Bab 64

14 1 0
                                    

Si jejaka tampan, Rai memandang kosong gelas teh o ais yang terhidang di hadapannya itu. Malam itu, dia mendapat temu janji daripada seseorang yang juga membantu perjuangan Mardhiyah untuk mendapatkan keadilan. Jaafar. Dia menanti di restoran yang mereka sudahpun persetujui. Dalam beberapa waktu, Jaafar tiba tanpa pengawal peribadi. Dia mengambil tempat duduk berhadapan dengan Rai.

"Tuan Muda..." sapa Jaafar.

"Jaafar." balas Rai.

Pada masa yang sama, pelayan datang untuk mengambil pesanan. Jaafar mengangkat tangannya sebagai isyarat dia tidak ingin membuat pesanan. Terpapar daripada riak wajahnya yang dia hanya ingin berjumpa dengan Rai hanya untuk waktu yang singkat. Pelayan itu pun menunduk seraya pergi meninggalkan mereka berdua.

"Ada apa... kau nak jumpa aku?" Rai menyoal.

"Besok... hari perbicaraan Datuk Ameer kan?" Jaafar menyoal kembali.

Rai mengangguk.

"Mmm... baguslah. Aku pun dah penat asyik berperang dengan orang tua bodoh tu. Orang bijak macam kau, pasti banyak persoalan. Kau pun nak tahu kan, apa yang aku tahu tentang Maliki?"

Rai mengerutkan dahi.

"Kenapa kau tiba-tiba..."

Jaafar menghela nafas yang panjang.

"Tempoh hari masa kau tawarkan aku dengan kawasan Ameer tu, bukannya aku tak nak terima. Tapi, Sufi yang kau orang kata tempoh hari tu dah tawarkan aku benda tu lebih awal."

Rai tergamam.


Imbas kembali setahun yang lalu...

Setahun yang lalu. Sewaktu Jaafar terlena di ruangan bilik tidurnya. Pada masa itu, waktu menunjukkan pukul 2 pagi.

Dring!

Penggera yang dia tetapkan untuk berbunyi pada jam 7 pagi itu berbunyi secara tiba-tiba. Penggera tersebut berada di atas meja yang terletak di penjuru biliknya. Dia membuka kedua mata. Tubuhnya cuba untuk dibangkitkan.

Ting!

Pada masa yang sama, penggera itu dimatikan oleh seseorang.

Tak!

Insan misteri itu membuka lampu bilik Jaafar. Sedari tadi, Jaafar ingin membangkitkan tubuhnya untuk memastikan siapakah gerangan lelaki itu. Namun, tubuhnya seakan kaku terbaring di atas katil. Bahkan bibirnya tidak mampu untuk digerakkan apatah lagi untuk bersuara. Hanya kedua matanya yang mampu untuk digerakkan.

Insan misteri itu bergerak duduk di samping Jaafar di atas katil tersebut. Ternyata, insan tersebut adalah Sufi dengan pakaiannya yang serba gelap berpenutup kepala. Sufi memasukkan tangan kanannya ke dalam poket baju. Lalu, dia mengeluarkan botol kaca berukuran kecil daripada poket baju itu. Terlihat, botol kecil itu mengandungi cecair berwarna unggu pekat. Sufi memerhatikan seketika botol kecil itu.

"Masa kau tengah tidur nyenyak tadi, aku letakkan racun dalam mulut kau. Tu sebab kau tak boleh gerak. Dalam masa sejam... kalau kau tak dapat penawar dalam tangan aku ni, kau akan jadi macam tu selama-lamanya. Perjuangan kau dalam dunia gelap selama ni... sia-sia. Kan?" Sufi tersenyum sinis.

Wajah Jaafar berubah pucat. Peluh mulai membanjiri tubuhnya.

"Aku datang nak tawarkan satu benda. Kau... boleh dapatkan semua kawasan Datuk Ameer. Tapi, ada syarat dia. Hari Isnin minggu hadapan, kau ambik seorang wanita... berumur lewat 50-an dekat Airport KLIA. Dia datang daripada Australia dan nama dia Yanti. Dia akan pegang tali beg tangan dia hanya dengan ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah pada tangan kiri. Tu tanda yang dia tu Yanti. Kau jaga dan sembunyikan dia daripada pengetahuan Datuk Ameer. Boleh?"

Memori Mardhiyah (Completed)Where stories live. Discover now