Bab 15

13 1 0
                                    

"Bandar..." Safiyah tergamam dan kagum.

Dia kini berdiri di bumbung salah sebuah bangunan yang tinggi di pagi hari. Alafun Ain rekaan itu adalah sebuah alam mimpi dengan suasana bandaraya yang dihias dengan bangunan-bangunan tinggi mencakar langit. Di tengah bandaraya itu, terdapat sebuah bangunan yang paling tinggi dengan warnanya yang keemasan.

Bangunan tertinggi itu terlihat megah dan indah dengan warnanya yang keemasan ditambah lagi dengan biasa cahaya matahari di pagi hari. Di bahagian dada bangunan itu, terdapat sebuah jam emas yang berukuran besar. Di atas jam itu pula terpampang besar hitungan nombor yang menunjukkan hari. Angkanya masih tertulis '0'.

Rai, Suraya dan Johan juga sudahpun berada di puncak bangunan itu bersama dengan Safiyah. Mereka sama-sama memerhatikan suasana pagi di bandaraya itu. Terlihat, suasana bandaraya tersebut hidup serupa sepertimana di alam nyata. Kenderaan dan manusia berlegar-legar melakukan aktiviti harian. Kedua mata mereka berempat sempat dikelirukan dengan perbezaan diantara manusia dalam alam mimpi itu, dengan manusia yang digelar Pemimpi daripada alam nyata.

"Mari... aku nak terangkan macam mana permainan ni berfungsi." Johan bergerak duduk di kawasan tengah bumbung bangunan itu

Rai, Suraya dan Safiyah bergerak duduk membentuk bulatan bersama Johan.

"Dengar sini baik-baik ya, permainan ni bermula dengan dua patung haiwan. Satu patung kecil berwarna merah gelap berbentuk anjing dan yang satu lagi berwarna putih berbentuk kucing. Pemimpi perlu menjaga salah satu patung tu sampailah tamat tiga hari kita berada dalam alam mimpi ni. Bilangan hari ditunjukkan pada menara emas tu." Johan menunjukkan jarinya ke arah bangunan tinggi tersebut.

Rai, Suraya dan Safiyah menoleh ke arah menara emas tersebut.

"Bilangan dia masih kosong. Kita baru mula lah ni?" jelas Suraya.

Johan mengangguk membenarkan persoalan itu.

"Cumanya, selama dua hari ni Pemimpi akan saling berebut dengan kedua patung tu. Sesiapa yang berjaya memiliki patung merah tu di akhir waktu, Pemimpi tersebut akan berjumpa dengan Bloodhound. Patung putih tu, Pemimpi akan berjumpa dengan Oracle. Kau orang mesti ingat ni, bandar ni adalah sebuah pulau yang terapung di atas langit. Apabila kau orang terjatuh daripada pulau ni, kau orang aku dipaksa keluar daripada Alafun Ain."

"Bukannya... Alafun Ain tak boleh dicipta dengan imaginasi yang tak logik macam pulau terapung di atas langit?" soal Safiyah.

"Ni kan Alafun Ain rekaan, bukan Alafun Ain Pemimpi. Pengabdi Kegelapan mencipta alam mimpi ni dengan teknologi. Dia orang bebas nak buat bentuk alam ni dengan bentuk yang mereka nak." jawab Suraya.

Safiyah mengangguk faham.

"Mana patung merah dan putih tu?" soal Rai.

"Pemimpi perlu cari sendiri dua patung tu di sekitar kawasan bandar ni. Akan ada carrier yang bawa patung tu untuk dijadikan rebutan para Pemimpi. Kau orang kena ingat, carrier ni manusia dalam alam ni. Dia bukan manusia betul. Kau orang jangan ragu-ragu nak bunuh carrier tu kalau patung merah ada dengan dia." jawab Johan.

Suraya mengerutkan dahi.

"Macam mana nak cari Carrier dengan patung tu? Bandar ni luas."

"Sebab tu kita kena ada strategi. Rai... macam mana? Otak kau kan bijak." Johan meminta pendapat Rai.

"Ai, kau yang selalu main dalam Taman Permainan Mimpi ni kan?" balas Rai pula.

Memori Mardhiyah (Completed)Where stories live. Discover now