Angin berpusu pusu memasuki perkarangan rumah, seraya menolak lembut rambut sedikit keperangan milik Hanah dan beralun seperti rentak alunan melodi.
Tanaman pokok serta bunga yang memenuhi dalam pagar rumah disiram Hanah, air menitik membasahi daun daun serta batang pokok.
Setelah selesai, pili air ditutup sejenak. Sempat dia berdesis sakit apabila rasa sakit mula menjemu ketika dia membongkok sedikit mencapai punat pembuka serta penutup pili air.
Hanah bangkit berdiri tegak kembali, seluruh badannya ketika ini berasa lemah sekali. Langkahnya sejak tadi juga longlai seperti berjalan di dalam air.
Baju di lengan nya diselak sedikit mempamerkan lebam biru di sekitarnya, setelah itu bajunya kembali ditarik menutup kembali luka dan lebam yang kelihatan.
Baru sahaja ingin dia mengorak langkah menuju ke arah pintu masuk, rambutnya berasa basah seperti ada air yang jatuh mengalir di atasnya.
Belum sempat tangannya naik menyentuh rambut, seluruh badannya kini basah dengar air yang bewarna seperti cat warna.
Gadis itu memandang pelik dirinya sebelum terus dia memandang ke arah balkoni atas, kelihatan jelas susuk tubuh Jibreel yang sedang berdiri sambil memegang bekas baldi di tangan milik jejaka itu.
Hujung bibir Jibreel senyum jahat, puas melihat Hanah yang kini basah dengan air cat warna yang digunakan Jibreel untuk menghasilkan karyanya.
"You deserve that" Tidak berbunyi bicara jejaka itu tetapi Hanah dapat membaca jelas butiran yang keluar, gerak geri bibir mulus milik Jibreel.
Tidak menunggu lama, Jibreel kembali berjalan masuk ke dalam bilik meninggalkan pintu balkoni nya terbuka.
Hanah kembali menunduk memandang diri, entah sampai bila dan akhirnya bagaimana. Di mana penghujung perit hidup nya ini, bila hukuman Jibreel padanya bakal berhenti atau memang takdirnya terkunci hidup di dalam seksaan jejaka itu?
Berputus asa dengan hidup, malas persoalkan lagi, malas menunggu jawapan di sebalik ujian yang diberi. Entah apa yang terjadi selepas ini tidak dipedulikan lagi, dirinya lelah.
Dengan penuh longlai, gadis itu melangkah masuk menuju ke biliknya ingin membersih diri sekaligus menunaikan solat asar yang baru sahaja menjelma.
Setelah selesai membersih diri, pakaian mula disarungkan dan pakaian solat turut diambil dan disarung. Sejadah dihampar elok terletak di atas lantai dan dirinya mula mengangkat takbir.
Tidak mengambil masa yang lama, akhrinya dia selesai menunaikan kewajiban dirinya sebagai muslim. Dirinya duduk berlutus dan diangkat tangannya separa tinggi sebelum hatinya berbisik kata kata doa yang ingin dia sampaikan pada sang penciptanya.
Air matanya menitis jatuh, panas mengalir membasahi pipi. Hatinya menjerit kuat, dadanya berasa berat dengan sebak rasa.
Dia tak kuat, sungguh susuk tubuh nya kini tak mampu berdiri lagi. Dia penat dan benar benar berputus asa dengan takdir hidupnya, kata mereka pelangi bakal muncul setelah hujan tetapi kenapa sampai kini tiada?
Tanda tanda pelangi bakal muncul langsung tiada apatah benar benar muncul, ribut hidup tak pernah pernah henti menimpanya.
Apa lagi yang engkau mahu dan apa lagi yang engkau ingin timpakan pada dirinya?
Tetapi buat lagi sekali, dia berserah pada penciptanya. Dia biarkan sang penciptanya yang menguruskan semuanya, dia meletakkan seluruh kepercayaan nya lagi pada tuhannya.
Bicara akhir doa nya dihabiskan dengan kata 'Aamiinn' , Hanah melepaskan nafas kasar bagaikan melepaskan segala rasa yang terbuku di pelusuk dalam hatinya.
YOU ARE READING
Last Breathe | Jibreel Zaafir
Acción"Awak ni mesti terpengaruh dengan cerita action kan sampai nak kaitkan benda tu semua dengan realiti, awak perlukan rawatan lah Jibreel" - Hanah Bahiyyah "Aku? Perlukan rawatan? Kau bergurau kan? Aku doktor, kenapa aku perlukan rawatan?" - Jibreel Z...