Bab 34

6 1 0
                                    

"Tasya... kita nak pergi mana ni?"

Safiyah yang mengekori pergerakan Tasya itu melepaskan keluhan. Pada waktu rehat di tengah hari, Tasya secara tiba-tiba mengambil dia di rumah sakit. Rai ingin berjumpa katanya.

"Ikut aje Fiy. Bos nak jumpalah."

"Kenapa lagi dengan bos kau ni. Mesti masa kerja macam ni dia nak jumpa."

"Ya lah. Weekend kau sibuk nak dating. Hari mana lagi yang dia nak jumpa dengan kau."

"Minta dia sabar lah! Lepas weekend ni ke. Lepas aku dating ke. Malam tu kan ada masa free. Lagipun Sufi tak suka kalau kita orang jumpa malam. Ada aje masa free, kenapa mesti masa aku tengah kerja?"

Tasya melepaskan keluhan. Panjang lebar sahabatnya melemparkan bebelan.

"Aku pun tak tahu lah Fiy. Nanti kau tanya la dia."

Mereka berdua akhirnya tiba di hadapan tempat pertemuan itu. Restoran tiga tingkat bertaraf tiga bintang. Safiyah ternganga seketika memandang tempat pertemuan itu. Orang-orang yang keluar masuk nampak bergaya dengan pakaian mereka memakai suit. Bahkan ada juga orang-orang yang ternama, sering muncul di kaca TV keluar daripada restoran itu.

"Tasya! Apa gila bos kau ni ajak jumpa dekat sini?" Safiyah bercekak pinggang.

"Ai kau ni, apa salahnya kalau dia ajak kita jumpa dia dekat sini?"

Secara tiba-tiba, beberapa pengawal peribadi datang menghampiri pintu sliding restoran itu. Mereka seakan menyambut seseorang keluar daripada restoran. Tasya menarik lengan Safiyah berdiri agak jauh daripada kawasan pintu tersebut.

Dalam bebera detik, Datuk Ameer keluar daripada pintu itu. Di kirinya, Naldo dan di kanannya Psiko. Di bahagian belakang, Tora dan Nora sedang mengekori Datuk Ameer bersama dengan beberapa lagi pengawal peribadi. Tasya menarik pantas lengan Safiyah, mmenyembunyikan sahabatnya itu daripada pandangan Datuk Ameer.

Wajah Safiyah terlihat kebingungan. Sebelum ini, dia tidak pernah melihat wajah Datuk Ameer. Kehadiran Datuk Ameer pada masa itu tidak menggugat keberaniannya. Tapi ianya berbeza dengan Tasya. Tasya dan Rai sudahpun kerap menghadiri majlis-majlis yang melibatkan usahawan-usahawan di Malaysia. Tasya seringkali berjumpa dengan Datuk Ameer dan dia tahu benar khabar angin tentang datuk itu.

Datuk Ameer tidak menyedari kehadiran Tasya. Kumpulannya terus bergerak menuju ke tempat letak kereta. Sesudah mereka tiba di hadapan sebuah kereta Mercedes hitam, salah seorang daripada mereka tetap berdiri di hadapan pintu restoran itu. Nora. Dia dapat menyedari yang Safiyah sedang berselindung di belakang Tasya. Pandang Nora sangat tajam hingga membuatkan Safiyah tertunduk, tidak keruan.

"What happen Nora?" soal Psiko yang sedang berdiri di hadapan pintu belakang Mercedes hitam tersebut.

Nora kekal merenung ke arah Safiyah. Kini, Datuk Ameer juga mulai perasan kehadiran Tasya di tempat itu. Dia berpendapat, bahawa wanita yang berada di belakang Tasya itu adalah Safiyah. Sesuai maklumat yang dia dapat, Tasya bersahabat baik dengan Safiyah. Mereka berdua sering bersama-sama.

"Tasya... mana Tuan Muda?" Datuk Ameer berlagak mesra dengan Tasya. Dia bergerak menghampiri Tasya dengan senyuman yang direka-reka.

Psiko dan Tora menghampiri Nora. Semakin tertarik dengan apa yang bakal berlaku di tempat itu. Bertarung di alam nyata ataupun berlaku pertarungan di alam Alafun Ain. Tora mendekatkan dirinya ke arah Psiko, seakan ingin membisikkan sesuatu.

Memori Mardhiyah (Completed)Where stories live. Discover now