Bab 66

13 1 0
                                    

Safiyah melawat Suraya yang masih tidak sedarkan diri di hospital bersama dengan Tasya. Tasya sudahpun menjelaskan kepadanya tentang apa yang terjadi dengan Suraya. Dia juga mengatakan yang Suraya akan tersedar kembali suatu hari nanti. Cemasnya semakin berkurang.

Safiyah duduk di samping katil Suraya bersama fikirannya yang kembali teringat dengan peristiwa perpisahannya itu. Dalam beberapa waktu, Tasya datang sambil bergerak duduk di sampingnya.

"Hah! Termenung apa lagi tu?" sergah Tasya.

Safiyah memuncungkan bibirnya.

"Suka sangat kejut macam tu tau."

Tasya tersenyum sinis.

"Kau fikir apa?"

Safiyah menggeleng kecil.

"Tak ada lah. Macam mana bos kau? Dia bagi kau cuti tak nanti?"

Tasya mengangguk perlahan.

"Bagi lah. Sekali dengan kerja dia yang belambak. Due date yang kejam lagi. Semua gara-gara kau nak cuti lama sangat."

"Alah, tiga bulan aje. Kalau pergi Sarawak, kau cuti sekejap tak best. Banyak sangat tempat nak kena pergi."

"Family kau dah tahu? Aku ni kuat makan tau. Aku tengok Mardhiyah tu pun, macam aku juga. Kalau Family kau tak sedia, bankrupt kau nanti." Tasya tergelak kecil.

"Ish! Ayah aku ada kebun durian. Kau tinggal la dalam tu, makan puas-puas."

Kedua mengisi masa yang luang dengan gelak dan tawa. Secara tiba-tiba, Tasya ingin menanyakan hubungan Safiyah dengan Sufi kerana dia tahu, lamunan Safiyah itu tidak lagi mengarah kepada Mardhiyah melainkan Sufi. Tapi ada baiknya, dia menghapuskan persoalannya itu. Baginya, biarkanlah kedua insan sendiri yang menghadapinya pada masa hadapan.


Lapangan Terbang, KLIA 1

Safiyah, Mardhiyah dan Tasya menghantar Alyne dan Puan Yanti ke lapangan terbang tersebut. Hari itu merupakan hari terakhir Alyne dan Puan Yanti berada di Malaysia. Setelah berpuas hati bercuti-cuti Malaysia, keduanya perlu pulang ke tempat asal untuk meneruskan perniagaan mereka.

"Mardhiyah... jaga diri elok-elok tau." Puan Yanti memegang kedua lengan Mardhiyah.

"Ya mak Su. Nanti ada masa, saya nak bawa Safiyah dan Tasya ke sana. Saya pun nak ziarah juga kubur Afiyah. Tapi buat masa sekarang, saya nak urus terlebih dahulu tanah peninggalan ibu dekat sini. Lagipun, Safiyah dah janji nak bawa Mar jalan-jalan dekat kampung asal dia." balas Mardhiyah.

Alyne menghampiri Mardhiyah bersama dengan Safiyah.

"Aku pun join kau orang juga nanti. Tapi aku kena balik kejap, nak handle syarikat 'kita' tu dekat sana." Alyne menekan perkataan kita seakan merajuk dengan Mardhiyah.

Mardhiyah tersengih.

"Bagi la aku masa sikit dekat sini. Nanti aku bantu la kau dari jauh."

Alyne memberikan jelingan manja.

"Curi tulang." guraunya pula.

"Alaaa... Alyne, apa susah. Kau call aje aku nanti kalau kau nak datang Sarawak. Kau boleh pulang balik kut. Kau banyak duit." jelas Safiyah.

Memori Mardhiyah (Completed)Where stories live. Discover now