Bab 11

16 1 0
                                    

Rai menantikan seseorang di hadapan sebuah kedai pakaian di tepi jalan raya. Malam itu, pergerakan manusia semakin lenggang kerana waktu yang sudahpun menunjukkan jam 10 malam. Kedai pakaian itu sendiri sudah mulai berkemas-kemas bersiap sedia menutup perkhidmatannya untuk hari tersebut.

Dalam beberapa waktu, seorang lelaki berumuran 30-an berpakaian serba hitam, berambut botak dan bertubuh besar datang menghampiri Rai yang sedang berdiri menyandar pada dinding di luar kedai itu.

"Rai..." sapa lelaki itu.

Rai menoleh.

"Mmm... Johan."

"Kau seorang ke?" soal Johan.

"Seorang. Macam mana dengan pencarian kau?"

Johan berdiri menyandar di sebelah Rai. Seketika, dia mengeluarkan sebatang rokok dan korek api daripada kocek seluarnya. Rokok dinyalakan. Asap ditarik lalu dihembus ke udara bersama keluhan.

"Aku masih tak jumpa budak memori tu, dah setahun aku cari. Macam... ada orang yang lindungi dan sembunyikan dia." jawab Johan.

Rai turut melepaskan keluhan yang berat.

"Macam mana dengan kawan kau yang hilang ingatan tu?" Johan menyoal lagi.

"Macam tu lah. Dia masih lupa dengan ingatan dia sendiri. Tak boleh nak cakap. Bestfriend dia tu pun tak dapat nak pulihkan memori dia. Dah setahun jadi macam tu."

"Bestfriend... Pemimpi baru tu?"

Rai menganggukkan kepala.

"Kekasih kau kan?" gurau Johan pula.

Rai memandang tajam wajah Johan. "Dia bukan kekasih aku." jelingan kecil dilemparkan.

Johan tergelak kuat.

"Kau kata dengan aku, kita jumpa dengan budak memori tu, baru kau nak tolong dia. Budak tu tak jumpa lagi tau, kenapa kau tiba-tiba nak tolong dia sekarang ni?"

Rai menghela nafas yang panjang.

"Kawan aku yang lupa ingatan tu, bapa dia dah tahu yang anak dia ada dekat rumah sakit tu. Masalah dia... bapa dia tu Datuk Ameer."

Johan tergamam.

"Orang tua tu... bila masa dia ada anak? Dengan perangai dia macam tu, kaki perempuan. Bisnes perempuan."

"Aku pun baru tahu. Aku dengan kawan aku tu pun tak rapat sangat zaman sekolah dulu. Aku tak pernah nampak pun bapa dia datang sekolah, ambik dia. Sekarang ni, aku baru tahu yang bapa dia tu usahawan dalam dunia gelap ni."

"Hah!" Johan seakan dapat merungkai sesuatu.

"Kau dah kenapa?" Rai mengerutkan dahi.

"Suropati, Penanti Senja daripada Indonesia tu ada warning aku. Dia dapat maklumat, Pemuja Malam daripada England datang ke Malaysia. Dia tak tahu Pemimpi mana yang datang, tapi dia kata hati-hati. Dia orang tengah cari budak memori tu dan dia orang dapat tugas untuk bunuh seseorang. Tu maksud dia..."

"Maksud dia?"

"Aku rasa... Datuk Ameer yang berikan dia orang tugas untuk bunuh anak dia, kawan kau tu. Kau pun tahu tentang orang tua tu kan, dia ada link dengan orang berpengaruh daripada luar negara."

Rai tergamam.

"Kalau dia orang dapat budak memori tu, lepastu... dia orang serang kawan kau tu..." Johan mengenggelengkan kepala. "... kawan kau tu dalam bahaya Rai."

Memori Mardhiyah (Completed)Where stories live. Discover now