Bab 29

7 1 0
                                    

"Fiy!!!"

Mei berlari menuju ke bilik Safiyah daripada taman bunga yang terletak di bahagaian halaman belakang rumah sakit itu. Wajahnya terlihat sangat cemas.

Safiyah segera keluar daripada biliknya, cuba mengetahui apa yang membuatkan Mei berubah cemas secara tiba-tiba itu.

"Mei... kenapa?" Safiyah mengerutkan dahi.

Mei tercungap-cungap memulihkan nafasnya yang hilang. Jari telunjuknya di arahkan ke halaman belakang rumah sakit itu.

"Fiy... Mardhiyah, Mardhiyah nak bunuh diri!"

Safiyah dibuai kejutan. Dia mengikuti arah jari telunjuk Mei, terlihat staf dan doktor-doktor di rumah sakit itu sedang berkumpul di taman bunga tersebut. Mereka semua terlihat sedang memujuk seseorang. Safiyah menarik lengan Mei yang masih tercungap-cungap itu menuju ke halaman belakang.

Setibanya di sana, staf dan doktor yang lain sedang mengelilingi Mardhiyah yang sedang berdiri di atas bangku yang panjang. Tangan kanan Mardhiyah menggenggam sebilah gunting dengan matanya yang di arahkan ke bahagian leher. Kedua matanya mengalirkan air mata. Terlihat dari wajah wanita itu, dia bertekad untuk membunuh dirinya sendiri meski tidak terluah dengan kata-kata.

"Mardhiyah... kenapa ni Mar..." Dr. Lee yang berhampiran dengan Mardhiyah itu cuba untuk memujuk.

Safiyah bergerak maju ke hadapan menghampiri Mardhiyah.

"Mar..." kedua mata Safiyah mulai berkaca.

Mardhiyah menoleh. Dia merapatkan lagi mata gunting itu ke bahagian lehernya.

"Mar!" Safiyah mengarahkan kedua tangannya ke hadapan sebagai tanda pujukan.

Dr. Lee dan Mei menjauhkan orang ramai daripada mereka berdua. Memberikan ruang kepada Safiyah untuk memujuk Mardhiyah.

"Mardhiyah... tolong Mar, jangan buat aku macam ni." Safiyah mengusap lembut air matanya yang mulai mengalir.

Mei sudahpun bersiap sedia dengan ubat penenang yang terkandung dalam jarum suntik. Dia bergerak secara perlahan-lahan menghampiri Mardhiyah dari arah kanan iaitu sudut yang terlindung daripada pandangan Mardhiyah.

"Su... fi..." Mardhiyah mengalirkan air mata memandang Safiyah.

Safiyah menggeleng kecil.

"Dia tak ada Mar... dia tak ada dekat sini." Safiyah seakan cuba meneka yang Mardhiyah pada masa itu sangat takutkan nama Sufi.

Secara perlahan-lahan, Mardhiyah menjauhkan gunting tersebut daripada lehernya.

"Su... fi..." Mardhiyah tertunduk sayu.

Mei melihat peluang. Tangan kanannya bersiap sedia menyuntik jarum suntik itu ke bahu kiri Mardhiyah. Dia melompat ke bangku itu, tangan kirinya menarik lengan kanan Mardhiyah dengan kuatnya hingga tubuh Mardhiyah terpusing mengarah tubuhnya. Tangan kanan dengan pantas menyuntik jarum tersebut ke bahu kiri Mardhiyah. Jarum di tekan laju.

Kini, Mardhiyah sedang jatuh dalam pelukan Mei di atas bangku itu. Mei menolak kuat pergelangan tangan kanan Mardhiyah membuatkan gunting itu terlepas daripada genggaman. Lalu, tangan kirinya itu memeluk pula tubuh Mardhiyah sambil jarum pada tangan kanan ditarik perlahan daripada bahu Mardhiyah. Mardhiyah meronta-ronta, cuba untuk melawan namun tubuhnya berubah tidak bermaya dengan sangat pantas. Akhirnya, dia pengsan dalam pelukan Mei.

Memori Mardhiyah (Completed)Where stories live. Discover now