Epilog

19 2 0
                                    

Pada malam Sufi dan Mell meninggalkan Malaysia. Sufi menarik asap rokoknya dengan tenang di tepian kapal. Angin menghembus sayu wajahnya yang tenang itu. Mell bergerak berdiri di sampingnya.

"Kita nak ke mana abang Sufi?" Mell menyoal.

"Jumpa dengan kawan-kawan kita yang lama."

Mell mengerutkan dahi.

"Bukannya, Maliki dah bubar. Apa tujuan abang Sufi nak jumpa dengan yang lain?"

"Maliki bubar tanpa kata perpisahan. Tapi ada yang menginginkan perpisahan yang lebih mengusik jiwa."

"Siapa?"

"Lucifer." jawab Sufi.

Wajah Mell berubah pucat serta merta. Nama Lucifer itu, bagaikan satu sosok yang menakutkan baginya.

"Kita nak bunuh dia?"

Sufi menggelengkan kepala.

"Pada hari aku bertemu dengan Alfonso dekat Taman Permainan Mimpi, kita orang berjaya jumpa dengan Oracle si Peramal. Aku tak pernah nampak Oracle cemas macam tu. Sampai dia nak minta pertolongan daripada Maliki. Dia ramalkan, akan jadi bencana tak lama lagi dalam dunia Pemimpi dan juga dunia nyata. Dan Lucifer adalah punca dia."

"Apa bencana tu?"

"Manusia biasa dan Pemimpi akan ditemukan dalam satu Alafun Ain ciptaan. Tersangat luas. Gambaran Oracle, Alafun Ain tu bagaikan alam baru yang menghimpunkan manusia dan Pemimpi. Permainan dalam alam tu lebih kejam berbanding yang ada dalam Taman Permainan Mimpi. Bahkan mungkin, berkali-kali ganda lebih kejam. Berbunuhan, fitnah dan banyak lagi kejahatan. Semua tu akan berlaku dalam alam tu di antara manusia biasa dengan Pemimpi."

Mell terdiam seribu bahasa.

"Apa rancangan kita abang Sufi?"

"Benda yang tak pasti. Aku pun tak tahu macam nak rancang macam mana. Buat masa sekarang ni, kita kumpulkan kawan-kawan kita terlebih dahulu. Alfonso dah mula menjejak keberadaan Izanami dan Izanagi. Tinggal seorang lagi."

"Khalid..." sambung Mell.

Sufi mengangguk.

"Kalau boleh, kita dapatkan bantuan daripada Penanti Senja dan Pemuja Malam sekali. Musuh kita hanya satu sekarang ni. Pengabdi Kegelapan."

M - Mellina A - Alfonso L - Lucifer I - Izanagi K - Khalid I - Izanami

Nol - 0 atau Ketiadaan

Memori Mardhiyah (Completed)Where stories live. Discover now