Bab 20

8 1 0
                                    

Suraya bergerak ke arah Timur, melarikan diri jauh daripada Psiko. Patung merah ada ditangannya, sekutunya Johan pula ada di arah Timur. Bersatu dengan Johan, adalah pilihan yang tepat baginya.

Lorong-lorong kecil ditelusuri bagi mengelakkan dirinya bertemu dengan Psiko dan Pemimpi-Pemimpi yang lain. Hanya tersisa dua kata lagi baginya sebagai seorang Pemimpi. Kelebihan khusus yang dia milik pula tidak memberikan dirinya peluang untuk mengabaikan peraturan kedua Alafun Ain dimana, seorang Pemimpi hanya mampu melafazkan tiga kata.

Suraya terus bergerak menelusuri lorong itu hinggalah dia berjaya keluar ke jalan besar bandaraya arah timur. Hampir sahaja dia tiba di penghujung lorong, langkah kakinya terhenti secara paksa. Di tengah jalan raya yang terletak setelah penghujung lorong itu, pandangannya terarah kepada Safiyah yang sedang berdiri penuh cemas bersama seorang budak perempuan pada bahagian belakangnya.

Kedua insan itu sedang berhadapan dengan seorang lelaki berpakaian jaket bulu yang tebal berwarna hitam, berbadan sasa, berkulit hitam manis, berambut putih dan memakai kaca mata hitam. Lelaki itu tersenyum memandang Safiyah dan budak kecil itu. Yang lebih mengejutkan lagi, tangan kanan Safiyah memegang patung putih tersebut.

"Safiyah... Alfonso!" Suraya tergamam.

Dengan pantas, dia menjatuhkan patung merah itu ke tanah. Dia mengarahkan pula kedua tangannya ke arah Alfonso seakan sedang memegang sepucuk senapang.

"Senapang patah pada kedua tanganku. Terisi sebutir peluru panjang. Muncul!" Suraya melafazkan kata.

Ting!

Sekelip mata, kedua tangannya sedang memegang sebuah senapang patah berwarna coklat gelap. Dia membidik senapang itu tepat ke bahagian tubuh Alfonso. Menunggu masa yang tepat untuk membunuh lelaki itu dalam sekali serangan.

Alfonso menghulur tangan kanannya ke hadapan. Safiyah pula bergetar penuh ketakutan. Apatah lagi, seorang budak kecil sedang berlindung pada bahagian belakangnya.

"Berikan aku patung putih tu." pinta Alfonso.

Secara tiba-tiba pula, Johan hadir ke dalam suasana yang mencemaskan itu dari arah belakang Alfonso.

"Boomer!" teriak Johan.

Alfonso menoleh.

"Kurinci..." Alfonso tersengih kecil.

"Aku adalah harimau jadian..." Johan mulai berlari ke arah Alfonso. Dalam lariannya itu, tubuhnya berubah menjadi harimau jadian.

Johan melompat tinggi, kuku-kukunya yang tajam dikeluarkan bersiap sedia untuk menerkam. Alfonso tersenyum kecil. Tangan kanan mengarah pula ke arah Johan. Pada masa yang sama,

Pam!

Suraya melepaskan tembakan sambil bibirnya melafazkan kata bagi kelebihan khususnya. "Dua peluru pada arah yang bertentangan." ucapnya pantas.

Alfonso di ambang maut!


Sebelum pertemuan itu...

Safiyah mengejar budak perempuan itu menelusuri lorong gelap tersebut. Darilah waktunya pagi hari sehingga tiba waktunya tengah hari, Safiyah dan budak itu seakan berada dalam situasi kejar mengejar. Hampir sahaja Safiyah mencapai tubuh budak itu, budak tersebut secara tiba-tiba menghilang lalu muncul di lorong gelap yang lain. Seakan kewujudan budak itu adalah hantu berbaju putih. Begitulah situasi itu berlangsung berulang kali sehinggalah petang menjelma.

Meski Safiyah merasakan ketakutan dan kelelahan, namun dia tidak mempunyai pilihan yang lain selain mengekori pergerakan budak itu. Dia dapat merasakan, patung putih itu akan membawanya keluar daripada kesesatan yang menimpa dirinya pada masa itu. Aksi kejar mengejar itu terus berlangsung sehinggalah Safiyah dan budak itu saling kejar mengejar di suatu lorong yang sangat gelap dan sunyi.

Memori Mardhiyah (Completed)Where stories live. Discover now