Bab 52

6 1 0
                                    

Pemulihan Memori Mardhiyah bahagian yang terakhir...

Suasana yang baru. Mardhiyah menangis seorang diri di jendela biliknya di petang hari. Alyne yang baru sahaja masuk ke dalam bilik menghampiri Mardhiyah dengan wajahnya yang berubah cemas.

"Mar, kau kenapa? Kau sakit ke?" soal Alyne.

Mardhiyah kekal mendiamkan diri dalam tangisannya itu.

"Mar... aku tanya kau ni kenapa..."

"Sufi tak cintakan aku Lyne."

Alyne tergamam. Susana berubah sepi dan duka diantara mereka berdua. Alyne menepuk lembut bahu Mardhiyah sebagai tanda pujukan.

"Mar... aku tahu kau kuat. Setakat putus cinta macam ni, aku tahu kau boleh lawan rasa sakit tu... kan?"

"Aku... perlukan masa Lyne. Merawat luka jiwa yang tak nampak ni, perlukan masa sebagai... penawar dia. Aku perlukan masa."

Alyne menangguk sayu.

"Aku faham. Aku sentiasa ada untuk kau. Ambil lah masa yang kau perlukan untuk sembuh. Kalau ada apa-apa yang kau perlu, kau bagu tahu aje aku ya. Aku ada untuk kau."

Mardhiyah tersenyum hambar dalam kedukaan itu.


Suasana berubah lagi. Suasana yang baru itu memaparkan memori tanpa dialog seperti yang sebelum ini. Mardhiyah terlihat sedang mengelamun di bawah pohon mangga di petang hari. Kedua matanya mengalirkan air mata. Situasi itu kerap kali berulang-ulang dan yang hanya berubah pada situasi tersebut hanyalah pakaian Mardhiyah.

Ada kalanya, suasana di alam memori itu berubah tempat ke ruangan bilik pejabat milik Mardhiyah. Ada kalanya juga, Mardhiyah mengelamun diruangan tamu diwaktu Alyne, Afiyah dan Puan Yanti ada bersama-sama dengan dia.

Secara tiba-tiba, alam memori itu memfokuskan kepada satu situasi dimana Afiyah terlihat memuntahkan darah di ruang tamu dikala Mardhiyah dan Puan Yanti sedang menemaninya.

"Fiyah... kenapa ni?" Mardhiyah berubah cemas. Dia memeriksa tubuh anaknya lebih lanjut. Terasa, tubuh Afiyah berubah panasnya secara tiba-tiba.

"Ibu... jantung Fiyah... jantung Fiyah sakit ibu..."

"Mar... kita kena bawa anak kau ke hospital. Kita kena cepat Mar." Puan Yanti berubah tidak keruan.

Mardhiyah mendukung anaknya. Puan Yanti memanggil Alyne yang sedang berada di tingkat atas. Dengan penuh cemas, mereka bertiga membawa Afiyah ke hospital untuk rawatan lanjut.


Suasana di hospital, ruangan bilik pesakit. Afiyah terdampar tidak sedarkan diri di atas katil pesakit. Mardhiyah tidak henti mengalirkan air mata di samping anaknya. Terlihat juga, kedua anak matanya berubah hitam. Alyne yang berdiri di samping Mardhiyah itu tidak henti memujuk Mardhiyah. Begitu juga Puan Yanti yang sedang berdiri di bahagian kanan katil Afiyah tersebut.

"Kenapa... kenapa baru sekarang anak aku dapat penyakit ni. Kenapa aku tak pernah tahu tentang benda ni. Lyne, mak Su... tolong bagi tahu Mar, penyakit Afiyah ni tak betul, kan?" rayu Mardhiyah.

"Mar... doktor pun baru dapat tahu yang anak kau ada kanser jantung. Mar..." pujuk Alyne.

"Mardhiyah... maafkan mak Su ya." Puan Yanti mengalirkan air mata.

Memori Mardhiyah (Completed)Where stories live. Discover now