Bab 13

13 1 0
                                    

Berpindahan alam nyata ke alam mimpi untuk yang kedua kalinya. Suraya mencipta satu alam mimpi dengan kawasan padang rumput yang sangat luas seluas mata memandang. Dada langit dihiasi dengan ribuan kerlipan bintang. Bulan purnama di malam hari menjadi waktunya.

Kedua mata Safiyah tidak henti meliar ke arah sekeliling. Di samping kejutan membuai tubuhnya, pukauan berlangsung pada kedua matanya itu. Angin meniup lembut pada tubuhnya bahkan mengalunkan bunga-bunga berwarna biru yang menghias padang rumput tersebut. Damai dan tenang jiwanya untuk seketika.

"Apa yang kau terkejut sangat?" Suraya mengejutkan Safiyah.

Safiyah menoleh ke arah Suraya yang sedang berdiri tidak jauh dari kedudukannya itu.

"Ni... mimpi?" Safiyah masih sukar untuk menerima kewujudan Alafun Ain tersebut.

"Kau dah ada dekat alam ni kau masih nak persoalkan lagi?" Suraya bergerak menghampiri Safiyah.

Safiyah duduk dan merasakan rumput yang berada dibawah kakinya itu. Terasa, kelima pancainderanya berfungsi sama sepertimana di alam nyata. Dirinya seakan berada di alam realiti sehingga akalnya sukar untuk membezakan kedua dimensi tersebut.

"Sekarang ni aku nak ajarkan kau cara nak wujudkan imaginasi kau dalam alam ni." Suraya mengangkat sederhana tangan kanannya.

Safiyah kembali berdiri sambil memerhatikan gerak geri wanita itu.

"Lembing putih, melintang panjang di atas telapak tangan kananku." lafaz kata Suraya.

Ting!

Sekelip mata, sebilah lembing panjang berwarna putih muncul di atas telapak tangan kanan Suraya. Suraya menggenggam erat lembing tersebut sambil menghayun-hayunnya ke kanan dan ke kiri.

"Benda yang paling senang nak buat dalam alam ni adalah benda. Kita tak perlukan lafaz kata yang khusus seperti benda bernyawa macam haiwan dan tumbuhan."

Safiyah mengangguk-angguk dalam ketakjuban.

Tsuk!

Suraya memacakkan lembing tersebut di atas tanah. "Tapi... mimpi dalam Alafun Ain ni mempunyai peraturan dia sendiri dalam mencipta sesuatu perkara."

"Maksud... akak?"

"Maksud dia... dalam mencipta sesuatu benda, Alafun Ain menetapkan empat syarat. Pertama, Pemimpi hanya mampu mencipta tiga benda. Kau boleh paksa mental kau mencipta lebih daripada tiga benda tapi... otak kau akan mengalami kesan sampingan. Ianya kerana, semakin banyak benda yang kau bayangkan semakin kuat otak kau berimaginasi. Semakin mudah kau membunuh otak kau sendiri."

Safiyah menangguk-angguk. "Batas otak manusia dalam alam ni." sokongnya pula.

"Peraturan kedua, imaginasi yang tercipta perlulah melalui proses lafaz kata-kata macam yang aku dah terangkan sebelum ni. Peraturan ketiga, imaginasi haruslah logik macam dalam alam nyata. Aku dah terangkan tadi, Pemimpi tak akan mampu mewujudkan sesuatu yang menentang logik dalam alam nyata macam contoh, seekor katak yang mempunyai sayap dan terbang di atas langit. Selain tu, Pemimpi juga tak akan mampu mencipta manusia dalam alam ni. Itu termasuk robot yang perlukan komponen-komponen spesifik."

"Drone?"

Suraya menggelengkan kepala.

"Benda tu termasuk dalam peraturan yang ketiga. Perkara yang berada diluar kotak pemikiran manusia biasa macam peluru nuklear yang aku kata tadi. Alam ni tak akan merealisasikan benda yang berada diluar kotak pemikiran manusia biasa."

Memori Mardhiyah (Completed)Where stories live. Discover now