chapter nineteen

189 15 0
                                    

"Ishhhhh" Hanan memarahi kuat pada dirinya, benak kepala terasa penuh sekali. Entah apa yang harus dia lakukan ketika ini.

Tiba tiba, muncul susuk tubuh milik mak cik Suria mendekatinya. Wajah sayu mak cik Suria direnung Hanan penuh rasa.

"Maafkan mak cik l, ini semua salah mak cik. Mak cik tak cakap dekat kamu dulu pasal tuan muda Ahnaaf dan sekarang kamu yang kena hadap semua ni" Tangan Mak cik Suria disambut lembut Hanan sambil laju kepalanya digelengkan.

"Tak lah mak cik, saya yang sesuka hati masak something tanpa selidik dahulu" Bicara Hanan pula.

Masing masing kini sedang menyalahkan diri sendiri, buar hati sendiri hancur demi kebahagiaan dan ketenangan orang lain.

Sempat Hanan menangkap butir cecair jernih yang mengalir jatuh ke pipi milik wanita separuh abad itu.

Dalam masa yang sama, pintu rumah bunyi terbuka sebelum kelibat susuk jejaka tegap melangkah masuk dengan raut yang penuh muram.

Laju sahaja Mak cik Suria berjalan mendapatkam Tuan muda yang masih memandang teguh lantai, dingin terasa aura sekeliling.

"Tuan. Makcik yang s-salah" Perempuan separuh umur itu tergagap membutirkan bicara.

"Aku dah buat keputusan." Dingin suara jejaka itu menghiraukan lontaran maaf dari wanita di hadapannya.

Perlahan raut wajahnya diangkat sebelum sepasang mata miliknya memaku raut wajah si gadus yang tidak jauh di penjuru sana.

Lama dia merenung membuatkan Hanan menoleh pandangan ke arah lain, Jibreel tika itu tidak lari seperti mayat hidup dengan serabai rambut serta wajah yang pucat.

Tidak selesa rasanya ditatap sebegitu.

"Aku bagi kau dua hari untuk pack barang kau dan pindah rumah ni" Bicara Jibreel membuatkan mak cik Suria membulatkan mata dan tidak henti menggeleng kan kepalanya.

Tidak Hanan tidak bersalah..

"Tuan Mu-" Pontongan kata Mak Cik Suria langsung tidak membuahkan rasa untuk Jibreel menarik kembali ujarannya tadi.

"For what?" Hanan yang keliru kini berdiri teguh dan berjalan beberapa langkah merapat ke arah mereka.

"Kau bekerja dalam ni, full time BIBIK rumah aku sampai aku buat keputusan untuk buang kau dari rumah ni" Pedas sekaki percitan kata yang keluar dari bibir elus Jibreel.

"Saya partime je sini dari awal?" Jelas Hanan, memang sejak dari awal dia tidak berniat bekerja full time, dirinya lebih berminat bekerja di 7 Eleven berbanding di rumah besar seperti ini.

"Ada orang peduli? Kalau kau cuba lari- tahulah apa aku nak buat dekat orang macam kau ni" Setelah membicarakan kata kata itu, laju Jibreel mengorak langkah menjauh dari mereka.

Menerobos diri ke dalam bilik, penat rasanya apa yang ditimpa pada dirinya hari ini.

"Ttapi-" Tidak sempat Hanan membantah, tuan muda itu tidak lagi kelihatan bayang. Hanan memicit kepalanya kuat, hampir sahaja dia menangis tetapi di teguh kan benteng tangisannya kuat.

~

"Jibreel, my litlle son!!" Arabella mencubit lembut pipi temban milik anak lelakinya, geram terasa sahaja melihat susuk tubuh comel bergaya ini.

"Hensem nya anak umi ni" Arabella memuji lagi, Jibreel hanya terkekek kecil, suka diperlakukan sebegitu oleh umi nya.

"Sayang! Are you guys done yet?!" Tiba suara kuat Haidil kuat melaung dari lantai bawah menyoal kepada sang isteri yabg entah abad ke berapa baru siap bergaya.

Last Breathe | Jibreel ZaafirWhere stories live. Discover now