"Tak apalah Jibreel, anggaplah sahaja itu sebagai pengajaran. Jangan lost focus lagi dah selepas ni"
Bicara Professor berulang kali bermain dalam benak Jibreel, walau suaranya mendatar sahaja berbunyi tetapi Jibreel yakin yang professor sebenarnya kecewa sungguh dengan dirinya.
"Jibreel, awak tak nak join ke makan makan kitorang?" Amelia menyoal pada Jibreel yang kelihatan seperti serabut.
"Tak, aku ada makan malam besar dengan keluarga aku" Bicara Jibreel sedingin salju.
"Saya nak ikut boleh?!" Sampuk Amelia, mungkin inilah masa untuk dia cuba mengambil hati insan terdekat jejaka itu memandangkan hati lelaki itu terlalu keras dan beku untuk dipecahkan.
"Orang luar tak dibenarkan" Jelas Jibreel pada gadis itu tanpa melirik sedikit pun pada Amelia sebelum mempercepatkan langkahnya meninggalkan gadis itu yang memerhati sahaja
Jibreel pergi.Tetapi sebelum Jibreel pulang, ada hutang yang harus dia lungsaikan segera.
Jibreel kini sedang berada betul betul di hadapan 7 Eleven. Dia mula mengorak langkah masuk ke dalam mencari si dia yang entah di mana menyorok.
Gadis yang dicari itu sedang duduk elok dengan fail di tangan, entah apa yang sedang gadis itu lakukan Jibreel hiraukan.
Jejaka itu berjalan seperti biasa ke arah pintu peti sejuk sebelum air susu diambil beberapa kotak dan berjalan kembali ke kaunter untuk membayar.
Hanan masih sibuk dengan dunia nya tidak perasan akan kewujudan Jibreel.
"Bayar" Sedikit tinggi Jibreel berbicara tetapi Hanan masih sunyi sepi, kaki nya diorak mendekat sebelum dia menunduk menghampiri wajah Hanan.
"BAYAR!!!" Jerit Jibreel pada telinga gadis itu sekaligus membuatkan gadis itu tersentak dan tanpa sedar terus memukul kepala si dia yang menjerit tadi.
"Ish- Awak! Kenapa jerit macam tu" Marah Hanan pada Jibreel yang berdecit sakit akibat dipukul kasar olehnya.
Sudahlah hilang tidak kelihatan dan tiba sahaja muncul, muncul pula pergi jerit dekat telinga orang. Kalau Hanan pekak, kan susah.
"Aduhh, sakit lah!" Marah Jibreel pula pada Hanan.
"Tulah, jerit lagi. Kan dah kena" Bidas Hanan tidak bersalah. Bebel pun kena, sakit pun kena.
"Ish kaulah! Aku panggil nak bayar tak dengar, pekak ke apa" Bidas Jibreel pedas, masih lagi menyapu lembut kepalanya. Ni mesti meninggalkan bekas lebam, babahhhhh.
"Eh mulut awak tu kan, jangan sampai saya cili tau" Bicara Hanan pula pada Jibreel sambil melangkah ke arah kaunter, sempat dia menjeling sekilas jejaka itu.
"Cili lah kalau boleh" Jibreel membalas lagi, masih tidak mahu mengalah.
"Dahlah, ni total RM9. Cepat sikit bayar supaya cepat sikit berambus dari sini" Bebel Hanan lagi pada Jibreel.
"Ish kalau aku tak datang support kedai kau, tak ada nya lah yang nak datang beli dekat sini. Sudahlah barang selalu habis" Bidas Jibreel pula.
Hanan malas bergaduh mulut lagi dengan jejaka itu dan hanya diam, meninggalkan Jibreel di situ setelah kerja nya di hadapan selesai.
Jibreel baru ingin melangkah pergi tetapi teringatkan kembali tujuannya datang ke sini, dia mula berundur.
"Errr, aku sebenarnya ada benda nak cakap dekat kau" Bicara Jibreel dibalas jelingan.
"Apa?" Kasar sekali bicara Hanan kedengaran.
"Aku harap kau lupakan hal haritu, aku sebenarnya..... err, kena sampuk hantu. Haaa, betul tu, tu sebab aku menangis" Bicara Jibreel membuatkan Hanan kaku seketika, memikirkan perihal apa sebenarnya yang sedang Jibreel bicarakan.
YOU ARE READING
Last Breathe | Jibreel Zaafir
Aksiyon"Awak ni mesti terpengaruh dengan cerita action kan sampai nak kaitkan benda tu semua dengan realiti, awak perlukan rawatan lah Jibreel" - Hanah Bahiyyah "Aku? Perlukan rawatan? Kau bergurau kan? Aku doktor, kenapa aku perlukan rawatan?" - Jibreel Z...