Hanah membetulkan sedikit bahunya, tudung yang tersarung separuh di kepala tadi mula jatuh ke bahu, tangan Hanah masih dipeluk erat bonda bagaikan seorang ibu dan anak.
"Bonda, Jibreel pergi simpan barang dululah sekejap. Lepas ni nak pergi makan dulu kan?" Pinta Jibreel pada bonda dan diangkat sedikit tinggi barangan yang dibeli bonda tadi.
"Eloklah, kesian pula kamu ni bonda tengok" Bonda mengangguk kecil, kasihan pula melihat cucunya yang kelihatan seperti tak menang tangan.
"Kan, kesian tengok cucu dia ni pegang barang shopping yang macam bertahun tak keluar shopping. Kan bonda kan?" Jibreel menyoal, sekadar bermain kata dan senyum sinis terukir.
Bonda yang mendengar terus mendekat ke arah Jibreel, baru sahaja ingin mencubit diri jejaka itu. Terus Jibreel berlari pecut melarikan diri.
"Aaaaa maaaf maaff, Jibreel pergi dulu" Sempat Jibreel menjerit sedikit kuat sebelum mempercepatkan langkahnya. Tidak tidur aman dirinya kalau dicubit lagi, tak pasal pasal ubat gamat harus disapu lagi.
"Hanah tunggu sini jap tau, bonda nak pergi tandas sekejap" Bonda berkata lagi dan Hanah menangguk perlahan, bonda senyum kecil dan berjalan laju menuju ke tandas yang tidak jauh di sana.
Hanah menyandarkan dirinya di dinding dan meneliti sekeliling yang lengang dengan susuk tubuh manusia, mungkin kerana kawasan ini kurangnya tempat jualan.
"Hanah" Suara garau sosok lingkungan empat puluhan menegur Hanah. Terus gadis itu berpaling ke depan dan lantas dirinya berdiri tegak, dirinya juga menggigil takut.
Dada Hanah berombak kuat, berdebar dan takut akan sosok tubuh yang sedang berhadapan dengan dirinya ketika ini.
"A-ayah" Tergagap gagap gadis itu cuba berbicara tetapi semestinya rasa takutnya yang menang, sudah sekian lama tidak bertemu dan setiap kali berselisih. Hatinya tetap tidak akan tenang kerana dia tahu apa yang sosok bergelar ayah ini mahukan.
"Lama tak jumpa engkau, makin cantik pula tu. Dengan bajunya, kau jual diri dekat orang kaya ke Hanah. Banyak kau beli belah?" Tangan lelaki tua itu mula naik bermain dengan rambut Hanah yang didandan kemas.
"A-ayah buat apa kat sini?" Malas membalas soalan keji yang jejaka tua itu lemparkan, terus Hanah menepis sedikit kasar tangan si dia yang cuba meraih rambutnya tadi.
Melihat tingkah laku agresif Hanah yang masih tidak berubah, mengundang rasa geli hati di dadanya dan bibirnya senyum sinis bersama kening yang terjongket naik.
"Kau menyorok mana sampai susah aku nak cari kau hah?" Soal lelaki itu lagi, tidak puas hati akan Hanah yang hilang serta merta tanpa jejak.
Hidupnya kini bergantung pada diri gadis itu. Kalau Hanah tidak mahu membantu kewangan dengan cara berkongsi hasil kerjanya, maka tidak ada cara lain selain menjual diri Hanah.
Mungkin separuh dari hasil jualan, untungnya kembali kepada dirinya. Semestinya berbaloi memandangkan diri Hanah yang comel cantik serta kurus ramping bak model malah sekarang, susuk gadis ini terlihat sempurna sekali dengan dandanan rambut serta gaya bajunya.
Mesti ramai yang berebut mahukan gadis ini untuk bermain melepaskan rasa.
"Hanah tak menyorok mana pun-" Takut takut Hanah melontarkan bicara, sepasang matanya kini bergenang dengan air mata.
"Kau ikut aku sini." Tidak menunggu Hanah menghabiskan bicara, terus ditarik kasar pergelangan tangan gadis itu untuk mengikut jejak langkahnya.
"Tak nak, Hanah taknak ikut ayah" Kasar Hanah merentap gengaman erat jejaka tua itu pada dirinya dengan segala kudrat dirinya.
YOU ARE READING
Last Breathe | Jibreel Zaafir
Azione"Awak ni mesti terpengaruh dengan cerita action kan sampai nak kaitkan benda tu semua dengan realiti, awak perlukan rawatan lah Jibreel" - Hanah Bahiyyah "Aku? Perlukan rawatan? Kau bergurau kan? Aku doktor, kenapa aku perlukan rawatan?" - Jibreel Z...