chapter thirty nine

92 10 0
                                    

Samar-samar terlihat suatu tubuh yang sedang berjalan bersahaja. Satu tapak hingga ke beberapa tapak dan akhirnya kaku di hadapan pintu bilik kecil yang sedikit tersorok itu.

Ketukan pintu mula kedengaran di segenap ruang sekaligus meraih perhatian gadis yang baru sahaja selesai solai itu untuk bangkit bangun mencapai tombol pintu.

"Ye jap jap" Laung Hanah sedikit kuat agar dapat didengari oleh susuk tubuh di sebalik pintu yang diketuk tadi.

Tidak mengambil masa yang lama, tombol pintu dipulas dan ditarik masuk ke dalam seraya memperlihatkan seorang wanita separuh usia.

"Bonda, bonda nak apa" Gadis itu menyoal, sudah kenapa pula bonda mencarinya di malam hari seperti saat ini. Ada apa yang bonda ingin katakan atau pinta, Hanah merenung lama ke arah bonda menanti jawapan dari jejaka itu.

"Saja nak borak nge kamu" Jelas bonda dan senyum manis. Kakinya melangkah masuk ke dalam ruang sempit itu tanpa disuruh, Hanah mengundur setapak memberi ruang buat bonda sebelum pelipis kepalanya diurut seketika.

Masih keliru dengan tingkah laku bonda.

"Kenapa kamu duduk dalam bilik macam ni?" Bicara bonda dan dibelek almari lama miliknya yang disimpan di sini. Mahu dibuang sahaja tetapi sayang pulang kalau perabot yang masih boleh digunakan ini dibuang begitu sahaja.

"Errr-" Hanah menggaru belakang lehernya, tak akanlah dirinya mahu jujur yang Jibreel tempatkan dirinya di sini? Nampak tidak beradab lah pula kalau berkata sedemikian.

"Dekat atas ada lagi bilik kosong, bilik macam ni pula Jibreel bagi kamu. Apa yang buruknya perangai budak ni" Kalaulah neneknda Jibreel ini akhirnya tahu tentang rahsia Jibreel yang tika kini masih disorok rapi, entah bagaimana reaksi wanita yang membesarkan Jibreel ini agaknya?

"Dah kamu kemas semua dan ikut bonda" Bonda berkata dan memeluk diri lama seraya bersandar di dinding.

"Huh?" Hanah masih lagi tidak berganjak dari tepatnya, barangkali keliru akan apa yang harus dirinya lakukan buat sebenarnya.

"Faster!" Kuat bonda menjerit memaksa gadis itu untuk mengikut perintahnya sebentar tadi.

"Ouh okay okayy" Tidak menunggu lama, Hanah mula bergerak ke sana ke sini mengemas seraya diperhati bonda bagaikan seorang cikgu yang memerhati pelajarnya mengambil peperiksaan akhir tahun.

'Cantik Hanah ni, baik je orangnya, kalau pasang kan dengan Jibreel pun jadi ni" Tersipu senyum bonda sambil hati berbisik suka, paras rupa serta badan kecil molek Hanah direnung lama.

Setelah selesai,  bonda membawa gadis itu mengikut langkahnya untuk naik ke atas, mereka kini sedang melangkah masuk ke ruang bilik kosong yang bertempat berhadapan dengan bilik tidur Jibreel.

"Kamu tinggal sini, tak perlulah nak duduk kat bilik sempit bawah tu" Jelas bonda.

Masih lagi bak kata orang puteh 'cannot brain' mengapa Jibreel boleh membenarkan Hanah untuk menentap di situ sedangkan bilik tersebut memang sejak dulu kala tidak berpenghuni dan hanya dijadikan sebagai bilik stor.

"Bondaa, besar sangat ni. Tak akanlah Hanah nak duduk sini" Bidas Hanah tidak senang hati akan pemberian bonda yang sedikit melampau bagi dirinya.

"Habistu kamu nak suruh hantu duduk sini?" Bonda membebel pula, dijeling sekilas Hanah yang malu malu kucing untuk turuti pemberiannya. Bukan nya dia hadiahkan satu baldi emas pun, sekadar bilik tidur sebesar bilik bajunya, apa nak peduli.

Tidak melayan karenah gadis itu yang masih tercegak berdiri bak pantung cendana, bonda berjalan masuk menuju ke katil dan dilabuhkan diri ke atas tilam empuk yang lama sudah tidak berpenghuni itu.

"Dulu ini bilik anak perempuan bonda, bilik dia spend time dengan hobi" Sambil berbicara sambil merenung ke arah almari buku, seraya dirinya bersahaja menggoyang kaki.

"Dan sejak dia tiada, bilik ni kosong. Kadang kawan dia Daryan jelah datang duduk sini, tu pun beberapa kali je setahun" Tambah bonda lagi.

Hanah menangguk kecil sahaja bila benak kepalanya teringat akan kisah tentang majikannya yang pernah diceritakan pada awal perkenalan mereka dahulu.

Hanah berjalan mara menuju ke arah rak buku yang sarat dengan kepelbagaian buku, di hadapannya terletak elok sekeping gambar berbingkai.

Memperlihatkan susuk seorang gadis berambut panjang yang jelas sedang tersenyum manis, mungkin inilah gadis yang dibualkan bonda sebentar tadi.

"Ini lah anak perempuan bonda" Entah bila, bonda kini berada betul betul di sampingnya. Jadi betullah tekaanHanah sebentar tadi, Hanah hanya menangguk lagi bak burung belantuk.

"Nama dia apa bonda?" Bersahaja Hanah menyoal, sekadar ingin tahu.

"Arabella, Arabella Sharifah" Jelas bonda pula, masih tidak berkelip merenung sekeping gambar berbingkai. Bagaikan sedang hanyut di dalam memori silam yang sudah lama tersimpan.

"Cantiknya nama, secantik tuan dia" Bicara Hanah kecil serta senyum manis terukir di hujung bibirnya.

"Kan" Sepatah sahaja bonda membalas.

"Dah lewat ni, bonda masuk tidur dululah. Esok bonda nak keluar awal and kamu pun kena bangun awal juga" Bidas bonda seraya mengugut.

"Saya? kenapa?" Hanah menyoal bingung, jelas wajah beriak buntu.

"Bonda nak bawa kamu" Bonda membalas bicara sambil berpeluk diri melangkah menuju ke pintu bilik.

"Eh buat apa, haritu bukan dah keluar ke?" Soal Hanah masih lagi bingung, baru sahaja beberapa hari yang lepas mereka keluar. Tak akanlah esok pun keluar lagi?

Barang rumah setakat ini rasanya masih lengkah belaka, tak akanlah keluar bersahaja membeli belah seperti hari lalu pula. Tak sayang duit ke?

"Haritu, yang hari tu punya cerita. Esok, esok lain punya cerita. Dahlah, bye bye" Bidas bonda sebelum mempercepatkan langkahnya pergi. Lihat sahaja Hanah sebegini tetapi kalau sudah gadis itu mula membuka mulut membebel, sumpah mengalahkan dirinya.

Hanah menggaru kepalanya yang sedikit gatal, kini tinggal lah dirinya bersendirian di dalam bilik sebesar rumah sewanya dulu ini. Sekeliling bilik diteliti lagi, meminta izin penghuni sebelumnya untuk dirinya pula yang sambung menghuni bilik ini.

Last Breathe | Jibreel ZaafirWhere stories live. Discover now