Pertarungan akhir. Dua ekor Titanoboa dari arah selatan dan barat memasuki kawasan menara emas. Dengan ganasnya mereka menghempas-hempas tubuh yang besar itu ke setiap bangunan yang menghalang pergerakan. Keganasan ular malapetaka berbaur dengan petir yang semakin rancak sambung menyambung di atas langit.
Namun secara tiba-tiba, seekor burung gergasi melintas di atas kawasan menara emas tersebut. Tubuhnya yang berwarna emas itu tersangat besar sehingga bayang-bayangnya sahaja mampu menutupi kawasan di sekitar menara emas itu. Wajah dan paruhnya berwarna putih manakala kedua sayapnya yang lebar pula berwarna merah terang.
"Garula..." Nora tergamam memandang langit.
Bahkan Rai juga tergamam seketika memandang kewujudan burung gergasi yang digelar Galura itu.
Setelah menunjukkan kewujudan, burung itu menyambar Titanoboa yang datang daripada arah selatan. Kedua cakar burung itu menusuk dan mencengkam tubuh ular raksasa tersebut bagai helang menyambar seekor ular sawa berukuran dewasa. Burung itu membawanya terbang tinggi di atas langit. Sesudah melepasi mendung di atas langit, burung gergasi itu melepaskan cengkamannya lalu, Titanoboa itu pun jatuh menjunam ke bumi dengan sangat laju.
Boom!
Tubuh ular raksasa itu terhempas dengan kuatnya hingga membuatkan bumi bergegar. Ular raksasa itu bergerak-gerak seakan nyawanya sudahpun berada di penghujung. Bersama tubuhnya yang berlubang terkesan dengan kuku tajam milik burung Garula itu, akhirnya Titanoboa itu pun tewas.
Serangan burung Garula itu tidak terhenti di situ. Dia menyerang pula kedua mata ular raksasa yang datang daripada arah barat menggunakan paruh dan cakarnya. Dua ekor Titanoboa mula berpaling arah. Mereka menyerang pula ke arah burung Garula itu.
Lima ekor Titanoboa yang tersisa terus meluru ke arah Rai yang sedang mengawal kilat di atas langit.
Pam! Pam! Pam!
Kilat menyambar secara liar di atas bumi. Salah satu panah kilat itu berjaya menyambar kepala salah seekor dari lima ekor Titanoboa tersebut. Sekelip mata, kepala Titanoboa itu meninggalkan lubang besar sekaligus mati terkesan dengan panahan kilat tersebut. Kini, hanya tersisa tujuh ekor Titanoboa dan tiga ekor daripada mereka sedang bertarung dengan Garula.
*****
Nora berubah cemas. Rai mendapat bantuan. Dia mengarahkan seekor Titanoboa untuk menyerang Rai tanpa memperdulikan Garula itu.
Rai yang sedang berusaha mengawal kilat di dalam mendung itu tidak menyedari serangan Titanoboa tersebut. Dia fokus mengarahkan sambaran kilat ke arah salah seekor Titanoboa yang menyerang Garula. Apabila dia menoleh, Titanoboa itu sudahpun semakin hampir dengan dirinya.
Secara tiba-tiba, seorang gadis berlari keluar dari salah sebuah lorong kecil menghampiri kedudukan Titanoboa itu. Gadis itu berwajah cantik, berkulit putih melepak dan berpakaian serba merah gelap.
"Lari!" teriak Rai pada gadis itu.
Gadis itu tidak memperdulikan arahan Rai. Pada masa yang sama, Titanoboa mengubah serangannya ke arah gadis itu. Mulut dibuka seluas yang mungkin untuk menyambar dan menelan gadis itu dalam sekali serangan.
Gadis itu tersenyum kecil. Dengan penuh berani dia cuba menyentuh pula bahagian bawah mulut ular malapetaka itu. Dikala tangan kanan gadis itu bertembung dengan mulut ular gergasi itu dan pada masa yang sama, ular raksasa itu hanya perlu menutup mulutnya untuk membuatkan gadis itu hilang dalam pandangan, gadis itu membuka kata.
"Sumpah!" lafaz kata gadis itu.
Ting!
Tanpa sempat ular itu menutup mulutnya, sekelip mata tubuhnya berubah menjadi batu dengan sangat pantas darilah bahagian kepala hinggalah ke bahagian ekor. Tugu batu ular raksasa ingin menyambar seekor gadis pun tercipta.
YOU ARE READING
Memori Mardhiyah (Completed)
Misteri / ThrillerSetelah sembilan tahun berpisah, akhirnya Safiyah dapat bersua semula dengan sahabat baiknya yang bernama Mardhiyah. Namun, kepulangan itu menjadi suatu misteri apabila Mardhiyah kehilangan memorinya dan tidak mengenal Safiyah lagi sebagai sahabat...