Bab 68 - End

22 2 0
                                    

3 bulan selepas Mardhiyah menggapai kebebasan...

Safiyah, Mardhiyah, Tasya, Rai dan Johan menantikan Suraya sedar semula di hospital sepertimana yang doktor katakan. Seminggu yang lalu, Rai mendapat panggilan daripada pihak hospital yang Suraya akan sedar tidak lama lagi. Pada hari itu, mereka berlima menyediakan jamuan kecil untuk Suraya.

Dalam beberapa waktu penantian, akhirnya Suraya membuka kedua matanya setelah tiga bulan koma. Dia masih mengingati kelima insan termasuk dengan Mardhiyah sekali. Sepertimana kata Sufi, dia membantu semampu yang dia boleh.

Suraya dihiburkan dengan cerita-cerita yang mengusik jiwa. Meski dia ingin tahu bagaimana dia boleh selamat, tapi pada masa itu meraikan kemenangan Mardhiyah dan sedarnya dia semula dari koma lebih penting. Walaupun, dia agak terlewat untuk meraikannya.

Rai kekal merahsiakan tentang kelebihan Pemimpi Suraya yang sudahpun hilang daripada pengetahuan sahabat-sahabatnya. Baginya, waktu itu perlu diraikan dengan kegembiraan. Dia tidak ingin mengganggu suasana itu dengan sekecil apa pun kisah yang sedih. Biarkanlah masa sendiri yang akan menentukan, bilakah masa yang sesuai bagi rahsia tentang kelebihan Pemimpi Suraya yang hilang itu perlu dihuraikan.

Rumah Sakit Jiwa Rembulan Kasih

Di pagi hari itu, Safiyah duduk berhadapan dengan Mardhiyah di meja biliknya. Mardhiyah ingin mengusik sahabat sematinya itu pada hari terakhir Safiyah berkerja. Bukan kerana dia telah meletak jawatan, tetapi Doktor Azwan mengizinkan dia bercuti di Sarawak selama tiga bulan. Walaupun Doktor Azwan agak terpaksa.

"Fiy, macam terpaksa aje muka director kau tu bagi kau cuti tadi. Orang nak cuti aje pun, bukannya lama."

Safiyah mengerutkan dahi.

"Tak lama kau kata. Tiga bulan tu dia bayar gaji aku tanpa aku bekerja tau. Memang tak rela la dia. Tak pernah dibuat orang benda tu."

"Tak apa, yang penting dia bagi kau cuti. Aku dah call Alyne. Dua minggu lagi dia akan follow kita." Mardhiyah tersenyum manis.

"Kau dah call Maya?" Safiyah menyoal.

Mardhiyah mengangguk.

"Dia tak dapat la. Dia kata, hujung-hujung cuti tu kut dia boleh datang dengan Ateefah."

"Tak apa, janji dia datang." Safiyah tersenyum sendiri.

Mardhiyah merapatkan tubuhnya ke arah Safiyah.

"Fiy... sebenarnya... dah lama aku nak tanya kau ni. Kau... tak ada perasaan ke dengan Rai?"

Safiyah mengerutkan dahi.

"Tak!"

Mardhiyah tersentak.

"Fiy... kau nak tahu tak, sebenarnya... puisi masih kita sekolah dulu tu..."

"Aku tahu."

"Hah! Habis? Eh kejap. Kau tahu?"

Safiyah menarik nafas yang panjang sebelum menghuraikan rahsia yang terakhir.

Syarikat Raiy Sdn. Bhd.

Pada waktu yang sama. Tasya duduk berhadapan dengan Rai di meja biliknya. Tasya menghantar dokumen-dokumen tugasnya sebelum dia bercuti bersama-sama dengan Safiyah dan Mardhiyah.

"Bos... saya dah buat semua kerja yang bos bagi tempoh hari." Tasya meletakkan fail-fail kerja itu di hadapan Rai.

"Ok. Kau pergi la cuti dengan dia orang."

Tasya mengangguk-angguk. Dia berdiam diri seketika. Ada sesuatu yang dia ingin katakan tetapi keberaniannya agak kurang.

"Tanyalah apa kau nak tanya. Aku okey aje lah." arah Rai.

Memori Mardhiyah (Completed)Where stories live. Discover now