Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Selatan
Keesokan harinya. Rai bersama dengan Johan menuju ke balai polis Johor untuk memastikan sesuatu tentang Datuk Ameer. Pertama, bunyi tembakan yang berlangsung di rumah Mardhiyah 13 tahun yang lalu sewaktu Mardhiyah baru berumur 14 tahun. Kedua, insan yang dijelaskan oleh Inspektor Asyraf sewaktu berada di alam memori Mardhiyah.
Mereka berdua mendapat maklumat, bahawa Inspektor Asyraf yang pernah muncul dalam memori Mardhiyah sudahpun dinaikkan pangkat menjadi Assisten Supretenden Police (Asp) lima tahun yang lalu. Sebagai usahawan muda yang terkenal, Asp. Asyraf juga mengenal nama Rai walaupun belum pernah bersua muka. Rai dan Johan sedang duduk berhadapan dengan Asp. Asyraf dengan sebuah meja kecil memisahkan mereka di bilik siasatan dalam ibu pejabat tersebut.
"So... Encik Rayyan atau... orang-orang bisnes panggil Tuan Muda. Ada urusan apa orang terkenal macam kamu nak jumpa saya?" Asp. Asyraf menyoal.
Rai dan Johan berpandangan muka untuk seketika.
"Sebenarnya... Tuan, saya datang ni ada topik lama yang saya nak buka. Tuan masih ingat dengan kejadian 13 tahun yang lalu. Masa tu, setahu saya Tuan masih bergelar inspektor dan sedang menyiasat satu kes tentang seorang wanita." jelas Rai.
Asp. Asyraf berdiam diri, mengingat semula peristiwa 13 tahun yang lalu tersebut.
"13 tahun yang lalu. Lama sangat tu. Tapi, seingat saya hanya ada satu kes yang betul-betul saya ingat sampai sekarang."
"Kes apa tu Tuan?" soal Johan.
"Ermmm... kamu pernah dengar tentang kes hilangnya seorang usahawan terkenal 13 tahun yang lalu. Saya rasa, keluarga Tuan Rayyan pasti tahu tentang benda tu." jawab Asp. Asyraf.
"Siapa nama dia Tuan?" soal Rai.
"Lydia. Lydia Bte Ismail." jawab Asp. Asyraf.
Rai dan Johan berpandangan muka kembali. Wajah mereka berdua dibuai kejutan.
"Saya tak kenal sangat dia sebab masa tu, umur saya pun baru pertengahan tingkatan dua. Tapi, mak dengan arwah ayah saya pernah berbual tentang wanita tu. Bukannya... dia seorang usahawan kosmetik, dalam masa yang sama seorang usahawan yang menjalankan perniagaan gelap?" Rai semakin tertanya-tanya.
Asp. Asyraf mengangguk membenarkan penjelasan Rai.
"Sebenarnya, 13 tahun yang lalu saya cuba buka kes tentang perniagaan gelap Puan Lydia ni. Saya dapat maklumat dan bukti daripada bawahan saya, yang Puan Lydia ni menjalankan perniagaan pelacuran dan penyeludupan gadis daripada Thailand ke Johor. Tapi masa saya cuba track kedudukan dia, penyiasatan kami berakhir buntu dekat rumah banglo Datuk Ameer. Tuan Rayyan kenal Datuk Ameer?"
"Saya kenal Datuk Ameer." jawab Rai.
"Jadi... apa yang jadi dengan Puan Lydia? Tuan dapat selesaikan kes tu?" soal Johan.
Asp. Asyrah tersentak lalu tergelak kecil.
"Kami bertemu buntu Tuan Johan macam yang saya katakan tadi. Sampai sekarang ni, kehilangan Puan Lydia menjadi misteri. Sepuluh tahun setelah Puan Lydia gagal dijumpa, kami terpaksa menutup kes tersebut."
"Tuan... tak ada syak apa-apa atau prasangka awal macam tu?" soal Johan lagi.
Asp. Asyraf melepaskan keluhan.
"Saya... susah nak buat sangkaan awal Tuan Johan, kami tak ada bukti yang kukuh. Cumanya, bila misteri kehilangan Puan Lydia ni jadi topik, saya secara automatik akan tertanya-tanya kembali, kenapa jejak Puan Lydia berakhir dekat rumah Datuk Ameer."
YOU ARE READING
Memori Mardhiyah (Completed)
Mystery / ThrillerSetelah sembilan tahun berpisah, akhirnya Safiyah dapat bersua semula dengan sahabat baiknya yang bernama Mardhiyah. Namun, kepulangan itu menjadi suatu misteri apabila Mardhiyah kehilangan memorinya dan tidak mengenal Safiyah lagi sebagai sahabat...