chapter fourty seven

223 10 2
                                    

Hari Ahad yang menyenangkan, tiada overtime work. Hari yang sempurna untuk berehat dan bercuti, dia kini sedang duduk di persisir kolam dan tidak jauh dari dirinya ada Hanah di samping.

Hanya topik rawak yang dibualkan mereka, kadang isu kenaikkan harga. Kadang juga hal hal di Palestin yang kini masih diserang kejam oleh pihak Zionis dan kadang juga hal tentang ibunda nya, Arabella Sharifah.

Gadis itu yang ingin tahu jadi dia hanya kongsikan sahaja. Dapat Jibreel lihat, Hanah kelihatan semakin membaik. Cara percakapan dan tingkah laku nya pada Jibreel juga kelihatan makin selesa. Gadis itu makin pulih dan selesa dengan dirinya.

"Jangan kata awak nak tolak saya masuk dalam kolam ni lagi, awak fikir saya dah lupa ke?" Persoalan yang tidak disangka meninti keluar dari bibir gadis itu memberi getaran pada diri Jibreel.

Huluran pukat ikan yang hampir gadis itu sambut diletak kan Jibreel di samping dirinya. Kecewa hatinya bila Hanah memperingatkan hal buruk yang dia lakukan dulu pada gadis itu.

"Ouh sorry, tak berniat pun. Saja nak bergurau dengan kau tapi kau dah fikir macam tu" Bicara Jibreel, sengaja tidak dilepaskan genggaman nya pada jaring itu tadi untuk bergurau. Tidak terlintas pun niat buruk dalam hatinya mahupun akal fikirannya.

"Saya tahulah, tahu lah awak dah berubah. Awak dah jadi majikan yang baik sekarang, tapi kadang saya curious. Awak baik dengan saya ni sebenarnya, ada maksud ke di sebalik?" Jelas Hanah pula, bibirnya mencebik kecil bila melihat senyuman Jibreel tadi luntur.

Jibreel yang mendengar melihat ke samping, redup sahaja renungannya.Keningnya bergerak naik, hatinya terasa dijentik atas persoalan Hanah.

"Tak saya bukan apa cuma saya tertanya" Melihat renungan mata jejaka itu kini berpaling pada dirinya, dia bicarakan lagi untuk menyedapkan hati jejaka itu. Berharap Jibreel tidak tersinggung, takut kalau apa yang dikatakan bakal megumpan amarah jejaka itu.

"Hanah" Sepatah kata keluar dari Jibreel setelah panjang Hanah berleter seketika tadi.Ringkas sahaja sebutan nama gadis itu disebut.

Hanah menelan kelat air liurnya, hatinya berdegup laju. Tak akanlah Jibreel tersinggung dengan katanya tadi? Deheman kecil meniti keluar membalas sahutan Jibreel.

"Kenapa Jibreel?" Hanah menyoal lagi bila Jibreel kelihatan masih diam sepi, suasana menjadi tegang dan kekok kembali.

"Kalau aku cakap, betul ada maksud di sebalik" Mendengar bicara Jibreel, seluruh tubuh Hanah menjadi dingin sejuk. Apa maksud Jibreel? Apa maksud di sebaliknya?

"Maksud awak?" Hampir tergagap bicaranya.

Tidak akanlah Jibreel berlakon je menjadi baik selama ni? Tak akanlah Jibreel masih tidak puas menyakiti, menyeksa dirinya?

Jibreel sudah berubah bukan, sudah berminggu minggu berlalu. Tidak akanlah dia kembali pada diri kejamnya kembali?

Suasana masih sepi, sehinggakan alunan angin boleh didengari. Hanah mengenggam kuat tangannya, matanya dipejam kuat bila terasa Jibreel mengesot sedikit hampir dengannya.

"Aku nak kau jadi isteri aku" Kaku terus sekujur tubuh kecil Hanah mendengar. Jibreel hilang waras sudah ke? Atau sekadar berpura pura.

Kepala gadis itu naik dan memandang ke sisinya melihat terus ke arah wajah Jibreel yang masih merenung teguh ke hadapan.

Jibreel mengempal kuat tangannya di lantai dengan air muka yang kosong, bagaikan bukan dia yang baru sahaja melamar gadis itu tadi.

"Isteri awak? Awak bergurau lagi ke?" Hanah gelak halus sekadar menyembunyi kan rasa gugupnya. Jantungnya makin berdetak laju, dadanya juga hebat bergerak naik turun.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 24 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Last Breathe | Jibreel ZaafirWhere stories live. Discover now