Bab 55

7 1 0
                                    

Di petang hari, Rai tiba di hospital sepertimana maklumat yang diberikan oleh Tasya. Dia bergegas menuju ke bilik pesakit yang menempatkan Suraya. Usai pintu bilik pesakit dibuka, terlihat Suraya sedang terbaring di atas katil pesakit tidak sedarkan diri. Alat-alat bantuan pernafasan sudahpun terpasang pada tubuhnya. Tasya yang sedang berdiri di samping Suraya itu pula terlihat tidak keruan. Kedua matanya juga berkaca.

"Tasya!" Rai segera menghampiri Tasya.

Tasya menoleh penuh sayu. "Bos... Suraya..."

"Apa yang... jadi..." Rai tergamam seketika apabila memandang tubuh pucat Suraya yang tidak sedarkan diri itu.

"Doktor sahkan... Kak Suraya... koma."

Rai memandang Tasya bersama wajahnya yang berubah tegang.

"Tasya, Suraya baru aje masuk hospital. Kenapa secepat tu pihak hospital buat keputusan?"

Tasya menggelengkan kepalanya menafikan tanggapan Rai.

"Maksud kau?" Rai menyoal.

"Suraya dah ada dekat hospital ni semalam lagi bos. Ada orang yang jumpa dia dalam bonet kereta dia sendiri, tak sedarkan diri. Orang tu yang hantarkan dia ke hospital. Kalau apa yang doktor katakan pada saya, otak dia... otak dia..." Tasya tidak mampu menghabiskan bicaranya apabila sebak semakin menguasai.

"Mati..." Rai tergamam untuk kesekian kalinya. Untuk seketika, ruangan berubah hening dan duka. Rai menggenggam erat kedua tangannya penuh geram. Dia sudah mampu meneka puncanya Suraya bernasib seperti itu.

"Keluarga dia... dah tahu?" Rai menyoal kembali.

Tasya menggelengkan kepala.

Rai melepaskan keluhan berat. "Siapa bagi tahu kau dia ada dekat hospital?" nada suaranya semakin sayu.

"Johan... Johan yang call saya pagi tadi bos. Dia kata, masa dia call phone kak Suraya semalam, pihak hospital yang angkat panggilan dia dan bagi tahu dia, kak Suraya ada dekat sini."

"Mana Johan?"

Tasya menggelengkan kepala lagi.

"Tasya! Pemuja Malam sekarang tengah buru kita orang tau. Suraya dah jadi macam ni, aku dah tak nak orang lain lagi jadi mangsa sebab aku. Macam mana kau kata tak tahu sedangkan..." Rai mengunci bibirnya daripada meneruskan bicara. Dia tersedar yang dirinya itu sudah dibuai emosi yang semakin memuncak. Akalnya sudah tidak mampu menahan tekanan yang datang secara bertubi-tubi. Keluhan berat dilepaskan bersama kedua mata yang mulai berkaca.

"Bos... saya minta maaf. Saya memang tak tahu. Johan hanya kata dengan saya, dia akan bayar balik darah yang sudah dibeli. Saya pun tak faham apa maksud dia. Saya minta maaf bos. Saya minta maaf. Saya... tak tahu." wajah Tasya yang ditundukkan itu mulai mengalirkan air mata.

Rai menghela nafas yang panjang.

"Maaf. Aku yang terbawa perasaan, aku yang perlu minta maaf dengan kau. Aku tak tahu nak luahkan perasaan sedih dan penyesalan aku ni. Suraya jadi macam ni sebab aku. Aku yang babitkan dia terlibat sekali dalam masalah Mardhiyah ni. Aku..." Rai menggelengkan kepala penuh penyesalan. "... aku akan cari Johan sendiri. Aku tak nak kau pun terbabit sekali dengan masalah Pemuja Malam ni. Biar aku yang selesaikan masalah yang telah aku wujudkan sendiri." nada suaranya berubah tegang.

"Safiyah... Safiyah macam mana bos?"

"Kau rahsiakan dulu kondisi Suraya daripada dia. Aku tak nak dia sedih semula. Dia baru aje happy dengan memori Mardhiyah yang dah pulih. Aku tak nak ganggu kebahagiaan dia tu buat masa sekarang ni."

Memori Mardhiyah (Completed)Where stories live. Discover now