Bab 10

17 1 0
                                    

Lapangan Terbang, KLIA 1

Suasana lapangan terbang dipenuhi dengan puluhan pengawal peribadi yang sedang mengiringi Psiko yang berpakaian serba hitam bersama dengan seorang wanita british berambut hijau dan memakai kaca mata.

Wajah Psiko terlihat mengerikan. Terdapat banyak bekas-bekas luka pada wajahnya seakan lelaki itu seorang petarung jalanan tetapi berbadan kurus. Manakala wanita british itu pula berwajah putih dan cantik. Tetapi wajah bengisnya itu membuatkan dia terlihat lebih menyeramkan daripada menyenangkan.

Setibanya mereka berdua di pintu gerbang, Maya menyambut kedatangan mereka dengan beberapa orang lagi pengawal peribadi.

"Sir, welcome to Malaysia. I'm presenter from Datuk Ameer, nice to meet you." Maya menundukkan wajahnya sedikit.

"Cakap aje bahasa melayu." Psiko tersengih kecil.

Maya tersentak. Dia tidak tahu yang lelaki British itu boleh bertutur dengan bahasa yang sama.

"Maaf tuan... saya ingatkan tuan tak faham."

"We can understand and speak any languange. I'm Eleonora, Maria Eleonora. Panggil aku Nora." wanita british itu menghulur tangannya kepada Maya untuk bersalaman. Raut wajahnya terlihat menyeramkan meskipun dia menyelindungkannya dibalik kelembutan dan senyuman.

"Saya Maya, salam kenal." Maya menyambut huluran tangan Nora bersama senyuman kecil.

"So, mana Datuk Ameer?" Psiko menyoal.

"Datuk menantikan kehadiran tuan di syarikat kami. Saya ditugaskan untuk menyambut dan mengiringi tuan dan puan ke sana."

"Then, what are you waiting for?" Nora menaikkan kening.

Maya menunduk terkesan dengan bicara Nora yang seakan menegurnya kerana membuang masa.

"Please Sir, Ma'am. Follow me."

Maya bergerak mengeringi Psiko dan Nora ke Syarikat Amorba bersama ke semua pengawal peribadi yang bersama Maya.


Syarikat Amorba Sdn. Bhd.

Seperti yang dijanjikan, Psiko yang merupakan utusan daripada Pemuja Malam itu tiba di Malaysia bersama dengan Nora. Maya membawa kedua insan berjumpa dengan Datuk Ameer yang sedang menanti kehadiran mereka di bilik perbincangan.

Maya membuka pintu bilik perbincangan tersebut. Terlihat, Datuk Ameer sedang duduk di atas sofa panjang menantikan kehadiran Psiko. Di sampingnya, Naldo - seorang lelaki berumur 40-an, berambut botak dan berbadan sasa berpakaian suit hitam berdiri menjadi pengawal peribadi Datuk Ameer. Maya menjemput Psiko dan Nora duduk di atas sofa terletak yang berhadapan dengan Datuk Ameer, dipisahkan dengan sebuah meja berukuran panjang.

"Welcome... my friend." Datuk Ameer menyapa sambil berdiri bersama senyuman kecil.

Psiko tersengih sambil bergerak duduk di atas sofa tersebut diikuti dengan Nora. Datuk Ameer tergamam seketika dengan sapaannya yang sambut dengan tidak mesra. Dia bergerak duduk semula di atas sofanya.

"Maya... bawakan tetamu kita air." arah Datuk Ameer.

Maya mengangguk seraya keluar semula daripada bilik perbincangan.

"So... how... erm... we..." Datuk Ameer tersekat-sekat menghabiskan bicaranya.

"Just speak in malay. We understand your tongue. Kami bukan orang-orang bodoh." Nora menegur.

Memori Mardhiyah (Completed)Where stories live. Discover now