chapter thirty seven

107 14 0
                                    

Hanah berjalan keluar dari biliknya menuju ke ruang tamu, kelihatan bonda yang baru sahaja melangkah turun. Bonda terlihat cantik dan anggung sekali dengan abaya biru gelapnya serta tudung bawal biru yang bercorak bunga bunga.

Baru Hanah ingin melangkah lagi menghampiri sofa, dirinya terkaku seketika melihat Jibreel yang sedang duduk sambil bermain dengan telefon pintarnya.

"Hanah? Kamu kenapa tak bersiap lagi?" Bonda menyoal seraya meneliti gadis di hadapann bermula dari anak rambut sehingga lah di hujung jari kaki.

Hanah beriak seketika sebelum melihat ke arah dirinya, tak akan bonda tidak perasan yang dia sudah menukar pakaian. Kalau tadi berbaju T shirt besar serta seluar trek tapi kini berbaju T shirt dan digabungkan dengan kardigan labuh dan berseluar palazo.

"Dah bonda, kenapa bonda?" Hanah menyoal pula, pelik melihat bonda yang tak henti memandang ke arah pakaiannya. Bagaikan ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya ketika ini.

"Hmm no no, dah sini ikut bonda" Tangan Hanah ditarik bonda kasar dan dibawa gadis itu mengikut langkahnya ke bilik atas, bilik tidur yang bertentangan dengan Jibreel dimasuki mereka berdua.

Jibreel yang diam memerhati mengeluh kasar, sudah hampir setengah jam menunggu mereka tetapi kini mungkin bertambah lagi setengah jam. Biasalah, perempuan kalau sedang bersiap, hari pagi dah larut malam pun mereka tidak kisah.

"Ambik ni, ini dan ini" Bonda menghulur beberapa helai pakaian terus, Hanah terpaksa memeluk semua baju yang kelihatan mahal itu daripada terjatuh.

"Dah cepat pergi tukar dalam bilik air sana" Diri Hanah ditolak bonda sedikit kasar masuk ke dalam, Hanah terkial kial memgikut langkah sebelum dikunci pintu bilik air seketika.

"Cantik sangat baju ni, nak pergi kenduri ke apa?" Hanah sempat menggaru belakang lehernya yang tidak gatal. Malas menunggu lama, diturut sahaja perintah bonda tadi.

Bonda sambung membelek ke arah tudung, dibelek almari yang mempunyai puluhan jenis tudung itu untuk mencari yang sesuai untuk digayakan pada Hanah. Pelbagai gaya yang bermain di benak kepalanya memandangkan dirinya seorang 'Designer' , jadi tidak mustahil lah apa yang dipakai Hanah nanti bakal kelihatan seperti model.

Bunyi pintu tandas dibuka menarik perhatian bonda untuk berpaling ke arah Hanah yang sedang melangkah keluar seraya membetulkan sedikit pakaian nya, bonda menepuk gembira tangannya seperti sungguh berpuas hati kerana apa yang dibayang nya tadi menjadi realiti.

Diri Hanah ditarik ke arah meja solek, gadis itu ditolak untuk duduk. Hanah yang bingung hanya menurut sahaja sebelum wajahnya di cermin direnung sekilas.

"Bonda nak solek tipis tipis je, Hanah jangan risau" Bicara bonda dibalas anggukan oleh Hanah, dadanya juga berombak debar. Tidak pernah sepanjang hidupnya, dia cuba menghias wajahnya selain daripada lip tint dan bedak.

Beberapa barang produk di ambil bonda dari almari dan diletakkan di depan gadis itu sebelum tangan nya mula menari menghias wajah Hanah yang tiada cacat cela cuma sedikit pucat, mungkin kerana kurangnya vitamin c barangkali.

Kini jam hampir beranjak ke nombor Lima, Jibreel masih terlantar di atas sofa menunggu dua sosok gadis yang tidak turun sejak tadi. Kepalanya diurut seketika, sedikit pening akibat kurang tidur.

Mendengar bunyi bicara tawa, kelopak mata Jibreel mula terbuka dengan hatinya yang berbicara syukur. Setelah hampir satu jam menunggu, akhirnya mereka muncul jua.

"Apa yang lama sangat ni bonda, nasib tak maghrib la-"

Jibreel yang bangkit bangun itu mula membebel sebelum diam tidak berkutik sebaik sahaja sepasang matanya menangkap susuk tubuh Hanah yang berpakaian abaya yang sama dengan bonda tetapi 'Design' yang lain serta bertudung separuh?

Last Breathe | Jibreel ZaafirWhere stories live. Discover now