Bab 35

7 1 0
                                    

Syarikat Raiy Sdn. Bhd.

Tasya dan Rai sedang duduk berbincang di ruangan bilik Rai. Tingkah Safiyah yang tetap bertegas untuk mempercayai Sufi tempoh hari membuatkan Rai semakin risau. Dia meminta Tasya untuk memujuk Safiyah agar tetap menjauhi Sufi, namun usaha dia dan Tasya bertemu buntu. Safiyah, kekal dengan pendiriannya untuk mencintai Sufi.

"Bos, saya dah cuba macam-macam cara..." Tasya menggelengkan kepala.

Rai melepaskan keluhan.

"Dia dah sesat dalam percintaan. Itu bahayanya kalau pertama kali buka hati untuk seseorang. Semua benda jadi betul, yang salah, yang dipersoalkan semua dia nafikan."

"Itu yang buat saya risau bos. Kenapa... bos tak bagi tahu aje kebenaran tentang diri bos dengan dia? Saya rasa... tu satu-satunya penyelesaian yang kita ada sekarang. Benda tu aje yang boleh menjauhkan dia daripada Sufi."

Rai mendiamkan diri. Persoalan itu terlalu sukar untuk dia jawab.

"Bos?" soal Tasya lagi.

"Mmm... tak payah fikir lah pasal yang tu. Benda tu tak penting buat masa sekarang ni. Benda tu tak akan mengubah apa pun."

Tasya mengerutkan dahi. Dia mempersoalkan perkara tersebut, kerana perkara itu yang penting baginya pada masa itu.

"Safiyah, pernah tanya Sufi tak, kalau Sufi tu kenal Mardhiyah... atau pernah kenal?" Rai menyoal kembali.

Tasya menggeleng.

"Tak pernah lagi Safiyah cerita, tu maksud dia Safiyah tak pernah tanya lah agaknya."

"Sufi tu... kau pernah nampak depan mata kau sendiri?"

Tasya mengangguk-angguk.

"Pernah. Dua kali. Tapi yang pertama kali tu tak jelas. Masa yang dia orang jumpa hari tu, baru saya nampak muka Sufi tu dengan jelas."

"Macam mana muka dia, cuba kau terangkan." pinta Rai.

Tasya berdiam diri sejenak, membayangkan kembali wajah Sufi yang pernah menawan kedua matanya itu.

"Muka dia... hensem, putih melepak. Dia tak lah kurus sangat tapi badan dia nampak fit. Tinggi tu tak ada lah tinggi sangat tapi saya tak tahu nak measure tinggi dia macam mana. Saya rasa... tinggi bos lagi dari dia. Erm... hidung dia ada mancung sikit. Rambut dia lurus dan panjang warna hitam. Hah! Mata dia tu yang senang nak kenal."

"Kenapa dengan mata dia?"

"Mata dia tu macam pakai celak. Hitam dekat bulu mata sebelah bawah tu. Pandangan dia tajam, tapi muka dia nampak tenang."

Rai cuba membayangkan kewujudan Sufi. Bayangan yang pertama hadir dalam mindanya hanya seorang. Nol.

"Jangan-jangan... Sufi ni..." Rai seakan berjaya merungkai.

"Siapa bos?" Tasya semakin teruja.

"Masa kau nampak Sufi tu, dia ada pegang rokok?" Rai menyoal kembali.

"Tak ada. Tapi yang pertama kali tu, saya nampak macam ada asap, tapi tak jelas. Tak tahu pula tu asap kabus atau pun rokok."

Rai semakin hampir dengan jawapan. Tapi secara tiba-tiba, dia melepaskan keluhan.

"Kalau dia... tapi mustahil lah dia pula. Tak akan dia ada dekat Malaysia ni."

"Siapa?" Tasya menyoal lagi.

Memori Mardhiyah (Completed)Where stories live. Discover now