Syarikat Raiy Sdn. Bhd.
Tak! Tak!
Pintu bilik Rai diketuk. Rai yang sedang duduk di mejanya itu menoleh.
"Masuk..."
Pintu bilik dibuka. Tasya membawa Johan dan Suraya masuk ke dalam bilik tersebut. Kedua insan bergerak duduk berhadapan dengan Rai.
"Tasya... tinggalkan kami bertiga." pinta Rai.
Tasya menunduk seraya bergerak keluar daripada bilik itu sesuai arahan daripada bosnya. Seketika, ketiga insan membiarkan Tasya bergerak keluar terlebih dahulu sebelum memulakan perbualan.
"Kau dah okey Rai?" soal Suraya.
Rai mengangguk-angguk.
"Kenapa kau boleh tak sedarkan diri lama macam tu. Kau buat apa dekat alam mimpi tu?" Suraya menyoal lagi.
"Tak ada apa pun. Mungkin aku dah penat dekat alam realiti, lepas tu tambah lagi dekat alam mimpi tu. Tu yang jadi macam tu." Rai menjawab.
Johan tergelak secara tiba-tiba.
"Apa yang kau gelakkan Johan?" Suraya mengerutkan dahi.
"Tak payah tipu la Rai. Kau mengamuk kan sebelum jumpa dengan kekasih kau tu?" Johan mempersoalkan.
Rai melepaskan keluhan.
"Dia bukan kekasih aku."
Suraya memandang Rai dengan penuh tanda tanya.
"Maksudnya Rai..."
Imbas kembali...
Utara Bandaraya, sewaktu berada di Taman Permainan Mimpi. Rai melepaskan keluhan apabila Safiyah berdegil tidak menerima huluran tangannya itu. Dia meneruskan kembali langkah kakinya. Dia cuba memperlahankan pergerakan agar Safiyah mampu mengekorinya namun pergerakan orang ramai disekelilingnya memaksa pergerakannya itu berubah laju.
Pam!
Suatu letupan kedengaran secara tiba-tiba daripada arah Barat bandaraya itu. Manusia-manusia berubah tidak keruan sekelip mata. Mereka mula berlari menjauhi arah kawasan daripada barat tersebut.
Bahkan tubuh Rai sendiri terdorong oleh pergerakan orang ramai yang mulai cemas. Tanpa dia inginkan, langkah kakinya dipaksa untuk menuju ke bahagian tengah bandaraya itu. Dia menoleh ke belakang, Safiyah hilang daripada pandangan.
"Safiyah!" teriaknya.
Rai berubah tidak keruan.
"Safiyah!!!" teriaknya lagi lebih kuat daripada yang sebelum ini. Hasilnya tetap sama. Safiyah hilang.
Rai memerhatikan pula pergerakan manusia yang berlari dengan penuh cemas tersebut. Pergerakan mereka mengarah ke menara emas yang terletak di tengah bandaraya. Fikirannya berubah sangat celaru. Dimana Safiyah? Adakah dia bersama dengan manusia-manusia itu berlari ke arah menara emas? Mungkinkah ada Pemimpi lain yang menculik Safiyah?
Fikirannya kini tertumpu ke bahagian tengah bandaraya. Safiyah berkemungkinan terpaksa menuju ke sana mengikuti pergerakan manusia-manusia hayalan itu kerana terlalu cemas.
"Aku adalah Raja Langit. Aku adalah kilat. Mendung dan petir adalah kerajaanku." Rai melafazkan kata.
Sekelip mata, tubuhnya menghasilkan cahaya biru gelap persis cahaya yang terhasil daripada kilat. Mendung berarak di bahagian utara bandaraya itu bersama irama-irama petir yang mulai bergema.
YOU ARE READING
Memori Mardhiyah (Completed)
Mystery / ThrillerSetelah sembilan tahun berpisah, akhirnya Safiyah dapat bersua semula dengan sahabat baiknya yang bernama Mardhiyah. Namun, kepulangan itu menjadi suatu misteri apabila Mardhiyah kehilangan memorinya dan tidak mengenal Safiyah lagi sebagai sahabat...