Di sudut bilik yang hanya bertemankan dengan lampu meja yang malap, kelihatan susuk tubuh jejaka yang sedang memeluk diri dengan mata yang terpejam rapat bagaikan ada gam yang melekat kuat kelopak mata miliknya.
Bunyi guruh kuat berdentum dengan biasan berkali cahaya petir serta hujan yang tidak henti henti bagaikan 'Raining dogs and cat' dalam peribahasa barat.
Udara di sekeliling berasa dingin sejuk membuatkan Jibreel yang sedang memeluk diri menggigil kencang, giginya tidak henti saling bertentang kesan dari dirinya yang sedang menggigil.
Di tingkat rumah yang bawah, muncul seorang gadis yang baru sahaja pulang dari kerja dengan dirinya yang basah habis. Gadis itu menyentuh perlahan dadanya bila ribut kuat berdentum seraya dengan petir yang mencerahi bumi buat beberapa saat.
Hanah melangkah masuk ke dalam sebelum susuk tubuh Suria yang sedang mengemas ruang tamu dihampiri, hampir sahaja melompat wanita itu bila badannya disentuh dari belakang.
"Astagfirullah Hanah, terkejut mak cik" Bebel Suria sambil menepuk perlahan dadanya.
"Makcik, Jibreel mana makcik?" Soal Hanah penuh risau. Dirinya tadi yang baru sahaja ingin pulang dari kerja, tidak henti berfikirkan akan diri Jibreel kerana ribut hujan yang tiba tiba muncul.
Tragedi di mana Jibreel jatuh pitam di tengah tengah hujan membuatkan benak kepalanya tidak henti merisaukan akan diri jejaka itu, sebaik sahaja 'Grab' muncul di hadapannya. Kakinya terus melangkah naik sebelum berbicara sejenak dengan tuan 'Grab' agar memandu sedikit laju.
"Dah lewat malam, mungkin sudah lena kut tapi kamu kenapa basah basah macam ni Hanah?" Suria menyoal dengan penuh riak, walau Hanah tiada kaitan dengan darah daging nya tapi sebagai seorang ibu kepada anaknya. Dia juga merisaukan akan diri gadis ini, apalagi Hanah hidup hanyalah sebatang kara.
"Grab tak dapat hantar sampai rumah sebab ada pokok jatuh kat simpan jadi Hanah kena berlari sendiri lah, kalau macam tu Hanah naik dululah" Hanah menjelas tersekat sekat, masih mencari nafas akibat kepenatan berlari tadi.
Hanah terus berdecut berlari lagi naik ke tingkat atas, dirinya yang basah dengan air hujan tidak dipedulikan. Tombol pintu bilik tidur Jibreel dibuka, dirinya meneliti sekeliling mencari susuk tubuh tegap yang mungkin ada di pelosok bilik ini.
Dirinya mengeluh kasar bila kelibat yang dicari langsung tiada tanda tanda kewujudan, Hanah melangkah keluar dan mengimbas sekilas lorong yang dikelilingi bilik di tingkat atas ini.
Matanya mencerlung tajam ke arah bilik hujung yang tidak pernah dia kunjungi, bilik yang sentiasa berkunci tidak kira waktu.
Tombol pintu dipegang Hanah sebelum dipulas perlahan, pintu ditolak masuk ke dalam seraya kakinya juga diorak masuk.
Matanya terbutam melihat pelbagai lukisan yang sedikit aneh memenuhi ruang bilik, lukisan yang bagaikan mempunyai maksud emosi di sebaliknya.
Lama dia berdiri tegak menganalisis ruang bilik yang buat kali pertama pintunya tidak berkunci, mata Hanah membulat besar bila kelihatan susuk tubuh yang dicarinya sejak tadi kelihatan lemah di atas lantai bagaikan tidak bermaya.
Tubuh jejaka tegap itu didakap Hanah terus, tidak mempedulikan rasa takut nya tadi pada lukisan di sekeliling.
"Jibreel!" Hanah menepuk perlahan pipi jejaka itu, rambut Jibreel yang menutupi hampir separuh muka diraup ke belakang meperlihatkan raut wajah tampan milik Jibreel.
"Akk-ku takutt" Jibreel berbisik tangis, jelas mukanya ketika itu merah basah dengan tangisan air mata.
Suasana bertambah suram bila elektrik tiba tiba menghilang sekaligus mematikan seluruh lampu di kawasan perkarangan rumah yang sedikit mewah itu.
YOU ARE READING
Last Breathe | Jibreel Zaafir
Action"Awak ni mesti terpengaruh dengan cerita action kan sampai nak kaitkan benda tu semua dengan realiti, awak perlukan rawatan lah Jibreel" - Hanah Bahiyyah "Aku? Perlukan rawatan? Kau bergurau kan? Aku doktor, kenapa aku perlukan rawatan?" - Jibreel Z...