek laju kerana lampu isyarat yang sudah bertukar merah.
Stereng keretanya ditepuk berkali kali dengan penuh kudrat, kuat suaranya menjerit marah. Bagaimana gadis itu boleh sebahagia itu dengan jejaka yang entah siapa siapa, senyum yang terukir tadi tidak pernah gadis itu pamerkan pada dirinya.
Sungguh diri Jibreel berasa tidak adil, semua yang berlaku tadi tidak adil.
Sesampai Jibreel kembali ke rumah, dia menapak kasar masuk ke dalam rumah dengan riak wajah yang beku bak ais di kutub.
"Eh kenapa kamu pulang sorang? Hanah mana?" Suria yang sedang mengemas ruang tamu menyoal pelik membantutkan langkah Jibreel tadi.
"Perempuan tu? Entah" Jibreel berbicara pendek, makin berasa marah bila nama gadis itu kedengaran. Jibreel berjalan masuk ke dalam bilik lukisnya yang bertempat di sebelah bilik tidurnya.
YOU ARE READING
Last Breathe | Jibreel Zaafir
Action"Awak ni mesti terpengaruh dengan cerita action kan sampai nak kaitkan benda tu semua dengan realiti, awak perlukan rawatan lah Jibreel" - Hanah Bahiyyah "Aku? Perlukan rawatan? Kau bergurau kan? Aku doktor, kenapa aku perlukan rawatan?" - Jibreel Z...