Bab 4

31 1 0
                                    

Sabtu, di pagi hari. Seperti yang dijanjikan, Tasya membawa Safiyah ke salah sebuah bangunan tinggi yang terletak di tengah bandaraya yang pesat dengan pembangunan. Safiyah tergamam seketika melihat bangunan tinggi itu gah mencecah langit. Seketika, dia memerhatikan nama yang terpampang besar pada dinding bangunan tersebut.

Syarikat Raiy Sdn. Bhd.

Safiyah mengerutkan dahi. Sepertinya, dia pernah mendengar nama syarikat itu sebelum ini.

"Tasya, ni... bukan tempat kau kerja ke?"

"Haah lah. Kau pernah ke sini kan dulu?"

"Eh, bila?"

"Tahun lalu la, bulan Jun. Masa tu aku bawa kau jalan-jalan dekat sini. Lepastu kau tanya aku kerja mana, aku tunjuk lah syarikat ni."

Safiyah mula mengimbas kembali memorinya di masa lalu. Seketika, mindanya membayangkan kembali dirinya melihat syarikat itu di masa lalu bersama Tasya.

"Eh, haah la. Macam mana aku boleh lupa eh?"

"Ai, aku mana tahu. Tu otak kau." Tasya tergelak kecil.

"So... tempat ni ke kita nak jumpa orang yang boleh tolong aku tu?"

"Ya lah." balas Tasya.

Safiyah mengerutkan dahi. Dia tidak menyangka insan yang dimaksudkan Tasya itu berada di sebuah syarikat yang mewah seperti yang dia lihat.

"Ingatkan tempat tu dalam hutan. Jumpa orang tu dalam pondok yang menyeramkan. Pastu orang tu tipu kau." Safiyah tergelak kecil.

"Ada pula. Mustahak la kau ni."

"Musyrik bengap."

Safiyah dan Tasya tergelak kuat.

"Jomlah. Aku bawa kau jumpa dia." Tasya menarik lengan Safiyah bergerak masuk ke dalam syarikat gah itu.

Usai mereka berdua memasuki bangunan tersebut, ruangannya terlihat nyaman dan indah dengan warnanya yang serba biru. Beberapa orang dalam syarikat itu mula menyapa Tasya seakan Tasya adalah orang penting dalam syarikat. Tasya berhenti di hadapan pintu lif yang terletak tidak jauh daripada bahagian pintu masuk.

"Cantiknya tempat ni." Safiyah tidak henti meliarkan kedua matanya ke arah sekeliling.

"Serba biru. Kau suka biru kan?" Tasya menekan tombol lif tersebut.

"Suka sangat."

"Ting!" Pintu lif terbuka.

Tasya dan Safiyah masuk ke dalam. Tasya menekan nombor 30. Lif bergerak menuju ke tingkat 30 iaitu tingkat teratas bangunan itu.

"30 tingkat Tasya?"

"Haah."

"Kita ke tingkat paling atas?"

"Ye Fiy. Jangan jakun sangat please. Nanti kau malu." Tasya tergelak kecil.

Safiyah tertunduk malu.

"Aku tak pernah la naik lif sampai tingkat ke 30. Memang la aku jakun."

"Kalau kau nak, aku boleh bawa kau hari-hari naik ke tingkat 30. Kau nak kerja sini pun boleh."

Safiyah memuncungkan bibirnya.

"Bukannya... kerja sini kena pandai bisnes ke? Aku mana tahu benda alah tu."

Memori Mardhiyah (Completed)Where stories live. Discover now