Johan memburu Psiko di merata tempat tidak kira siang dan malam. Kejadian yang menimpa Suraya, harus dibayarkan dendamnya. Itulah tekad yang disemai di dalam jiwa. Johan berprasangka, bahawa Psiko lah yang membunuh Suraya menggunakan kelebihan seorang Pemimpi. Apabila amarah sudah bertahta, akal sihat sudah tidak berfungsi.
Di malam yang sangat tenang dikala bulan sudahpun tegak di dada langit, Johan bersembunyi di salah sebuah lorong gelap berhampiran dengan Klub Twin. Klub yang berada di bawah jajahan Datuk Ameer. Nalurinya kuat mengatakan, yang Psiko ada di dalam klub malam tersebut pada malam itu.
Dalam beberapa jam penantian, akhirnya yang dinanti pun tiba. Psiko keluar daripada klub malam itu dalam keadaan normal seorang diri. Tingkahnya terlihat sedang berbual dengan seseorang daripada panggilan telefon. Dia berdiri di bahagian tepi jalan raya yang sesak dengan kereta-kereta mewah yang lalu lalang.
"Kau perlu berhati-hati sekarang Nora. Naluri aku berat mengatakan yang Penanti Senja sedang memburu kita. Lepas apa yang kau dah buat dengan Suraya, dia orang tak akan lepaskan kau begitu aje." nasihat Psiko dalam panggilan telefon itu.
Terdengar, Nora tersengih mendengar amaran itu.
"Siapa yang aku perlu risaukan? Rai? Ataupun Johan? Yang paling lemah. Biarkan dia orang datang. Aku pun sepi tanpa perlawanan."
"Nora! Jangan sebab kau kita gagal..."
Tak!
Belum sempat Psiko mengabiskan bicaranya, dia sudahpun dipindahkan ke dalam Alafun Ain secara paksa oleh seseorang. Kini, dia sedang berdiri ditengah-tengah kawasan hutan yang pohon-pohonnya berdaun lebat di malam hari. Bulan purnama berwarna merah memancar ngeri di dada langit. Psiko tergamam seketika. Telefon pintar yang pada genggaman tangan kanannya sebelum ini turut menghilang.
Secara tiba-tiba, Psiko tergelak ngeri sambil tangan kanannya menutup wajah. Tingkahnya berubah seperti orang yang tidak berarah. Kedua mata di liarkan ke arah sekeling dengan pandangan yang tajam. "Rai..." ucapnya dengan nada yang tegang.
Pada masa yang sama, kelibat seekor harimau putih terlihat sekilas tidak jauh daripada kedudukannya itu. Psiko mengerutkan dahi.
"Ini bukan Pentas Mimpi milik Rai. Ini... Kurinci." Psiko menghulur tangan kanannya ke hadapan. "Pedang dengan bilah berwarna hitam yang sangat tajam, muncul dalam genggam tangan kananku."
Ting!
Sekelip mata, muncul sebilah pedang dengan bilahnya yang berwarna hitam pada genggaman tangan kanan Psiko. Psiko mengenggam pedang itu menggunakan kedua tangan. Kedua mata terus di liarkan ke arah sekeliling, mencari keberadaan Sang harimau jadian.
Dalam beberapa detik, Sang harimau jadian bergerak senyap dan pantas mendekati Psiko daripada bahagian belakang. Psiko tidak menyedari yang pemangsa itu semakin hampir dengan tubuhnya. Dia hanya memusingkan tubuh untuk memeriksa kawasan pada bahagian belakang itu namun,
"Ngaaarrr!"
Terlihat, si harimau jadian sudahpun melompat tinggi bersama kedua tangan yang siap untuk menerkam. Psiko dengan pantas menghayun pedang hitamnya dari bahagian kanan. Tapi pergerakannya sudahpun terlambat untuk menghalang terkaman si harimau jadian.
Tsrakkk!
Kedua tangan si harimau jadian berjaya mencengkam kedua bahu Psiko. Kuku-kukunya yang panjang berjaya menusuk ke dalam daging hingga mematahkan tulang bahu. Pada masa yang sama,
Tsing!
Pedang hitam berjaya melukai rusuk sebelah kiri si harimau jadian. Kesakitan pedang itu yang menancap sikit pada rusuk kiri tersebut membuatkan amarah si harimau semakin membuak. Mulut dibuka luas, kedua taring terlihat jelas. Sebelum sempat Psiko tersembam ke bumi, Si harimau jadian membaham separuh bahagian lehernya.
YOU ARE READING
Memori Mardhiyah (Completed)
Mystery / ThrillerSetelah sembilan tahun berpisah, akhirnya Safiyah dapat bersua semula dengan sahabat baiknya yang bernama Mardhiyah. Namun, kepulangan itu menjadi suatu misteri apabila Mardhiyah kehilangan memorinya dan tidak mengenal Safiyah lagi sebagai sahabat...