chapter twelve

238 12 0
                                    

Tangan Jibreel ligat bergerak, matanya tajam memerhati situasi dalaman kepala pesakit. Skalpel dimasukkan perlahan ke dalam mendekati ketumbuhan yang sebesar bola golf.

Jibreel mencerlung tajam, langsung tidak berpindah tatapan nya dari memandang hadapan malah kelopak matanya juga langsung tidak berkelip.

"Kau nak jumpa ibu kau tak?" Soal lelaki separuh tua pada Jibreel.

"Nak!"Jibreel mengangguk laju, sangkanya ibu sudah pulang. Ibu akhirnya kembali, pencarian ayahnya akhirnya berjaya!

Setelah sahaja Jibreel melangkah masuk ke dalam perut kereta, lelaki itu mengeluarkan sebuah telefon bimbit.

Satu video ditayangkan pada Jibreel dan video itu persis amat dengan MOVIE tetapi apa yang berbezanya orang di dalam itu, adalah ibu-

"I-ibu" Ibu yang sedang dikurung menjerit itu membuatkan Jibreel menutup mulutnya kasar.

Tetapi bila sahaja saat ibunya ditolak jatuh ke dalam laut membuatkan Jibreel mengalirkan tangisan, lelaki yang menolak ibu.

Matanya persis seperti lelaki yang sedang menatap Jibreel tajam, Jibreel berpusing ke arah belakang bila bunyi deheman seorang budak perempuan kedengaran.

Budak perempuan itu sedang terbaring dengan raut wajah yang lemah, lesu dan pucat.

Baru sahaja Jibreel ingin berpaling kembali ke hadapan, belakang lehernya terasa ditusuk laju dengan tajam jarum membuatkan kelopak mata Jibreel memberat.

"Aku- akan pastikan kau pun akan menderita seperti ibu kau dan ayah kau akam rasa apa yang aku rasa" Bisikan lelaki itu menjadi bisikan terakhir yang didengari Jibreel sebelum akhirnya pitam tidak sedarkan diri.

"Jibreel!"Jeritan namanya yang dipanggil oleh Amelia menyentakkan Jibreel dari lamunannya tadi, matanya membulat bila melihat percitan darah yang keluar dari hadapannya.

Dia tersilap langkah, dia terpotong sedikit salah satu lapisan.

Amelia menolak Jibreel menjauh, sebelum skalpel yang baru diambil nya. Data di pamparan dibaca oleh salah seorang jururawat, mengatakan yang keadaan pesakit menurun ke arah negatif.

Selangkah demi selangkah Jibreel mengundur, dia memegang kepalanya yang sedikit pening. Amelia yang sedang sibuk menghabiskan sisa dan akhiran yang tak sepatutnya berlaku serta memori tadi berselang bermain di benak kepala Jibreel.

Dia jatuh terduduk, bersandar pada dinding. Hatinya berbisik marah 'apa yang kau dah buat ni Jibreel!' .

Urat tadi Amelia menjahit kembali sebelum ketumbuhan yang sebesar bola golf itu ditarik keluar secara perlahan.

Nafas ditahan takut sekiranya merisikokan lagi keadaan yang sudah hening, tangannya hampir bergetar sebelum akhirnya sel gumpalan itu diletak kasar di piring.

Amelia mengeluh nafas lega, dia memejam nata seketika sebelum berpaling ke arah Jibreel yang masih terduduk.

Amelia berjalan melangkah mendekati ke arah Jibreel, menyamai tinggi jejaka itu.

"Jibreel, saya rasa awak perlukan rehat. Awak keluar lah, biar saya yang setelkan semua" Jelas Amelia pada Jibreel, Jibreel yang sejak tadi menjatuhkan padangan ke bawah mula perlahan mengangkat kepala memandang gadis di hadapannya.

Dua pasang mata itu saling bertembung, dapat Amelia rasakan maksud di sebalik mata yang menyinar sedih. Mereka saling bertatapan bagaikan dunia ini hanya buat mereka berdua.

Jantung Jibreel berdegup laju. Semakin dalam dia menerokai biasan mata Amelia, makin meningkat dentuman jantungnya.

Perasaan apakah ini?

Last Breathe | Jibreel ZaafirWhere stories live. Discover now