Bab 62

8 2 0
                                    

"Perhatian!!! Datuk Ameer bin Johari!!! Anda ditahan atas beberapa pertuduhan. Sila serahkan diri, atau kami akan melakukan serbuan."

Asp. Asyraf memberikan amaran menggunakan pembesar suara. Tujuh buah kereta polis sudahpun memenuhi kawasan hadapan Syarikat Amorba. Setiap anggota lengkap bersenjata bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan.

Namun, suasana di dalam syarikat itu sudahpun sunyi bahkan kelibat manusia tidak lagi kelihatan. Secara tiba-tiba, seorang pekerja wanita yang berdiri tidak jauh di luar syarikat itu menghampiri Asp. Asyraf.

"Tuan... ada pembunuh dalam tu!" pekerja wanita itu menunjuk ke arah syarikat.

"Maksud puan?" Asp. Asyraf menyoal.

"Pengawal peribadi, semua dia bunuh. Dia biarkan kita orang aje yang tak bersenjata."

Asp. Asyraf dibuai kejutan.

"Mana orang tu?"

Pekerja wanita itu menggeleng.

"Terakhir kali saya nampak pembunuh tu, dia naik lif. Saya rasa, dia cuba bunuh datuk."

"Pekerja-pekerja yang lain?" Asp. Asyraf menyoal lagi.

"Kita orang semua dah lari Tuan. Dalam tu, hanya ada Datuk Ameer dengan pengawal peribadi dia. Saya dah perhatikan tempat ni sejak tadi."

"Siapa... orang terakhir yang keluar?" soal Rai pula.

"Tiga orang wanita. Satu pakai kemeja biru, satu pakai baju kurung biru dan... satu tu pakai baju hitam. Tapi... dia orang pun nampak cemas. Dia orang lari aje keluar macam tu. Saya rasa dia orang pun pekerja juga. Cuma tingkat atas. Dia orang lambat sedar yang pembunuh tu dah ada dekat dalam. Saya dah call polis tadi. Polis tu kata, anggota polis yang lain sedang dalam perjalan menuju ke sini."

"Tuan... kita terlambat ka?" Rai menyoal.

Asp. Asyraf menghela nafas yang panjang.

"Waran tangkap lambat sangat kita orang dapat. Sejak bila pembunuh tu ada dalam syarikat, puan?"

Pekerja wanita itu berdiam diri seketika.

"Ermmm... setengah jam, 20 minit macam tu."

"Puan, awak jumpa anggota saya... berikan keterangan yang lebih jelas ya."

Pekerja wanita itu mengangguk. Tanpa berlengah, Asp. Asyraf bersama sepuluh orang anggota polis dan juga Rai masuk ke dalam syarikat tersebut. Tidak jauh daripada syarikat itu, Mei yang sudahpun berpakaian kemeja biru itu tergelak kecil. Dia bersembunyi di balik lorong-lorong gelap. Bahkan hanya dalam 15 minit, dia sudah mampu menyelesaikan tugasnya tanpa jejak. Maliki.


"Kita terlambat Tuan. Tapi, Datuk Ameer masih bernafas."

Kopral Azmi, anggota polis yang bersama-sama dengan Asp. Asyraf melepaskan keluhan. Pada waktu itu, dia sedang menyentuh nadi Datuk Ameer yang tidak sedarkan diri tersebut.

"Tak apa, target kita Datuk Ameer. Pembunuh tu, kita abaikan terlebih dahulu. Bawa Datuk Ameer ke hospital. Kirimkan beberapa anggota untuk berjaga di sana. Kita tak nak dia terlepas pula kali ni."

"Tuan!" secara tiba-tiba, seorang anggota polis mendekati Asp. Asyraf. Bertubuh tinggi dan sado.

"Ya Kopral Fakrul, kenapa?"

Memori Mardhiyah (Completed)Where stories live. Discover now