chapter ten

233 20 1
                                    

Hanan membawa moto masuk ke perkarangan Pasaraya Besar di negeri tempat dia berteduh itu, helmet dicabut sebekym dikunci bersama di motornya.

Dia mula melangkah laju memasuki ke dalam Pasaraya besar itu, berjalanke arah tempat barangan dapur dan pelbagai barangan lain diletakkan.

Sudah dapat gaji maka disinilah dirinya mencari barangan untuk dijadikan stok barangan di rumah bujang miliknya.

Troli ditolak perlahan mencari satu persatu barangan di dalam list nya, semua yang dicari mampu didapati di sini.

Selesai membeli belah, Hanan membawa troli keluar dari pasaraya itu. Sedang kaki perlahan mengorak langkah, matanya terpaku pada baju pengantin yang terlakar indah di sebalik kaca.

Butik yang bertempat di dalam pasaraya itu sering menjadi serbuan buat raja dan permaisuri satu hari, sering kali Hanan melihat orang masuk ke dalam sini tetapi entah bila gilirannya bakal tiba.

"Cantiknya" Terlepas jua bicara mengagumi kecantikkan lakaran pada baju yang dicoret. Mesti mahal memandangkan hasil baju juga kelihatan kemas jahitannya dan butiran mutiara kelihatan indah sekali.

"Oih pencuri susu aku!" Jeritan dari telinga kiri menyentapkan Hanan sebelum laju dia berpaling ke belakang dan wajah abang Goodday menjamu pandangan.

Entah macam mana mereka bakal bersemuka di sini, puas bergaduh nak sambung dekat sini pula ke cik abang?

"Eih awak, mulut tu perlahan sikit boleh tak. Apa kebenda cakap saya pencuri susu awak kuat kuat" Marah Hanan pada jejaka itu bila mata mata mula merenung mereka pelik, ini semua salah jejaka di hadapannya.

Tiada ribut tiada angin, tiba bersemuka di sini.

"Fakta. Kau tengok ni, aku dah beli berkotak kotak. Tak adanya aku nak pergi 7 Eleven kau yang dah nak lingkup tu lagi" Sinis jejaka itu berbicara.

Hanan hanya menjeling seketika, orang kaya bolehlah membeli belah macam tu. Orang seperti dia? Lambat lagi.

Usai berkata pedas pada Hanan, jejaka itu selamba menggusung langkah pergi meninggalkan Hanan yang masih terkial kial.

'Laki ni apa pasal? Tiba tiba je' Hanan membebel kecil sebelum laju dia melangkah ke arah motor skuternya.

~

"Babah!" Jibreel menjerit kuat sebaiks sahaja diri ayahnya yang separuh usia sedang duduk elok dia atas sofa membelek telefon, sudah berminggu tidak dapat dia bertentang mata dengan ayahnya.

Terlalu sibuk dengan kerja! Dan semuanya berlaku sejak kepergian ibu.

"Jibreel, my son" Haidil berbicara kecil sebelum senyum manis mula terlakar di bibir jejaka itu melihat satu satu anaknya dengan isterinya, Arabella Sharifah.

"So how kerja babah?" Soal Jibreel lagi setelah barangan diletakkan di tepi, dia juga melabuhkan diri di atas sofa. Lelah berjam jam di dalam kereta tadi pergi mencari barangan dapur dan keperluan buat mereka malah sempat juga bergaduh mulut dengan akak 7 Eleven.

Biar gadis itu tahu, tak ada dia hamaknya dekat susu goodday dari kedai serbaneka yang dah nak remput tu.

"Okay je but-" Kata kata Haidil terberhenti seketika membuatkan Jibreel memandangnya sambil menjongketkan kening nya sedikit.

"Soal ibu kamu, babah masih tak dapat kesan" Jelas Haidil lagi pada Jibreel, Jibreel hanya mengangguk kecil.

Sudah puas dan lali mendengar alasan ayahnya itu, sejak 12 tahun lepas. Itulah ayat yang selalu keluar dari bibir jejaka separuh usia itu.

Jibreel sempat mengeluh seketika.

"Babah, salah ke kalau kita masih mengharapkan kepulangan ibu?" Soal Jibreel tiba tiba membuatkan mata Haidil kini merenung Jibreel lama.

'Ada biasan sayang di dalam raut wajah Jibreel' Hati Haidil berbicara kecil.

"Dan kalau betul ibu masih hidup, kenapa ibu belum balik" Soal Jibreel lagi penuh rasa, hampir belasan tahun mereka sabar menanti.

Jadi sampai bila lagi harus menunggu?
Sampai dirinya juga ditelan usia?

"Jibreel! Jadi kamu nak cakap ibu dah mati? Don't lost hope Jibreel!" Lantang sekali Haidil berkata kata, tidak! Arabella masih hidup dan mungkin sekarang dia masih sesat tidak tahu jalan pulang.

Apa Haidil fikir ini merupakan cerita Movie seperti di dalam kaca TV? Ini realiti bukan fantasi, mahu kata Arabella sekarang berada di suatu tempat yang dia sendiri tidak tahu?

"Tapi babah, sudah 12 tahun!" Bicara Jibreel lagi mahu menyedarkan ayahnya, sampai bila mereka bakal ditelan memori lama?

"Nonsense! Sudahlah, ayah masuk bilik kerja dulu" Haidil mula bangun setelah bicara kuat malas mendengar kata kata yang entah apa apa dari Jibreel lagi.

Jangan cuba menukarkan mindset nya yang bahawa Arabella sudah tak ada, isterinya masih hidup.

"Babah! We need to accept the truth" Naik seoktaf jeritan Jibreel pada Haidil sebelum dia menekup kasar mukanya.

Entah apa yang harus Jibreel lakukan lagi, sama ada sabar menanti ibu pulang atau merelakan sahaja kepergian ibu.

Haidil menutup kasar pintu bilik kerjanya, tidak sangka Jibreel akhirnya punah harapan. Jadi pencarian nya bakal sia sia sebegitu sahaja?

Big no no!

Satu kotak besar diambil Haidil keluar sebelum beberapa Album dibawa keluar penuh lemah, matanya mula berkolamkan suam.

Dadanya menjadi sebak, dia rindukan permaisuri nya.

"Sayang, where are you right now sayang? Sampai bila abang harus sabar sayang, abang penat menanti. I need you right now sayang, I really need you" Haidil mengatakan katanya berselang tangis, sungguh dadanya penuh dengan rasa rindu pada isterinya.

"Kita dah berjanji untuk hidup membesar dan menua bersama but why only me who taking care of our son sayang? Tidak sempat sayang melihat Jibreel graduasi, sayang pulanglah andai benar sayang masih hidup" Sungguh hanya Tuhan sahaja yang tahu berapa menderitanya ketika ini mengharapkan orang yang entah masih hidup atau tidak.

"Abang sangat rindukan sayang" Bicara Haidil lagi sebelum lena diulit mimpi berkatilkan lantai sejuk pejabatnya, sambil memeluk erat gambar gambar Arabella tersenyum manis.

Last Breathe | Jibreel ZaafirWhere stories live. Discover now