Pintu automatik terbuka luas memberi ruang untuk sosok jejaka itu melangkah keluar. Hal itu menarik perhatian beberapa susuk diri yang sedang duduk termenungkan nasib seseorang di sebalik bentengang itu.
"Jibreel? What's happened?" Laju bonda berjalan merapati ke arah Jibreel yang lemah melangkah.
"Masa belum habis lagi, kenapa kamu dah keluar?" Lelaki separuh tua seraya ayah kepada Jibreel menyoal juga, sesekali jam yang menunjukkan masa yang diperuntukkan untuk bedah dengan wajah jibreel dipadang silih berganti.
Masih awal lagi, tak akanlah pembedahan tadi memakan masa beberapa minit sahaja. Mustahil sekali, jangan kata ada sesuatu yang berlaku di dalam sana sebentar tadi.
"Jibreel! Apa masalah kau?" Lantang suara garau seseorang menengking tinggi ke arah Jibreel, terbantut seluruh persoalan yang baru dilontarkan.
"Ahnaaf, hey kenapa ni? Jangan tinggikan suara dalam ni, hormat sikit" Nasihat bonda setelah menyoal akan sikap Ahnaaf yang tiba tiba.
"Kau buat apa lagi? Berapa kali kau nak hukum dia?" Baju Jibreel dicengkam Ahnaaf kuat, menghiraukan bonda disamping.
"Apa masalah kamu berdua ni, apa maksud kamu ni Ahnaaf?" Melihat Ahnaaf yang mula naik tangan, laju Haidil bergerak menghalang agar perkara yang tidak diingin berlaku. Digenggam kuat tangan Ahnaaf tapi masih tidak mampu membuatkan Ahnaaf untuk meleraikan cengkaman lelaki muda itu.
"Ni dah kali berapa perempuan ni masuk hospital, kau jujur dengan aku Jibreel!" Naik seoktaf lagi suara Ahnaaf walau sudah diingati bonda untuk tidak bersuara lantang di kawasan itu.
"Sudah Ahnaaf!" Diri Ahnaaf ditarik Haidil kasar, menolak diri Ahnaaf ke belakang menjauh dari Jibreel. Kini dirinya menjadi benteng di antara Jibreel dan Ahnaaf.
Tajam mata Ahnaaf meningkam mata Jibreel yang berbutir air mata, masih diam tidak merespon.
"Kau nak hukum pembunuh sampai kau sendiri hampir jadi pembunuh" Sekali lagi Ahnaaf melangkah mara, menunding kuat jari telunjuknya pada dada Jibreel.
Haidil mendakap Ahnaaf kuat, tidak tahu apa yang diperkatakan mereka berdua tetapi sebagai seorang ayah. Dia harus meleraikan pergaduhan emosi di antara dua beradik tidak sedarah ini.
Rahang Jibreel ketap kasar sebelum bibirnya mencebik menahan sebak rasa sambil tangannya digempal kuat.
"Aku tak buatlah! Bukan akulah!" Dinding ditumbuk Jibreel kasar seraya juraian air mata deras mengalir, terkaku mata mata yang memerhati melihat sikap drastik Jibreel.
"Habistu siapa?" Tidak menghiraukan Jibreel, Ahnaaf menyoal lagi. Bukannya dia tidak maklum akan Jibreel yang suka 'Self victim', heh.
"Manalah aku tahu!" Marah Jibreel kembali, dia pun tidak tahu. Siapa dan mengapa, apa yang berlaku dia langsung tidak tahu! Yang dia tahu, Hanah sudah terkapai kapai saat mereka pulang dari makan malam.
"Sebab kau lah yang buat, sebab tu kau tak tahu! Semua ni plan kau je, konon rumah pecah masuk. Dah lampuk lah strategi kau ni!" Ditolak badan Jibreel bertalu talu.
Jibreel yang ketika itu berasa seperti maruah nya dipijak henyak oleh Ahnaaf membalas tindakan Ahnaaf dengan penuh kudrat, menghentikan perbuatan bertalu Ahnaaf pada dirinya.
"K-kau, aku sumpah benci kau Ahnaaf" Bahu Ahnaaf digenggam kuat, dapat dirasa getaran susuk tubuh Jibreel mengalir melalui tangan sasa Jibreel.
Dua beradik bukan kandung itu saling bertatapan, butir mata masing masing penuh dengan amarah dan rasa kecewa.
Sepasang mata Jibreel bengkak merah, dipatahkan renungannya sebelum kukuh kakinya berjalan laju pergi. Kuat kasutnya kedengaran menghentak lantai hospital, ruang itu kembali sunyi meninggalkan mereka di situ bisu dan diam tidak bersuara.
_
Masa menelam kisah, kini sudah hampir sebulan lebih sejak kejadian yang hampir meragut nyawa seorang gadis yang langsung tidak bersalah. Hanya kerana kekejaman dunia, nyawa nya hampir menjadi taruhan.
Entah apa yang berlaku. Entah apa sebenarnya salah Jibreel yang mencetuskan pergaduhan di antara dua anak muda itu, tiada siapa yang tahu.
Semuanya bertukar menjadi misteri, tiada yang mahu membuka bicara akan hal tersebut. Tiada yang tahu kebenarannya kecuali mereka bertiga.
Beberapa dokumen yang baru dicapai Jibreel dari bilik tidurnya dibelek lagi sekadar memasti kan yang semuanya mencukupi, tak mahu dia berpatah balik ke rumah lagi semata mata untuk beberapa helaian kertas itu.
Baru sahaja mahu diorak kaki pergi, pandangannya jatuh pada pintu bilik hadapan yang tidak bertutup kemas. Kediaman bilik yang pernah ibunya huni dulu tetapi kini menjadi tempat teduhan buat Hanah.
Jibreel melangkah merapat dan mengintai sedikit. Sahaja ingin tahu sama ada bilik itu kosong atau sebaliknya.
Tidak benar rupanya apa yang ditekanya. Kelihatan Hanah ber telengkung solat yang sedang duduk bersimpul di sejadah serta tangannya yang ditengkup dan diangkat sedikit tinggi.
Tidak dapat didengari akan apa yang dibisikkan gadis itu, Jibreel diam di dalam lamunannya. Sudah sekian lama dia meninggalkan solat akan sebab kesibukkan kerjanya. Kalau babah dan bonda tahu, pasti mereka berleter panjang.
Bukannya dia sengaja tetapi kerana kesibukkan diri mengejar dunia, dia lalai dalam perkara yang sepatutnya menjadi kewajiban diri.
Kerjaya sebagai perawat sudah tentu menjadi pokok tambah pahala nya diakhirat tetapi semuanya bakal terhapus sekiranya tiang agamanya tidak dipertahankan, sekiranya lima waktu itu tidak dia kerjakan.
Tetapi pernah dengar akan ayat, niat tidak menghalalkan cara?
Dia seorang pendosa dan hari ini, Allah telah turunkan jentik hidayah dalam hatinya untuk berubah. Untuk menjadi seorang manusia yang hidup berlandaskan agama dan bukannya dunia.
"T-tuan, tuan buat apa kat sini?" Lamunan Jibreel lenyap menjadi habuk bila suara gadis menyampuk fantasinya. Tersekat sekat gadis itu menyoal, masih bersisa rasa takutnya pada Jibreel. Kalau dikenangkan kembali, Subhanallah peritnya apa yang dilakukan Jibreel pada dirinya.
Tetapi benarlah manusia boleh berubah. Jibreel tidak pernah bicarakan tetapi Hanah sudah dapat mengagak dari segi cara dan perbuatan yang Jibreel lakukan kini padanya.
Sudah lama Jibreel tidak bertindak kejam, mungkin sudah diberi hidayah? Mungkin apa yang ditimpa pada diri Hanah memberi kesan jua pada Jibreel.
Sebaik sahaja Jibreel sedar, Hanah kini sudah berada betul betul di hadapannya dengan riak wajah yang kepelikkan.
Sempat Jibreel berfikir akan soal kata yang diujarkan Hanah tadi, berkerut dahinya seribu memikirkan kembali.
"B-bu-kan Adam cakap yang kau masih perlukan rehat ke? Kau tu bukan larat sangat pun nak solat" Bidas Jibreel. Itulah sahaja apa yang terlintas di benak kepalanya, bodoh pula soal yang dia baru sahaja bicarakan bila difikirkan kembali.
"Walau kita bukan orang baik pun, solat jangan tinggal" Kata Hanah berhati hati, tidak mahu hati jejaka di hadapannya itu tersinggung.
Jibreel yang mendengar terkilan buat seketika, ada benarnya akan apa yang dibutirkan Hanah. Dia bukan orang yang baik tetapi dia masih beragama Islam, murtad dia sekiranya lima waktu itu langsung tidak dikerjakan. Itu yang selalu ustaz dan para ilmuwan katakan.
Ada benarnya juga, sikap iri hati dan rasa dendam yang susah untuk dibawa pergi ini adalah kerana hatinya sudah gelap. Sebaik baik cahaya, pasti cahaya keimanan lebih terang dari segala cerahnya cahaya.
YOU ARE READING
Last Breathe | Jibreel Zaafir
Action"Awak ni mesti terpengaruh dengan cerita action kan sampai nak kaitkan benda tu semua dengan realiti, awak perlukan rawatan lah Jibreel" - Hanah Bahiyyah "Aku? Perlukan rawatan? Kau bergurau kan? Aku doktor, kenapa aku perlukan rawatan?" - Jibreel Z...