Bab 65

9 2 0
                                    

Mardhiyah kini bebas. Berjaya keluar daripada sangkar ketakutan dan kedukaan. Setiap kejayaan perlu diraikan. Mereka meraikannya di tempat yang sama seperti yang sebelum ini. Restoran di tepi pantai bersama insan-insan yang sama. Mardhiyah, Safiyah, Rai, Tasya, Puan Yanti, Alyne dan Dr. Azwan.

Mardhiyah sudahpun bertekad untuk memulakan hidup barunya dengan kebahagiaan. Gelak dan tawanya pada malam itu menjadi bukti. Tawa yang diukir itu pula tidak mengenal masa. Ianya berlarutan hingga ke larut malam. Bahkan Mardhiyah dan Alyne terlena di restoran itu.

Safiyah? Kala itu, Safiyah sedang berjalan seorang diri di tepi pantai. Dikala Mardhiyah ingin kebahagiaan yang baru, Safiyah pula ingin menamatkan kedukaanya. Jiwanya bertekad, Sufi perlu dibuang jauh daripada hidupnya. Bukan kerana dia salah seorang daripada anggota Maliki, tapi kerana sahabat sehidup sematinya itu juga mencintai orang yang sama.

Sayu dan pilu dia mengukir langkah itu dibawah mendung yang semakin pekat di dada langit. Sehingga dia terleka, seorang wanita sedang mengekori pergerakannya daripada bahagian belakang. Ancaman sudah berakhir. Benarkah? Bukankah ada tersisa seorang lagi? Nora. Maria Eleonora.

Tak!

Sekelip mata, Safiyah dipindahkan ke alam Alafun Ain. Dia tergamam. Suasana baru itu terlalu ngeri. Suasana tanah yang sangat lapang dan luas di subuh hari namun dihiasi pula dengan mayat-mayat manusia yang bergelimpangan di atas bumi.

"Pertarungan pertama?" Nora mengejutkan Safiyah.

Safiyah dengan pantas menoleh ke bahagian belakang. Wajahnya berubah cemas. Terlihat, Nora sedang menatap tajam kedua matanya bersama senyuman ngeri.

"Medu... sa." ucapnya.

"Kau perlu mati macam kawan kau tu."

"Kawan?"

"Ops, kau tak tahu. Suraya?"

Safiyah tergamam.

"Titonoboa, Anaconda... muncul." Nora melafazkan kata sambil mengangkat tangan kanannya ke atas.

Ting!

Sekelip mata, seekor ular Anaconda mengelilingi tubuh Nora. Seekor Titanoboa pula muncul mengelilingi kedudukan mereka berdua yang tidak terpisah jauh. Safiyah menggenggam kedua tangannya. Emosinya membuak setelah baru mengetahui yang Nora sudahpun membunuh Suraya. Dia cuba melawan.

"Senapang patah pada genggaman tangan kananku. Terisi sebutir peluru yang membunuh!" Safiyah melafazkan kata sambil menghulur kedua tangannya seperti sedang memegang sepucuk senapang.

Ting!

Muncul sepucuk senapang patah pada kedua genggaman tangannya itu. Dia cuba membidik tepat ke arah Suraya. Picu ditarik.

Pam!

Titanoboa sudahpun terlebih dahulu memasang tubuhnya dihadapan Nora sebelum peluru itu sempat mengenai sasaran. Nora tergelak kuat. Dia mengarahkan tangan kanannya ke arah Safiyah.

"Hidangan mu Titanoboa."

Titanoboa itu dengan segera meruju ke arah Safiyah. Safiyah semakin keliru untuk mewujudkan benda di alam itu. Akhirnya,

"Sebutir peluru tajam, muncul lagi dalam senapang patah ini." Dia melafazkan lagi kat-kata yang kedua. Sia-sia.

Ting!

Safiyah membidik kepala ular Titanoboa itu. Picu ditarik.

Pam!

Peluru menjunam masuk tapi tidak menghentikan pergerakannya untuk membaham Safiyah. Safiyah berubah panik. Ular malapetaka itu sudahpun membuka mulutnya dengan luas. Safiyah memejamkan kedua matanya sambil membuang senapang patah itu ke bahagian kiri. Dia sudahpun membayangkan kematian sehingga setitis air matanya mulai mengalir.

Memori Mardhiyah (Completed)Where stories live. Discover now