Bab 22

7 1 0
                                    

Menara Emas, kawasan tengah bandaraya Taman Permainan Mimpi di malam hari iaitu bulan yang bersinar di pagi hari. Rai, Safiyah dan Johan bersembunyi di dalam sebuah pasaraya besar yang berhampiran dengan menara emas itu.

Mereka bertiga duduk berhampiran dengan tingkap pada bahagian kanan pasaraya itu untuk memerhatikan kelibat Pemimpi-Pemimpi yang masih tersisa. Patung merah, rapi dalam genggaman Safiyah. Namun, dia mulai tertanya-tanya apabila kawasan tengah bandaraya itu agak lengang daripada pergerakan manusia. Berbeza jauh seperti apa yang dia lihat pada awal permainan sebelum ini.

"Sepinya..." Safiyah mempersoalkan.

Paparan yang menunjukkan waktu di dada menara emas itu sudahpun menunjukkan hari yang kedua iaitu hari yang terakhir. Kini, mereka hanya perlu menantikan agar masa di alam mimpi itu genap tiga hari untuk bertemu dengan Bloodhound.

"Rai..." Johan memanggil Rai bersama tubuhnya yang semakin tidak bermaya.

Rai dan Safiyah menoleh.

"Kenapa?" soal Rai.

"Sebelum apa-apa jadi dengan aku, aku nak bagi tahu kau yang Nol ada dalam permainan ni." jawab Johan.

Rai tergamam bersama wajahnya yang secara tiba-tiba berubah cemas.

"Nol? Apa tu?" soal Safiyah.

Johan menghela nafas yang panjang.

"Seorang pembunuh upahan yang sangat terkenal pada masa dahulu. Dia digelar Maliki di dunia nyata pada masa yang sama, dia juga seorang Pemimpi dengan gelaran Nol. Jika dia tak mampu bunuh kau dalam Alafun Ain, dia akan bunuh kau dengan cara pembunuh upahan. Senyap, teliti dan penuh dengan trik."

"Dia... lebih berbahaya daripada Psiko. Pembunuh atas nilai wang." sokong Rai.

Safiyah mengerutkan dahi.

"Kalau dulu... maksudnya sekarang dia masih membunuh?"

Johan menggeleng.

"Aku sendiri... tak tahu. Tapi dekat bahagian Timur masa aku tak sedarkan diri, dia yang bantu pulihkan aku. Aku sendiri tertanya-tanya, betul ke dia ni seorang pembunuh upahan. Tapi apabila aku fikir masak-masak, dia memang mempunyai pribadi yang lembut dan sopan. Itulah trik dia nak bunuh seseorang. Cumanya, dia kata yang dia tak nak bunuh sesiapa masa tu."

"Kita masih tak tahu siapa dia yang sekarang. Meski sepuluh tahun lamanya dia menghilang daripada dunia Pemimpi dan dunia gelap di alam realiti. Untuk katakan yang dia dah tak membunuh manusia lagi, benda tu... susah nak diterima. Dia tu adalah pembunuh yang sudahpun dibentuk daripada kecil. Minda dia, hanya bersistemkan pembunuhan dan tak bertuhan." jelas Rai.

Safiyah berubah tegang mendengar penjelasan Rai.

"Macam mana kau boleh kata macam tu. Manusia mampu berubah menjadi manusia yang lebih baik. Kau sendiri yang kata macam tu. Tak bertuhan? Jangan hakimi manusia daripada masa lalu dia la!" tegas Safiyah.

"Memang aku pernah kata macam tu... tapi kau pun boleh fikir sendiri. Dia dari kecil lagi dah pandai membunuh. Otak dia dah kena didik dengan pembunuhan. Mengubah sesuatu yang dah sebati dengan diri kita, ianya memerlukan keajaiban tau." tegas Rai pula.

"Hey! Kau..."

"Dahlah! Tak ada masa kau orang nak gaduh tentang dia. Aku pun tak tahu macam mana nak buat kesimpulan tentang dia. Tapi yang penting sekarang, aku nak kau orang berdua tahu, permainan mimpi kali ni lebih berbahaya daripada yang sebelum ni. Medusa, Psiko, Alfonso dan Nol, semuanya ada dalam permainan ni. Patung merah tu, kau orang kena jaga baik-baik. Itu tujuan kau orang kan bermain dalam permainan ni." nasihat Johan.

Memori Mardhiyah (Completed)Where stories live. Discover now