"Terima kasih" Bicara Hanan dengan senyuman kecil di hujung bibirnya, gadis yang selesai membayar juga turut membalas senyuman sebelum berjalan keluar dan hilang di dalam perut kereta.
"Assalamualaikum" Terbantut perbuatan Hanan yang ingin melangkah ke belakang bila suara garau lelaki kedengaran memberi salam, dan buat seketika suara itu seperti Hanan kenali.
"A-ayah" Tergagap Hanan berkata kata sebaik sahaja badannya berpusing dan raut wajah serta senyum manis buat Hanan menjamu pandangan.
Tetapi buat Hanan, itu bukan senyum manis tetapi senyum ngeri yang selalu dipamerkan oleh ayahnya dan senyum itu pasti ada maksud di sebaliknya.
"Ayah buat apa dekat sini?" Soal Hanan pda ayahnya yang sedang sibuk membelek barangan yang buat Hanan, pelik.
Ayahnya sedang membelek Kondom.
"Kau kerja kan? Aku nak duit kau. Sekarang. Dan ni aku nak dua, kau bayarkan untuk aku" Dua kondom diangkat tinggi oleh ayahnya, Hanan sungguh terasa malu di seluruh 'Multi Universe'.
Perlu ke sampai diangkat tinggi tinggi seperti itu kalau betul mahukan benda tu?
"Tapi Hanan betul betul tak ada duit sekarang ayah" Baru sahaja semalam dia membayar sewa rumahnya, dan wang yang lainnya lesap setelah membayar ansuran motornya dan kini? Sungguh menunggu gaji seterusnya untuk menampung hidup.
"Kau jangan tipu aku, kau fikir aku buta? Tadi aku nak masuk aku nampak seketika kau belek duit" Ayahnya berkata sedikit kuat dengan amarah melangkah mara ke hadapan.
Baik baik sahaja dia meminta tetapi Hanan degil tidak mahu memberi apa yang dipintanya.
Menyusahkan sahaja aku membesarkan kau, perempuan."Tu bukan duit Hanan ayah, tu duit syarikat ni. Hanan kena tunggu gaji baru dapat ayah" Jelas Hanan lagi, mata ayahnya yang mencerlung tajam membuatkan dia mengundur ingin ke ruang belakang.
Tiba pergelangan tangan anaknya ditarik kasar ingin membawanya keluar, Hanan meronta ronta minta dilepaskan. Berbanding kudratnya sebagai gadis, tidak mungkin dia mampu melawan ayahnya.
"Aku nak jual kau, menyusahkan sahaja hidup. Patut aku biarkan sahaja kau mati dulu, tak akan duit untuk aku pun kau kedekut. Dasar anak tak kenang budi!" Ditarik kasar Hanan mengikut langkahnya.
"Ayah lepaslah, Hanan tak nak! Hanan tak nak pergi tempat tu lagi ayah!" Hanan menjerit kuat, mutiara suam jernih mula menghujani wajahnya. Pelbagai rasa yang dirasanya ketika ini, tetapi apa yang penting dia tak mahu dijual!
Apatah lagi dijual di tempat maksiat sebegitu, aku bukan perempuan murahan.
"Woi! Apa kau buat ni!" Tiba datang suara garau kuat menjerit dengan wajahnya yang jelas terkejut akan adegan yang berlaku di depan mata lelaki ini.
"Dia anak aku! Hal keluarga dan kau tak ada hak nak masuk campur urusan aku jadi tepi!" Kuat ayah Hanan berbicara maka makin kuat tangannya mencengkan tangan Hanan, pasti jelas bekasan merah kelihatan setelah cengkaman dirungkaikan.
'Lelaki ni, dia buat apa dekat sini' Hati Hanan berbicara.
"Ayah? Anak? Bapak seperti apa heret anak macam heret tong gas?" Soal jejaka itu penuh sinis, lelaki tua itu memandang penuh amarah pada lelaki itu sebelum bergerak laju menumbuk lelaki yang berani masuk campur dalam urusannya.
Berlagak hero konon padahal hanya anak muda yang lemah dan tidak tahu cara menikmati masa muda, dengan muka macam tu. Mesti berpulug perempuan yang bakal menyerah badan diorang pada aku, sekiranya aku masih muda dan hensem seperti dia.
Tetapi lebih laju jejaka muda itu menangkap tumbukan ayah Hanan sebelum dipusing je belakang, teriak sakit dari lelaki tua itu mula kedengaran membuatkam lelaki itu senyum sinis.
"Tidak kisah, kau bapak dia ke. Bapak saudara dia ke. Atuk dia ke. Kau tetap tak ada hak untuk heret anak kau sendiri macam guni sampah" Sebutir butir lelaki itu berbicara dekat dengan telinga lelaki tua itu.
"Sekarang kau pergi dan jangan datang lagi atau aku heret kau masuk balai. Kita setelkan hal ni dekat balai" Bicara Jibreel disambut gelengan oleh lelaki itu lantas dilepaskan terus pegangan nya pada lelaki tua itu.
Hanan yang mendengar bicara Haidil tentang Balai terus terasa marah, dia tahu ayahnya berbuat salah tetapi kenapa harus melibatkan pihak polis?
"Kenapa awak masuk campur urusan saya?!" Marah Hanan pada lelaki itu, dia orang luar. Kenapa bersusah payah cuba menyelamatkan nya.
Seharusnya Hanan bersyukur akan pertolongan lelaki itu tetapi entah kenapa, dia terasa ayahnya masih ayahnya dan dia tidak sanggup melihat ayahnya diheret ke dalam balai dan dipenjarakan.
Dia masih sayang kan ayahnya walau seteruk mana pun ayahnya lakukan pada diri Hanan.
"Lepastu, kau nak biarkan dia treat kau macam tu?" Soal lelaki itu selamba, tidak faham mengapa Hanan menafikan perbuatannya.
Lelaki seperti ayah perempuan itu harus dilupuskam terus dari menghuni negara ini, manusia seperti ayah dia lah yang mendatangkan keburukkan pada negara.
"Dia ayah saya" Bicara Hanan penuh padat, matanya masih mengeluarkan peluh tangis.
"Ayah ke kalau perangai macam penagih dadah?" Soal lelaki itu lagi tetapi tanpa sedar membuatkan gunung api di dalam diri gadis itu meletus kuat.
"Jaga sikit mulut awak eh, awak orang senang. Awak tak faham keluarga susah macam mana!" Bicara Hanan sambil menunding kan lurus jarinya pada lelaki itu setelah mendengar bicara lelaki itu pada ayahnya.
Boleh jatuh fitnah? Tetapi jelas ayahnya adalah penagih dadah dan mungkin sebab itu Hanan naik angin, takut sekiranya ayahnya dijerut dan dia tidak dapat melihat ayahnya lagi.
Jibreel berdecit kuat sebelum berjalan ke arah peti sejuk meninggalkan gadis itu yang masih terkebil kebil, dan mungkin ini hari beruntungnya.
Dapat berlagak menjadi Hero dan susu kegemarannya juga akhirnya muncul jua. Beberapa kotak susu strawberry diambil sebelum dia berjalan ke arah lain.
Satu minyak panas dan pembalut turut diambil sebelum dia berjalan kembali ke arah Hanan, semua barang diletakkan di atas kaunter.
Hanan masih lagi terkebil kebil di tempatnya, langsung tidak berganjak walau seinci.
"Ni aku bayar, lebihnya kau ambiklah dan ubat ni jangan lupa sapu. Tangan kau dah merah tu, balut sekali" Lelaki itu meletakkan not RM50 ke atas kaunter, minumannya diambil dan berlalu pergi meninggalkan Hanan yang masih terkaku.
Hanan hanya memerhati lama tubuh lelaki itu yang melangkah pergi sambil dengan selambanya meminum air susunya.
Susuk tubuh Hanan mula jatuh terduduk ke atas lantai sebelum dia meraung kuat, tangisan nya makin mengeluarkan mutiara jernih.
Hatinya memberat diselang rasa bersalah, mendengar bicara ayahnya akan dirinya yang harus mati sejak dulu membuatkan dia semakin rasa tidak layak untuk kekal hidup di dunia ini.
Merah padam muka Hanan, hanya tuhan sahaja yang tau rasa hatinya ketika ini. Takut, kecewa, sedih? Semuanya bercampur, Hanan masih lagi tidak berganjak.
Masih lagi dengan tangisannya.
YOU ARE READING
Last Breathe | Jibreel Zaafir
Action"Awak ni mesti terpengaruh dengan cerita action kan sampai nak kaitkan benda tu semua dengan realiti, awak perlukan rawatan lah Jibreel" - Hanah Bahiyyah "Aku? Perlukan rawatan? Kau bergurau kan? Aku doktor, kenapa aku perlukan rawatan?" - Jibreel Z...