Kelopak mata Jibreel berkelip kelip mahu dibuka tetapi entah kenapa ianya susah sekali untuk berbuat sedemikian. Bila sahaja matanya dibuka, ruang serba putih dan bau ubat menjamu mata dan hidungnya.
Babahnya yang sedang lena di samping dirinya dipandang lama, kepalanya ligat berfikir akan memori memori lepas sebelum bayangan seorang gadis bernama Hanah menjelma memori.
"Awak dah kenapa ni?" Perempuan itu menyoal aku yang masih menundukkan kepala, masih lagi dengan tangisan.
Sungguh aku tak mampu, tak berdaya. Aku lelah, memori biasan ketika ibu terjatuh di dalam laut mula menjelma. Suara garau lelaki yang mengacau dirinya di dalam pembedahan tadi kuat kedengaran.
"Aku- akan pastikan kau pun akan menderita seperti ibu kau dan ayah kau akan rasa apa yang aku rasa" Lelaki yang menolak ibu dengan sepasang mata yang memandang nya kelihatan sama.
Berulang ulang suara itu kedengaran mengingatkan lagi tentang ibu, membuatkan hati dilanda ribut rindu.
"A-aku rindu ibu aku" Tanpa sedar aku utarakan kata hati pada gadis yang jelas entah siapa siapa, mengapa dia membantu aku juga menjadi persoalan.
"Ibu kau? Tetapi mana aku nak cari ibu kau, ish macam mana ni" Selamba gadis itu berkata, kalaulah dia tahu yang ibunya sudah berbelas tahun hilang?
Tidak pasti riak apa yang bakal dipamerkan oleh gadis itu.
Aku mendengar bebelan gadis itu disebalik telefon tetapi aku tidak mampu melakukan apa apa, aku kaku. Aku tak mampu bergerak walau seinci.
Aku lelah.
Perlahan tangan yang menyentuh bahu aku berasa sebelum akhirnya aku terletak elok di dalam pelukkan gadis itu dan ianya terasa nyaman?
Persoalan dan suara serta memori tadi sekaligus hilang, aku jadi nyaman.
Dan tenang?
"Ibu-ibu, Jibreel rindu ibu" Bicara yang sama aku utarakan kerana itu lah isi hati aku ketika ini.
"Ibu awak? Tak apa, nanti kita jumpa ibu awak ye" Hati aku sempat tergelak tawar mendengar jawapan gadis itu, aku pun berharap akan kata kata kau menjadi realiti.
Mata aku mula memberat, aku mengantuk. Aku harus rehat, terima kasih buat si dia sudi pinjamkan bahu. Dan akhirnya Jibreel lena dalam pitam serta di dalam pelukan gadis yang bernama Hanah.
Tiba tiba Jibreel berdecit sakit bila sahaja dia cuba bangun dari baring sekaligus menyentakkan Haidil dari lena.
"Jibreel, kamu dah bangun?" Soal Haidil pada anaknya dan mula bangkit dari duduk sambil menggosok kasar kedua kelopak matanya.
"Ye babah" Ringkas Jibreel berbicara, Haidil membantu anaknya menyandar di kepala katil.
"Kamu okay? Ada apa apa yang tak okay? Tadi kamu berdecit-" Bertubi tubi soalan dilontarkan pada Jibreel menandakan betapa dia merisaukan anak tunggalnya itu.
"Tak, Jibreel okay." Laju Jibreel mencantas bicara Haidil sebelum senyuman manis yang susah dilihat orang luar mula terbit di hujung bibir lelaki itu.
"Ehem ehem" Terdengar deheman dari sebalik sudut, gadis itu terpersona seketika melihat senyuman Jibreel buat pertama kalinya.
Senyuman Jibreel menawan.
"Hai uncle, morning Jibreel" Sampuk gadis itu sebaik sahaja dua pasang mata itu berbalik memandang ke arahnya yang sedang tegak berdiri di hadapan pintu.
YOU ARE READING
Last Breathe | Jibreel Zaafir
حركة (أكشن)"Awak ni mesti terpengaruh dengan cerita action kan sampai nak kaitkan benda tu semua dengan realiti, awak perlukan rawatan lah Jibreel" - Hanah Bahiyyah "Aku? Perlukan rawatan? Kau bergurau kan? Aku doktor, kenapa aku perlukan rawatan?" - Jibreel Z...