Suasana bilik bedah dingin dengan suhu yang rendah, sepu sepu terasa habuan angin menyentuh perlahan kulit badan.
Seketika kerana heningnya bilik bedah tika itu, kadang dapat didengar bunyi penghawa dingin yang tidak henti berfungsi sejak beberapa minit yang lalu.
"Apa dah jadi dan siapa dia ni?" Adam menyoal separuh bisik setelah diam kaku, memendam rasa hati yang sarat dengan persoalan.
"Just focus on her, save your words for later" Bidas Jibreel, matanya merenung lama ke arah luka di perut Hanah yang ditekup dengan beberapa helai kain bagi mengelakkan Hanah dari kehilangan darah dengan kuantiti yang lebih banyak.
Helaian kain yang terletak kemas ditarik keluar sekaligus membanjiri sepasang tangan Jibreel dengan cecair pekat merah.
"Suction" Ujar Jibreel pada Adam. Tidak menunggu lama, lantas dilakukan terus perintah yang dikatakan oleh Jibreel.
Seketika, Jibreel memejam matanya lama. Berasa deringan yang cukup kuat menjerumus masuk ke dalam ruang perdengarannya.
"You good, Jibreel?" Lama Jibreel bertingkah sedemikian, Adam yang perasan akan riak balas Jibreel menyoal risau.
Jibreel yang mendengar menangguk kecil tanda ianya bukanlah sesuatu yang harus dirisaukan saat ini.
Bila sahaja sepasang kelopak matanya terbuka, terbutam sesaat melihat robek yang terhasil di lapisan dalam perut Hanah.
Sekiranya diteliti, pisau yang ditusuk dipusing sekali dan kerana itulah tercetusnya robekan seperti itu. Tidak dapat difikirkan, betapa perit yang gadis itu rasakan pada saat ketika tragedi itu berlaku.
Rasa mual mula menghuni susuk tubuh Jibreel, bermula dari sesak rasa di dada dan naik menjadi mual tetapi tetap diendahkan Jibreel akan perihal itu.
Jarum jahitan yang dihulur oleh pembantu bedah di ruangan itu disambut Jibreel, lama jejaka itu merenung ke arah bawah di hadapannya.
Jibreel mula melakukan tugasnya, berpusing pusing tangannya menjahit setiap lapisan yang koyak akibat dirobek tusukan pisau.
Dalam kesibukkan Jibreel yang lincah bergerak, ada sesuatu yang tidak kena akan lelaki itu bila diteliti Adam lama.
Ada sesuatu yang tidak kena, jahitan yang dilakukan Jibreel langsung tidak kemas dan seperti dijahit rambang. Seperti ianya dijahit mengikut emosi berbanding kepakaran nya sebagai doktor muda yang diiktiraf sebagai ' The top young surgeon' .
"Jibreel, kau buat apa ni?" Soal Adam lagi, sesekali dipandang wajah kosong jejaka itu sebelum jatuh kembali ke arah ligat tangan Jibreel bekerja.
"Jibreel, stop!" Naik suara Adam menyuruh Jibreel untuk berhenti, menarik seluruh perhatian kakitangan yang bertugas di dalam bilik bedah ketika itu.
"Berhenti, let's change position. Your emotion not needed in this room right now" Bidas pedas Adam memaksa Jibreel untuk menurut akan katanya.
Lagi biasan cahaya menjelma cerah di sepasang mata Jibreel berulang dengan dering panjang yang bermain di ruang perdengaran nya.
"Let's change Jibreel. The time's of her unconscious will over soon!" Tengkin Adam tidak bernada lagi, memarahi Jibreel yang degil mahu melanjut walau jelas diri Jibreel sedang diayun emosi.
YOU ARE READING
Last Breathe | Jibreel Zaafir
Action"Awak ni mesti terpengaruh dengan cerita action kan sampai nak kaitkan benda tu semua dengan realiti, awak perlukan rawatan lah Jibreel" - Hanah Bahiyyah "Aku? Perlukan rawatan? Kau bergurau kan? Aku doktor, kenapa aku perlukan rawatan?" - Jibreel Z...