Wanita cantik bertudung yang baru sahaja mengorak masuk ke ruang tamu terkaku seketika bila melihat seorang gadis asing yang tidak dikenalinya saat itu sedang mengemas di sekitar ruang tamu.
"Kamu siapa?" Wanita itu menyoal sekaligus membuatkan tingkah laku gadis asing itu terbantut seketika sebelum dirinya berpaling memandang si pemanggil.
Gadis asing itu beriak seketika, raut wajah wanita separuh usia si hadapannya tika ini seperti pernah dia lihat tetapi entah di mana.
"Dia orang gaji rumah ni bonda" Baru sahaja gadis itu ingin membalas kata, sampuk seorang jejaka tegap yang baru sahaja melepasi anak tangga akhir sebelum keberadaan mereka dihampiri.
"Jibreel, jaga bahasa kamu. Tak pernah bonda izinkan panggilan sebegitu dalam rumah ni ye" Tegur wanita itu atau lebih ramah digelar bonda.
"Hmm" Jibreel berdehem malas sebelum akhirnya menghilangkan diri di sebalik ruang dapur, keberadaan Hanah langsung tidak dipedulikan Jibreel.
"Makin besar makin keras kepala budak ni, sama macam ummi dia dulu dulu" Bonda membebel kecil mengenangkan sikap jejaka dingin yang bernama Jibreel Zaafir yang kian memeningkan benak kepala.
Gadis asing itu hanya gelak kecil sekadar meriahkan situasi yang dingin.
"Kamu dah lama ke kerja sini? Bonda jarang sangat ada kat rumah ni. Sibuk dengan kerja bonda kat butik" Bonda berbicara lagi.
Tidak pernah dilihat susuk tubuh manis di hadapannya ini, tiada khabar tiada apa sudah terpacak di sini, jangan kata ini semua angkara cucu kandungnya yang satu itu.
"Ouhhh, baru sahaja puan. Baru seminggu" Jelas gadis itu pula sebelum tersenyum kecil.
"Ish apa puan puan, tahulah saya dah tua. Panggil je bonda, semua orang panggil bonda ni bonda. Eh nama kamu apa tadi ye?" Bidas Bonda pula seperti tidak senang dirinya digelar sebegitu.
Hanah menggaru bersahaja leher nyanyang tidak gatal, mengurangkan rasa kekok yang bertandang di dalam diri.
"Hanah pu- maksud saya bonda" Hanah membetulkan bicaranya seperti yang dikatakan bonda.
"Hanah? Cantik namanya tu, secantik tuannya" Bonda memuji penuh rasa pada susuk tubuh gadis manis di hadapannya yang bernama Hanah itu.
Hanah tergelak kecil, rasa malu mula menyelubungi segenap dirinya. Mungkin pipinya juga sudah merah berbahang mendengar pujian bonda tadi.
"Bonda naik dulu ye, sekejap je ni. Nak ambil kertas kerja and then keluar balik, bekerja nya kita ni kan" Bonda bicara lagi disulangkan tawa kecil di akhir bicara.
"Baik bonda" Hanah berbicara menyambut kepergian bonda. Setelah susuk tubuh wanita itu hilang di sebalik pandangan, kerjanya yang tersisa di sambung kembali.
_
Jam tangan dikerling Hanah seketika sebelum dia beriak, matanya terbutam melihat jam yang hampir dengan waktu kerja nya di kedai serbaneka.
Baju yang sudah siap dilipat kemas, diangkut Hanah dan terkedek gadis itu berlari kecil dibawa ke bilik pemilik baju di atas.
Pandangan nya dihadapan tidak kelihatan akan kerana timbunan baju yang sudah dilipat, berulang alik dia mermerhati kiri dan kanan.
Baru sahaj dia hampir melepasi bilik Tuan Muda Jibreel, kakinya seperti tersadung kan sesuatu sebelum akhirnya Hanah siap mencium lantai.
Baju tadi yang dibawa kinj juga selamat terdampai di lantai, sepasang kaki yang berada tak jauh dari dirinya berdiri teguh tidak bergerak.
YOU ARE READING
Last Breathe | Jibreel Zaafir
Action"Awak ni mesti terpengaruh dengan cerita action kan sampai nak kaitkan benda tu semua dengan realiti, awak perlukan rawatan lah Jibreel" - Hanah Bahiyyah "Aku? Perlukan rawatan? Kau bergurau kan? Aku doktor, kenapa aku perlukan rawatan?" - Jibreel Z...