chapter nine

222 13 0
                                    

"Apa yang sedapnya dengan susu ni sampai mamat tu tercari cari? Mahal adalah, tak mampu aku nak minum susu ni hari hari. Sebulan sekali, boleh lah. Kotak kecil pun dah hampir mencecah RM4" Hanan yang berada di hadapan pintu peti sejuk mula berjalan ke arah kaunter dengan gengaman susu kotak di tangan.

Kerusi di duduki dia sebelum deringan pintu berbunyi menandakan ada yang baru sahaja melangkah masuk.

'Baru sahaja bicara perihal lelaki ini, dah tetiba muncul. Pantang diseru betul mamat goodday ni' Hati Hanan berbisik kecil mengutuk jejaka yang sedang melangkah ke arah peti sejuk.

Baru sahaja kotak susu ingin dibelek lagi, jejaka itu mula melangkah kembali ingin keluar semula tanpa membeli apa apa.

Seperti biasa, kenal sangat dengan perangai jejaka itu. Tiba tiba Hanan memandang pelik ke hadapan, bila sahaja kelibat jejaka tadi mengundur ke belakang menangkap butiran matanya.

Ini apa pasal mengundur, baru belajar berkawad ke apa mamat ni. Mata lelaki itu mencerlung tajam ke arah barangan di atas kaunter membuatkan Hanan makin kepelikkan.

"Itu siapa punya?" Soal jejaka itu pada Hanan, pandangan mata dialihkan ke arah barangan yang dibicarakan jejaka itu.

Ouh susu goodday strawberry ni.

"Ni? Saya Punya" Susu kotak itu diambil sebelum Hanan bersahaja berkata.

"Ouhh.. Jadi engkaulah yang curi air aku, bak sini" Jejaka itu meminta laju sambil mencengkik pinggang, punyalah dia ligat mencari kelibat susu kegemarannya.

Sudah kosong di dalam peti! Rupanya gadis bertugas sebagai juruwang ni yang mencuri nya!

"Eh mana boleh, saya dah bayar air ni" Bantah Hanan sekaligus membuatkan gadis itu lupa akan tragedi dia dan jejaka itu beberapa hari lepas, sibuk bergaduh hanya disebabkan susu kotak.

"Aku bayar balik. Tiga ganda dari harga kau" Jelas jejaka itu lagi cuba memancing Hanan.

Hanan mula terkaku, kepalanya ligat berfikir. Rm4 darab dengan 3, jumlahnya RM12. Bolehlah beli nasi goreng ikan masin, makanan kegemarannya.

"Tak mahu! Saya ambik dulu jadi susu ni saya punya" Tidak, Hanan tidak akan termakan atau senang sebegitu digula gulakan oleh jejaka itu walau tujuan asalnya hanya lah untuk merasa.

Tetapi perempuan tetap perempuan, apa yang dilakukan oleh manusia jenis gegurl tepatnya selalu benar belake.

"Tak ada, tak ada. Customer always right" Sombong jejaka itu berbicara lagi, tidak mahu kalah. Harinya sudah suram, tidak akan dia lepaskan minuman kegemaran yang terakhir pada perempuan itu.

"Mana ada, tu dekat kedai makan je. Ni 7 Eleven" Bicara Hanan membuatkan mereka terdiam seketika, Jibreel sedang memproses akan bicara Hanan.

Apa kaitannya dengan kedai makan?

Selalu Hanan dengar akan kata kata itu di kedai makan jadi disebakan itu bicara itu yang terletus keluar.

"Banyak banyak air, kenapa nak air ni juga?" Soal Hanan sedikit kekok mematahkan hening suasana yang diam sepi ketika itu.

"Patutnya aku yang tanya kau soalan tu, banyak banyak air. Kenapa air aku juga kau yang ambik?" Soalan dibalas dengan soalan, soalan Hanan Jibreel lontarkan kembali pada gadis itu.

Kini anak panah yang ditujukan pada lelaki itu terpaling semula ke arah dirinya.

"Air awak? Mana nama awak? Tak ada pun?" Sudah buntu otaknya berfikir, kini soalan bodoh pula dilontarkan pada jejaka itu. Malu untuk mengatakan yang dia hanya mahu merasa minuman lelaki ini, pelik kerana lelaki itu sungguh tercari carikan susu ini.

"eh, kau ni-" Baru sahaja jejaka itu mahu melawan kata, tiba tiba lampu terpadam gelap gelita tanpa cahaya. Hujan mula membasahi bumi dengan dentuman kilat kuat kedengaran.

Hilang belake masalah yang menghuni diri jejaka itu, tidak sangka kini dia sedang bergaduh mulut dengan pekerja 7 Eleven hanya disebabkan seketul susu kotak kegemarannya.

"Eh terkejut aku. Haih macam mana nak balik ni? Hujan lebat tiba tiba" Hanan mengeluh kesal setelah hatinya terkejut seketika akan situasi gang tiba tiba berubah.

Bunyi sesuatu terjatuh kuat kedengaran menarik perhatian Hanan, samar samar susuk tubuh jejaka yant bergaduh mulut dengannya tadi sudah terbaring lemah di atas lantai.

"Awak dah kenapa sampai jatuh ni? Kaki cramp ke apa?" Soal Hanan merapati lelaki itu yang masih diam di atas lantai, bunyi esakkan makin kuat kedengaran membuatkan Hanan makin kepelikkan.

Baru sahaja Hanan duduk menyamai tinggi jejaka itu, lampu tiba tiba terbuka dan hujan mula kembali surut dan akhirnya awan tidak lagi menangiskan hujan.

Jibreel yang sudah merah padam serta urat hijau yang jelas kelihatan menjadi tujuan mata, sempat Hanan ingin menyentuh bahu jejaka itu tetapi dihalang kasar.

Jejaka yang tadi lantang berlawan kata dengannya akhirnya diam tidak berkutik dan sedang cuba bangun sebelum dia akhirnya tegak berdiri.

Lemah jejaka itu melangkah keluar dan hilang di sebalik ruang, Hanan tergarukan kepalanya tidak faham akan situasi yang baru sahaja berlaku.

Hari malam berlarutkan pagi, jam kini di kedai serbaneka menunjukkan pukul 1.30 pagi. Hanan ketika itu masih bosan membelek telefonnya.

Aplikasi Facebook dibelek bosan sejak sejam yang lalu, tiba lalu satu berita tentang trauma, seorang gadis yang hampir terlanggar tiang api sewaktu hujan lebat.

Artikel itu menjelaskan gadis itu bertindak sedemikian kerana tahap gelisahnya yang makin meningkat dan trauma yang dulu memori itu pernah berlaku tiba tiba mula mempamerkan kan kembali di dalam benak otak mereka

Hanan mula teringatkan akan jejaka tadi yang tiba tiba jatuh lemah tak bergerak bila sahaja lampu padam dan hujan kuat membasahi bumi.

"Lelaki tu trauma dengan hujan ke?" Soalan Hanan hanya dirinya yang mendengar.

Sedang Hanan melamun, datang seorang jejaka masuk ke dalam sambil mengacukan pistol ke arahnya. Hanan terpampang sebelum mengundur sambil mengangkat tinggi tangannya.

"Kau stay situ jangan bergerak, jangan cuba buat apa apa atau aku penggal kepala kau sekarang juga" Hanan mengangguk kecil, hatinya dilanda risau dan matanya bula berkaca.

Jejaka yang luka penuh di badan mula mengorak langkah ke rak yang penuh dengan barangan pencuci dan minyak.

Ubat antiseptik cecair jenama dettol serta kapas muka juga panadol tahan sakit diambil jejaka itu sebelum dia hilang disebalik stor.

Hanan masih terkaku tidak tahu mahu membuat apa, patutkah dia menelefon polis? Haruskah tetapi kalau tersilap langkah, kepalanya bakal menjadi habuan.

Hanan hanya terkaku sahaja di situ, beberapa minit berlalu dan jejaka itu masih tidak melangkah keluar dari bilik stor. Entah apa yang dia lakukan dengan barang barangan yang diambil oleh si dia tadi.

Hanan perlahan melangkah ke arah stor, langsung tidak mengeluarkan bunyi. Pintu stor dibuka perlahan sebelum wajah jejaka yang terluka yang sedang lena dalam tidur menjamu pandangan.

Entah kenapa dia seperti pernah bersemuka dengan jejaka itu dan akhirnya Hanan hanya membiarkan sahaja jejaka itu lena, dia mula membayar kembali apa yang diambil si dia.

Mengapa Hanan lembut hati? Itu menjadi tanda tanya dalam diri Hanan.

Hanan melangkah mengambil mop lantai mahu mencuci titisam darah yang sedikit mengotori lantai tetapi perbuatannya terbantut bila deringan telefonnya kedengaran.

"Hanan, kau boleh ganti tempat aku tak malam ni? Aku ada emergency- mak aku sakit" Belum sempat Hanan memberi salam, rakan sekerja Hana laju mengatakan isi hati.

Hanan hanya mengiyakan sahaja sebelum panggilan dimatikan. Hanan menghembus nafas lega seketika, tidak tahu apa yang bakal rakan sekerjanya lakukan sekiranya wajah jejaka yang penuh dengan luka menjamu pandangan.

Last Breathe | Jibreel ZaafirWhere stories live. Discover now