Bab 56

6 1 0
                                    

Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Selatan

Safiyah, Mardhiyah dan Tasya tiba di IPD Johor Selatan. Sepertimana yang dikatakan Rai kepada Safiyah melalui panggilan telefon, hari tersebut merupakan hari pertemuan yang sangat penting untuk mengakhiri penderitaan Mardhiyah di masa lalu.

Daripada panggilan telefon itu juga, Rai memberitahu Safiyah agar merahsiakan maklumat tentang Sufi, Ateefah, Maya dan Maliki. Rai juga memberitahu mereka bahawa Ateefah selamat dalam jagaan Sufi. Mereka semua bersetuju untuk mengikuti syarat Sufi itu termasuk Puan Yanti.

Setibanya mereka di ruangan bilik siasatan, Asp. Asyraf dan Rai sudah pun duduk menantikan kehadiran mereka di sebuah meja panjang bersama dengan Puan Yanti. Di samping Asp. Asyraf, seorang wanita berumuran awal 40-an bertudung putih, berwajah hitam manis dan berpakaian kot hitam juga sedang menantikan kehadiran mereka. Wanita itu dan Asp. Asyraf berdiri menyambut kedatangan mereka tersebut.

"Assalamualaikum, persilakan duduk." Asp. Asyraf mempelawa ketiga insan duduk berhadapan dengan mereka dengan meja panjang tersebut sebagai pemisah.

"Walaikumsalam... erm..." Safiyah memandang wanita yang asing bagi mereka itu.

Wanita itu menunduk sedikit sebagai tanda hormat.

"Saya Kalsum. Pendakwa Raya yang ditugaskan untuk kes Mardhiyah. Yang mana satu Mardhiyah ya?"

"Saya Puan." Mardhiyah menunduk sedikit bersama senyuman.

"Oh..." Puan Kalsum tersenyum manis. "... manis orangnya."

Mardhiyah tersipu malu sambil bergerak duduk di atas kerusi yang disedikan. Dia duduk di tengah-tengah di antara Safiyah di bahagian kirinya dan Tasya di bahagian kanan. Asp. Asyraf dan Puan Kalsum juga bergerak duduk semula.

"Mardhiyah... kenal lagi dengan saya?" Asp. Asyraf menyoal.

Mardhiyah mengangguk.

"Kenal. Inspektor... Asyraf kan?"

Safiyah mencuit lembut bahu Mardhiyah.

"Assistent Supretandant. Asp." Safiyah bersuara dengan nada perlahan.

"Oh! Maaf Asp. Asyraf." Mardhiyah menunduk sedikit sebagai permohonan maaf.

"Eh, tak apa. Panggil aje Tuan Asyraf. Sama aje tu." balas Asp. Asyraf.

"Tak payah nak formal sangat. Kita dalam satu team kan? Saya, kau orang jangan panggil pula Puan ya. Panggil akak. Saya ni umur aje dah nak tua, jiwa saya masih muda tau." gurau Puan Kalsum.

"Ok akak..." gurau Tasya pula.

Suasana di ruangan itu dihiasi seketika dengan gelak kecil daripada mereka.

"So... Tuan, kita dah boleh mula?" soal Rai menghuraikan tawa mereka.

Asp. Asyraf mengangguk-angguk.

"Mardhiyah... dah sedia?"

Mardhiyah menganggukkan kepala. Mardhiyah memulai sesi luahan hidupnya itu untuk kali yang kedua. Wajahnya kini tidak lah terlihat seperti yang sebelum ini. Kedukaan yang lama semakin menjauh daripadanya. Wajahnya kini terlihat tegas meluahkan memori duka itu sehingga membuatkan insan-insan yang lain tergamam.

Sepanjang luahannya itu juga, tangan Safiyah digenggam erat. Sahabat baik yang sudah di anggap sebagai darah daging sendiri itulah yang menjadi pendorong semangat dan kekuatan jiwanya pada masa itu dan yang akan datang.

Memori Mardhiyah (Completed)Where stories live. Discover now