Bab 40

6 1 0
                                    

Safiyah bergegas ke rumah sakit bersama dengan Tasya. Dia mendapat panggilan daripada Dr. Azwan yang Rai sedang membawa Ateefah ke rumah sakit itu. Setibanya mereka di sana, kereta-kereta mewah berwarna hitam memenuhi kawasan tempat letak kereta.

Safiyah dan Tasya bergerak masuk ke dalam rumah sakit. Apabila mereka tiba di hadapan bilik Mardhiyah, terlihat Rai dan Dr. Azwan sedang duduk berhadapan dengan Mardhiyah. Mardhiyah pada masa itu pula sedang duduk bersebelahan dengan Ateefah di atas katil. Mardhiyah mengusap lembut kepala Ateefah. Layanannya persis seperti seorang ibu sedang memanjakan anaknya tanpa suara.

"Hah! Tasya, Safiyah... masuk lah." arah Dr. Azwan.

"Kak..." Ateefah berdiri daripada katil lalu bergerak memeluk Safiyah.

Pandangan mereka berubah hairan memandang Ateefah memeluk Safiyah. Pelukan yang menunjukkan seakan ada sebuah ikatan yang terjalin di antara kedua insan.

"Ateefah..." balas Safiyah.

Ateefah merenggangkan pelukannya.

"Akak... dan abang Sufi dah berbaik?"

Persoalan. Ruangan bilik itu kini dihiasi dengan persoalan. Ateefah menanyakan soalan yang berada diluar pengetahuan mereka.

"Ateefah... siapa yang bawa Ateefah datang tempat ni?" Safiyah dengan pantas mengubah topik tersebut.

Ateefah mengarahkan jari telunjuknya ke arah Rai yang sedang berdiri di tepi tingkap.

"Bos?" Tasya mengerutkan dahi.

Pandang mereka semua kini tertumpu ke arah Rai.

"Nol..." Rai memejamkan kedua matanya. "... Sufi yang berikan aku budak ni pagi tadi."


Imbas kembali...

Di pagi hari, Rai bergerak keluar daripada syarikatnya. Sewaktu pergerakannya menuju ke tempat letak kereta, Sufi sedang berdiri di hadapan syarikat tersebut bersama dengan Ateefah di sampingnya. Sufi menunduk sebagai tanda dia ingin berjumpa dengan Rai pada masa itu.

Persoalan berperang di dalam fikiran Rai. Kehadiran Sufi itu adakah untuk menyerang dirinya? Atau ada perkara yang sebaliknya? Rai memberanikan diri mendekati Sufi.

"Sufi... kau..."

"Assalamualaikum..." Sufi tersenyum kecil sebagai tanda sapaan.

Rai tersentak. Salam itu menandakan Sufi datang bukan dengan niat yang jahat.

"Walaikumsalam..." Rai menunduk sedikit. "... apa tujuan kau..."

"Aku datang ni... sebab aku nak bincang sesuatu dengan kau." pintas Sufi.

Rai mengangguk-angguk.

"Marilah... kita ke dalam dulu."

Sufi menggelengkan kecil.

"Aku tak lama. Lagipun... kau nampak macam sibuk."

"Eh, tak juga. Aku free aje."

Sufi tersenyum.

"Kau orang cari Ateefah kan?"

Rai memandang Ateefah yang sejak tadi mendiamkan diri di samping Sufi.

"Kami... perlukan dia untuk kembalikan memori kawan aku."

Memori Mardhiyah (Completed)Where stories live. Discover now