chapter fourty six

161 6 1
                                    

Sepuluh jari runcing jejaka maskulin itu menari rancak di papan keyboard, cahaya skrin menyinari kaca mata segi empat nya. Dahi milik Jibreel berkerut bila satu persatu fakta yang sudah tertulis di baca dan di fahami penuh perasaan.

Rungsin fikiran dan perasaan nya kalau sebegini.

Isi dalam pipinya, Jibreel gigit perlahan. Sejanak dadanya yang berlapik tshirt hitam itu disentuh. Dipejam mata sesaat untuk lebih fokus berfikir bagi mencari jalan penyelesaian buat masalah nya yang satu ini.

The result of Love
100%
You Falling for her

Itulah apa yang terpapar di kaca laptod nya ketika itu, berpuluh kali dibaca kembali hasil carian walau bezanya tetap tiada. Keputusan nya masih sama, langsung tidak berubah.

Jibreel sukakan dia? Jibreel sudah jatuh cinta pada sosok gadis yang dulunya dibenci penuh perasaan? Macam mana perasaan ini boleh muncul tiba?

Ini hal yang mustahil! Pasti ada soalan yang dirinya tersalah baca dan fahami.

Ketukan pintu bilik berbunyi sebelum wanita yang digelar bonda menjerumus masuk tanpa menunggu respon Jibreel. Apa nak marah, ni dah memang rumah miliknya. Kalau tak suka, boleh angkat kaki dan keluar.

"Jibreel?" Mendengar sahutan bonda yang sudah terpacak itu, terus ditutup kasar laptodnya. Kalau rosak tak apa, boleh beli baru. Tapi dokumen di dalam? Halamak, menangis bawah mejalah Jibreel nanti.

"Kenapa?" Bonda menyoal bila melihat sikap gopoh gapah Jibreel, terkejut mungkin? Ataupun Jibreel ada sorok apa apa ke dari bonda? Hehehe.

Jibreel melihat laptodnya kembali, tiada kerosakkan. Wajah bonda ditilik pula sebelum senyum tawar diukir paksa.

"Err nothing.. Tak ada apa apa, bonda" Bicara Jibreel sambil bangkit dan berjalan merapat ke arah bonda yang tidak jauh di sana. Satu tangan bonda diambil dan digenggam Jibreel bagaikan kanak kanak.

"Kenapa bonda panggil Jibreel?" Jibreel menyoal penuh kata, manis sahaja nada suaranya bila berbicara dengan nenek nya yang satu ini.

Wajah bonda ditatap penuh teruja walakin kedutan akibat ditelan tahun makin menimbul. Tetap masih indah terlihat. Berasa tenang hati ini bila menatap si nenek yang sudah dianggap seperti seorang ibunda kepadanya.

"Ahnaaf suruh bagi ni" Beg kertas yang dibawa bonda bersama nya tadi dihulur pada Jibreel. Jibreel menyambut huluran dan membelek seketika isi di dalam. Cheesekut Home made, mesti ibu yang buat.

"Ahnaaf datang?" Dipandang wajah bonda kembali. Bonda menangguk perlahan, sempat lah juga dia berborak dengan Ahnaaf seketika. Susah sungguh mahu berjumpa dengan lelaki muda itu sekarang, terlalu sibuk dengan kerjanya. Sudahlah kerja Ahnaaf itu melibatkan nyawa, berdoa tiap hari lah bonda agar Ahnaaf dipelihara selalu.

"Jap, Jibreel turun" Dengan dirinya juga, sudah lama mereka berdua tidak bersalam kata. Bila difikirkan kembali, Ahnaaf merajuk ke dengan diri Jibreel? Kesat sangat ke bicara yang dikatakan Jibreel sepurnama yang lalu.

Baru sahaja setapak langkah ingin dibuka, perbuatan Jibreel ditahan bonda. Jibreel mengelih ke arah bonda, mengapa bonda berbuat sedemikian.

"Ahnaaf dah balik. Bonda sudah suruh dia tunggu or bermalam dekat sini. Tapi dia tak mahu, ada urgent katanya" Jelas bonda panjang lebar sambil senyum kecil.

"Urgent?" Kening milik Jibreel terjongket sedikit, mata Jibreel berkelip laju seperti sedang sibuk berfikir.

"Dia kata datang sini pun sebab dah alang alang nak lalu sini, singgahlah hantar dulu sekejap" Bonda yang medengar mengangguk sahaja sebelum sambung berkata lagi.

"Bonda keluar dulu lah. Nak siap siap nanti Daryan datang. Nak pergi dengar tazkirah, ustazah Asma Harun ada buat tazkirah dekat masjid besar sana" Kata Bonda, hari sudah larut petang, senja bakal tiba tidak lama je lagi jadi dia harus bersiap sekarang. Walau umur sudah menelan susuk tetapi wanita tetap wanita, tetap mengambil masa lama untuk bersiap.

"Masjid besar jauh juga" Dalam 7 atau 8 kilometer juga jarak rumah mereka ke sana, mustahil untuk sampai kalau tiada pengangkutan bagi wanita seperti bonda yang sudah sarar ditelan usia.

"Tak apalah jauh pun Jibreel. Nanti dihintum jihad yang kita buat dekat bumi ni di akhirat nanti insyaAllah" Bonda senyun manis, sambil memperingatkan dirinya juga yang bila bila masa sahaja akan menghembus nafas terakhirnya.

"Hehehe tapi-" Terkekek kecil Jibreel sebelum lagi katanya terhenti.

"Eh, bila masa Auntie Daryan balik Malaysia? Jibreel tak tahu pun? Last week bukan still dekat Denmark ke?" Haritu baru padahal Daryan berkongsi gambar mereka sekeluarga di sana.

"Dah balik dua hari lepas, sebab nak urus kemasukkan sara ke sekolah menengah. Uncle Isaad nak mereka berdua sendiri yang uruskan instead of bonda or auntie anggun kamu" Bonda memegang perlahan tombol pintu sekadar menampung diri. Kakinya sudah naik lenguh berdiri lama di sini.

"Ohh.. wait, Sara dah thirteen years old?? Tingkatan satu? Sekejap je masa berlalu, dah besar budak tu" Mustahil rasanya gadis itu bakal melanjutkan perlajaran sebagai murid tingkatan, Jibreel ketawa lagi.

"Itulah. Bonda pun rasa baru semalam, kes kamu merajuk dengan Sara sebab sara conteng muka kamu masa tidur" Sinis bicara bonda sekadar mengusik Jibreel.

"Bonda!" Yep umpannya terkena, Jibreel berpeluk tubuh tidak puas hati akan bonda yang memperingatkan kembali dirinya akan kes yang lalu.

"Tak lawak tau. Dahlah conteng dengan permanent marker punya, kalau yang whiteboard tu tak apa lagi" Adu Jibreel tidak berpuas hati, hampir berjam jam juga dia cuba menghampuskan sisa contengan gadis itu dan syukur akhirnya berhasil.

Kalau tidak? Terpaksalah dirinya tebalkan muka atas kata sekeliling bila melangkah masuk ke perkarangan kampus nya.

"Sudahlah, bonda keluar dulu" Sekali lagi bonda bicara untuk pamit pergi, kaki sudah naik kebas. Tidak tahan rasanya untuk berdiri lama lagi, kudrat dirinya bukanlah kuat mana.

Jibreel mengangguk sahaja membenarkan bonda mengundur diri, matanya mengikut sahaja langkah bonda melangkah keluar.

"Ouh lupa, babah kamu suruh kamu turun. Bantu dia dengan kertas kerja. Dah tua pun masih sibuk dengan kerja. Pass je company dekat kamu ke suruh siapa siapa jagakan, tak mahu. Now tau pun mintak tolong anak" Langkah bonda terbantut lagi bila teringat kan akan pesanan Haidil tadi. Tidak menunggu lama, dirinya berjalan pergi masuk ke dalam bilik dan masih dengan bebelan di bibir.

Sudah bertahun tahun suaminya pergi, dan kini sudah diambil alih oleh Haidil sekian lama. Walau masih meneruskan kerjanya sebagain anggota agensi negara tetapi masih hal berkaitan syarikat milik suaminya masih berjalan lancar. Bangga kadang dirinya bila melihat menantunya yang satu itu.

Jibreel ketawa mendengar celoteh bondanya itu, matanya menemani langkah bonda sebelum hilang di sebalik ruang.

"Jibreel!" Laungan ayahnya bergema satu rumah, hampir terperanjat Jibreel akibat jeritan itu.

"Ye babah! wait, Jibreel on the way turun!" Jibreel menyaut pula, lantang dan kuat melawan jeritan ayahnya pula tadi. Tombol pintunya ditarik dan pintu ditutup sebelum dia mengorak langkah ke tangga dan turun ke lantai bawah.

Last Breathe | Jibreel ZaafirWhere stories live. Discover now