Pemulihan Memori Mardhiyah yang Kedua...
Mardhiyah berusia 13 tahun. Wajahnya terlihat semakin matang dan semakin menawan. Tapi pada hari itu, suasana sendu menghias ruangan bilik pesakit. Maria semakin tenat. Tubuhnya sangat kurus bersama pipinya yang sangat cengkung.
Dr. Zafwan yang merawat Maria baru menjelaskan pada Mardhiyah dan Yanti, bahawa Maria sudahpun berada di tahap akhir kanser jantung. Bahkan seawal Maria tiba di hospital itu, dia sudahpun mencapai tahap kanser yang mempunyai harapan tipis untuk menjalani pembedahan. Tapi Datuk Ameer tidak ingin melanjutkan dan tidak ingin menampung kos rawatan itu. Dia sudah menganggap, bahawa isterinya itu sudahpun mati sebelum mati.
Kerana perangai Datuk Ameer itu juga, Maria meminta Dr. Zafwan merahsiakan penyakitnya daripada pengetahuan Mardhiyah dan Yanti. Maria tidak ingin Mardhiyah membenci ayah kandungnya sendiri dan dia tidak ingin menyusahkan Yanti lagi. Tapi diakhir-akhir itu, Dr. Zafwan sudah tidak mampu menahan rahsia itu lagi. Dia terpaksa menjelaskan kebenaran tersebut kepada anak dan adik Maria. Jiwa kemanusiaan yang dia miliki, memaksa dia untuk meluahkan rahsia tersebut.
Mardhiyah yang duduk di sebelah ibunya tidak henti mengalirkan air mata. Begitu juga Yanti yang sedang berdiri di samping Mardhiyah, tidak mampu berkata-kata kerana air mata yang telalu deras mengalir. Dr. Zafwan yang merawat Maria berdiri tidak jauh daripada kedudukan mereka, bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan.
"Mar..." Maria menghulur tangannya, ingin menyentuh wajah anaknya untuk kali yang terakhir.
Mardhiyah dengan pantas menyambut huluran itu. Dia meletakkan tangan Maria di pipinya.
"Ibu..." balas Mardhiyah.
"Mar... maafkan ibu... merahsiakan sakit ni..." Maria mulai mengalirkan air mata.
Mardhiyah menggeleng kecil.
"Ibu... Mar tahu ibu tak ada niat. Ibu... cuma tak nak Mar bersedih. Ibu..." Mardhiyah tidak mampu meneruskan bicaranya lagi.
Helaan nafas Maria terdengar semakin berat.
"Mar... maafkan ibu... tak dapat... nak jaga... Mar. Mar... jangan putus asa... dengan hidup ya... nak." Maria mengawal nafasnya.
"Maria..." Yanti menghampiri tubuh Maria.
"Ibu... jangan cakap macam tu. Ibu kena yakin... ibu kuat..." pujuk Mardhiyah.
"Maria... kau kuat. Demi anak kau Maria..."
"Yanti... tolong... jaga... anak... aku..."
"Ibu... Mar nak ibu jaga Mar... ibu... jangan pergi dulu... ibu..." Mardhiyah semakin tidak keruan.
Maria hanya mampu tersenyum manis memandang anaknya. Bibirnya sudah tidak mampu berbicara lagi. Kedua matanya yang terbuka itu, secara perlahan-lahan tertutup. Nafasnya semakin lama, semakin halus kedengaran. Sehinggalah akhirnya, dia menghembuskan nafas yang terakhir.
"Ibu..." Mardhiyah memeluk jasad ibunya.
Yanti juga terdiam seribu bahasa. Dia hanya mampu menenangkan Mardhiyah. Satu-satunya adik-beradik yang dia ada, sudahpun pergi meninggalkan dirinya. Tinggallah Mardhiyah, sebagai permata bagi Maria.
Di petang hari. Jenazah Maria dikuburkan di halaman belakang rumahnya. Hanya sebilangan kecil orang yang terlibat dengan penguburan jenazah Maria. Semuanya kerana arahan Datuk Ameer yang ingin pengebumian isterinya itu dijalankan secara ringkas.
YOU ARE READING
Memori Mardhiyah (Completed)
Mystery / ThrillerSetelah sembilan tahun berpisah, akhirnya Safiyah dapat bersua semula dengan sahabat baiknya yang bernama Mardhiyah. Namun, kepulangan itu menjadi suatu misteri apabila Mardhiyah kehilangan memorinya dan tidak mengenal Safiyah lagi sebagai sahabat...