Bab 5

20 1 0
                                    

Syarikat Amorba Sdn. Bhd.

Malam yang menggelisahkan. Datuk Ameer - seorang lelaki berumur lewat 50-an berambut putih disisir kemas bergerak mundar mandir di ruangan biliknya. Cemas menghantui jiwa. Setelah setahun keberadaan Mardhiyah di Malaysia, dirinya baru mengetahui yang anaknya itu muncul kembali setelah sembilan tahun menghilangkan diri. Apatah lagi, Mardhiyah dilindungi oleh director rumah sakit jiwa yang menempatkannya.

Misteri kepergian Mardhiyah juga menjadi tanda tanya dalam mindanya. Berbagai cara dia telah lakukan untuk mengesan kedudukan Mardhiyah sewaktu wanita itu berada di Australia. Ke semua cara itu dipatahkan begitu sahaja dengan penuh misteri.

Siapa yang membantu dan melindungi Mardhiyah? Siapa pula yang memusnahkan caranya untuk mengesan keberadaan Mardhiyah? Persoalan yang masih jauh untuk bertemu noktah. Dalam cemasnya itu memikirkan tentang misteri Mardhiyah, seorang wanita berambut pendek dan berpakaian serba gelap masuk ke dalam bilik tersebut.

"Datuk..." sapa wanita itu. Tangan kanannya menggenggam sebuah fail berwarna hitam.

Datuk Ameer menoleh dengan wajahnya yang bengis. Janggut tebalnya yang berwarna putih itu diusap seketika.

"Pastikan kau bawa berita gembira Maya."

Maya menundukkan wajahnya yang berubah cemas.

"Datuk... Organisasi Pemuja Malam setuju untuk berkerja sama dengan kita."

Datuk Ameer mengangguk-angguk. Dia mendekati tubuh Maya sambil menyentuh manja wajah wanita itu. Ada kalanya, dia mengusik pakaian Maya yang terlihat ketat tersebut. Maya hanya mampu mendiamkan diri dengan tingkah kurang sopan atasannya itu.

"Itu yang aku nak dengar." Datuk Ameer mencapai kerusi yang berhampiran dengannya. Punggung dilabuhkan di atas kerusi tersebut.

"Apa lagi?"

Maya menyerahkan fail hitam itu kepada Datuk Ameer.

"Ini... maklumat yang saya berjaya kumpul tentang Mardhiyah."

Datuk Ameer mencapai fail hitam tersebut. Dia membelek-belek maklumat yang terkandung. Secara tiba-tiba, wajahnya berubah tegang. Peristiwa hilangnya Mardhiyah sembilan tahun yang lalu semakin meresahkan. Apatah lagi, kembalinya wanita itu ke tanah air berada diluar pengetahuannya.

"Betina ni perlu dibunuh!" Datuk Ameer melempar fail itu ke hadapan Maya. "Macam mana kau tak tahu yang dia dengan Yanti dah ada dekat Malaysia setahun yang lalu?"

"Maafkan saya, datuk. Berdasarkan pencarian yang kumpulan Black Cobra kita jalankan, Mardhiyah dilindungi oleh seseorang daripada Australia. Orang tu... adalah orang sama yang membunuh semua agent yang kita hantar ke negara tu, agent yang ditugaskan untuk mencari keberadaan Mardhiyah. Saya dah cuba cari tahu siapa orang ini tapi... dia terlalu sulit untuk dikenal pasti."

"Bodoh! Agent yang aku hantar pun tak berguna. Beberapa banyak duit lagi aku kena labur hanya untuk pastikan betina ni mati! Yanti macam mana?"

"Puan Yanti berkerjasama dengan kumpulan Selempang Tuah, datuk. Kumpulan ni dah jaga Puan Yanti sejak setahun yang lalu. Beberapa anggota Black Cobra yang cuba menculik Puan Yanti juga ditembak mati oleh kumpulan ni."

"Celaka punya Jaafar! Pasti dia nak kan kawasan aku. Macam mana Yanti boleh berkerjasama dengan kumpulan Selempang Tuah? Setahu aku... dia tak pernah terlibat dengan dunia gelap ni. Lagi satu, kau langsung tak tahu siapa orang yang melindungi Mardhiyah tu?"

Maya menggelengkan kepalanya.

"Saya hanya dapat maklumat tentang gelaran dia. Nama dia... Maliki."

Memori Mardhiyah (Completed)Where stories live. Discover now