Bab 43

8 1 0
                                    

Pemulihan Memori Mardhiyah yang Ketiga...

Mardhiyah berumur 15 tahun terpapar jelas daripada wajahnya. Tubuhnya yang terbaring tidak bermaya di atas katil tertutup dengan selimut. Kedua matanya mengalirkan air mata dengan pandangan yang kosong. Malam itu, ayahnya memusnahkan jiwanya lagi. Wajah Mardhiyah pada masa itu terlihat sangat pasrah dengan takdir hidupnya. Mungkin, sudah berulang kali dia melalui perkara yang sama.

"Kau jangan pernah berani nak buka mulut tentang ni." Datuk Ameer yang berdiri dihadapan pintu itu mengugut. Pada masa itu, dia sedang memperbetulkan baju dan seluar. Dosa, jauh daripada gambaran wajahnya.

Mardhiyah bagaikan patung bernyawa yang tidak berakal. Ayahnya berbicara, seakan tiada jiwa yang dia musnahkan pada masa itu.


Lemah longlai Mardhiyah berjalan menelusuri malam. Tiada tempat untuk mencurahkan masalah selain daripada sahabat baiknya. Pada malam yang sama, dia datang ke rumah Safiyah.

Setibanya di tangga rumah Safiyah, tubuhnya rebah terhempap ke bumi. Pilu. Air mata bagaikan hujan berguguran di wajah. Pada masa itu, Encik Khairi begerak ke beranda rumah untuk menghisap rokok. Langkahnya terhenti apabila terlihat Mardhiyah sedang terbaring tidak bermaya di teratak rumahnya.

"Syar! Safiyah! Mardhiyah depan rumah ni!" teriak Encik Khairi dengan penuh cemas. Dia bergerak membantu Mardhiyah untuk bangun.

Safiyah dan Puan Syarinah juga keluar dengan wajah yang berubah cemas.

"Mar!" Puan Syarina dan Safiyah bergegas membantu Mardhiyah naik ke ruang tamu.

Mardhiyah hanya mengikut pergerakan mereka. Ingin berbicara, namun memori pada malam itu membungkam bibirnya. Di ruang tamu itu, Puan Syarinah membelai lembut kepala Mardhiyah.

"Mardhiyah... apa jadi ni?" soal Puan Syarinah.

Safiyah bergerak menyapu air mata Mardhiyah.

"Mar... ayah kau pukul kau lagi?" soal Safiyah.

"Pukul? Macam mana... Safiyah tahu yang ayah Mardhiyah pukul dia?" Encik Khairi yang sedang berdiri di hadapan pintu mengerutkan dahi.

Safiyah memandang wajah ayahnya. Kedua matanya mulai berkaca.

"Mar... pernah terlepas cakap dengan saya yang... ayah dia pernah pukul dia."

Encik Khairi menggelengkan kepala bersama keluhan.

"Nampak muka Mardhiyah ni, bukan sekali dia kena pukul. Budak ni dah macam berkali-kali kena pukul. Syar, cuba kau tengok badan dia. Ada bekas luka tak. Kalau ada kita kena bawa dia ke hospital dengan segera." arah Encik Khairi.

Puan Syarina mengangguk. Dia membuka sedikit baju Mardhiyah untuk memeriksa tubuh Mardhiyah di bahagian atas lalu dia memeriksa dia bahagian kaki. Namun, tidak terdapat sebarang luka melainkan bekas tangan dan tanda-tanda yang kemerahan kerana genggaman tangan seseorang.

"Abang... badan dia tak ada bekas luka." jelas Puan Syarina.

Encik Khairi berubah keliru.

"Siapa ayah dia Safiyah?"

"Mardhiyah... binti Ameer." jawab Safiyah.

Secara tiba-tiba, Mardhiyah menggenggam lengan Safiyah. Nama ayahnya membuatkan reaksinya berubah cemas.

Memori Mardhiyah (Completed)Where stories live. Discover now